Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Hikayat Aduka

Di terbitkan oleh: Xenan

Oleh :
AdukaTaruna

1.

Bro.. kes lu dah kecoh gile nih.
Bro.. puak TKO, puak Ganu berpesta maa..
Bro.. 17 laporan polis setakat ni. Cane skang?
Bro lu kat mana? Kol gua kalau perlukan bantuan.

Puluh2 sms masuk beb. Puluh2 gak kol masuk. Lemas dan rimas gua. Releks… cool. Semua still under control. Cewah… skiping siot. Time tu gua on the way hantar adik gua masuk kampus. Sian die sebab cemas kek kes abang dia nih. Lagi kesian bini gua bhai. Tapi padan gak muka dia. Sapa suh kawin dengan AdukaTaruna. Kuang3…

Perjalanan hantar adik gua masuk fasa senyap. Gua silent kan tepon. Take time for berfikir.

“Ya Allah, kalau Hadi benar pada Lu, Lu berikan kekuatan pada dia. Kalau gua benar, Lu bagi kekuatan pada gua. Gua perlukan Islamic State untuk membentuk diri gua dan keluarga gua kelak. Tapi keadaan skang macam petunjuk Hadi benar. Gua terima Ya Allah.”

Cuma tak mustahil gak apa yang berlaku ini adalah satu bentuk kekuatan dan pembersihan pada gua. Wallahualam. Just tabah dan …

Hishamudin: We are watching..

Eye on blogs, websites touching on sensitivities
KDN pantau blog, laman web sentuh isu sensitif

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.



Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.


"Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.


Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebaga…

Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna

Penulis dan Dikutip dari : DAP Melayu@Perakexpress(Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna)Alo brader AT,Gua tulis surat ini atas sifat gua tak kenai lu dan lu tak kenai gua. OK ? Fair ? Sebab lu tak kenai gua, sebab tu gua berani tulis. Tapi takder ler sampai gua nak kencing muka lu. Takder ler nak jatuhkan lu punya face water.Brader,Gua kira lu memang manusia yang sangat bernasib baik. Apa tidaknya, lebih 40 report polis dibuat pasai ayat-ayat cinta yang lu tulis kat blog lu. Pelbagai NGO Melayu dan individu mendesak supaya lu ditahan di bawah ISA. Tapi Lu dikira sangat bernasib baik kerana cuma direman selama 4 hari dan terus didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 233(1) (A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lu tidak ditahan di bawah ISA. Lu tahu apa itu ISA ?Lu patut kena buat sujud syukur kerana tidak dikenakan tahanan bawah ISA sebagaimana Ustaz Azzahari, member gua yang asai Bagan Serai, Perak. Ketika lu masuk lokap hari tu berita 10 orang kena tahan ISA belum lagi tersebar.Buat ler …

Khalid Samad: Keputusan JK Disiplin

http://www.khalidsamad.com/

Saturday, January 30, 2010


Keputusan JK Displin



Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?



Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta…

Pas Reform(1) : Celaka lah Golongan Pengalah

Oleh :Xenan

Komrad2ku sekalian,

Hari ini sudah tercalit satu peristiwa hitam pada batang tubuh PAS.Tak pernah gua terbayang dunia maya penuh dengan makian, luahan kecewa dan putus asa pada perjuangan sendiri.Sebak gua pon jangan cerita.

Ada yang tanak pedulikan politik,

Ada yang nak berhenti berblog,

Ada yang kibar bendera separuh

Ada yang amat amat sedih!

Pada semua, gua nak jerit "Celaka lah Golongan Pengalah!". Ta guna bersedih sedihan air mata darah sekalipun, sedang musuh bergelak ketawa.

Bangkit lah semula.Pengalah adalah dosa tak terampun dalam perjuangan!

Dulu bila bro aduka cerita pasal PAS REFORM n Projek Langgar Hadi, gua terasa poyo gila mamat ni.Tapi atas sifat perakam sejarah, gua setuju n support.Sekarang masa sendiri dah buktikan.

Kalau dulu ramai yang bertanya2 kenapa PAS mesti REFORM.Sekarang tak perlu lah rasenya gua terangkan.Lu org dah pon kena kat batang hidung!

Komrad2ku sekalian,

Gua n team sangat mentah.Kami perlukan tunjuk ajar n support untuk menjayakan misi …

(Updated) Terkini: Ikat Jamin RM5000

1. AT hadir ke mahkamah dgn baju yang dipakai pada hari pertama beliau menyerah diri. Perghh..
2. Kene ikat jamin RM5000 (namun setakat ini, belum diketahui samada wang ikat jamin sudah dibayar atau blum. berita selanjutnya akan menyusul)
3. AT mengaku tidak bersalah. Rujuk pada permohonan maaf asal beliau. Beliau tidak menghina, tapi mengaku menimbulkan kekeliruan.

"Ketika ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Khairul Nizam berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata."

"Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu," kata anak kelahiran Paroi itu.

4. Semua perbicaraan akan dilangsungkan di Mahkamah Seksyen Seremban.
5. Kes akan disebut semula pada 31 MAC.

6. Dituduh dibawah - 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)





Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.


(1) Seseorang yang—


(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidma…

Knp Hasan Ali tak digantung : Topeng Perak Tak habis Belajar

Oleh : Xenan

Gua terkejut bila topeng perak tanya kenapa Hasan Ali tak di gantung kat sini.Takan lu tak tahu kot.Apa raa..wat malu jek jadi blogger otai.

Lu tgk la sapa yg jumpa blogger UMNO dengan Hasan Ali.Al fadhil Ulamak Besar Nasaruddin ma.Dgn kekaramahan die..majlis rahsia jumpa blogger UMNO tuh jadi tuntutan PAS dan Islam.Malah dihalalkan oleh Majlis syura

Karamah bai...Ulamak Besar ma sebelah dia.Lu tak caye karamah ke?Lu gi tanye malim la.Dia expert

Kalau Hasan Ali kene gantung, Ulamak Besar tu nak kene apa la plak kan. Ulamak Besar mana buat salah bai. Dia kan penjaga PAS dari kerosakan manusia tak berdegree Islam bak kate SearchForHeaven.

Ingat tuh bro topeng perak.Power karamah.Balaja lagi dari malim

Jwtnkuasa Displin PAS : Kebodohan yang telah dijangka

Khalid Samad digantung jawatan

Jan 29, 10 5:46pm
Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Dr Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Dr Hasan.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

----------------------------
Taktau nak ckp apa lagi dgn PAS.

Cuba clarify sikit rahsia mana satu?

Pembuat perjumpaan rahsia dgn blogger UMNO dilepaskan

Yang mendedah kebu…

Terkini(5.58) : Aduka dihadapkan ke Mahkamah

Laporan ini di tamatkan setakat ini

5.58 Aduka masih berada di Mahkamah untuk menguruskan urusan jaminan.Diharap Aduka dapat di bebaskan hari ini untuk meneruskan rancangan majlis perkahwinannya esok

5.44 Aduka menhadapi pentuduhan di bawah akta 233 (1)a komunikasi dan multimedia.Aduka telah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM 5000.

3.42 Masih menunggu ketibaan pendakwaraya

3.15 Aduka telah tiba di Mahkamah Seksyen Seremban

2.30 Hari ini Aduka akan di hadapkan ke Makamah Seksyen Seremban untuk memfilekan tuduhan.Jumlah ikat jamin masih tidak diketahui.

Berita Aduka akan di kemaskini dari masa ke semasa

Hukum Aduka, Hukum Mahathir Juga!

Oleh : Xenan

Dikutip dari Datuk Sak

(Datuk Sak was BN ADUN of Pulau Manis, Pekan.(2004-2008)
THE STRANGE CASE OF ADUKA TARUNA( OR WHATEVER HE CALLS HIMSELF).

Has Rais Yatim done a volte face? A few days ago, he was insistent and voluble asking the government to arrest this bloke Aduka and punish him. Now, he is reversing himself by saying that a formal apology is sufficient.

I don't mean to offend our non Malay friends- but Aduka deserved to be punished for despoiling the institution of our Monarchy. If a Malay condemns his own cultural emblem, who then shall defend his race?

Please charge and punish him. The more severe, the better. We want to know the offence for which a legal remedy is now sought to bear on him. Legislate the punishable offence and have it applied retrospectively. That would mean, everyone, most notably Tun Mahathir Mohamad for carrying out the 'guillotinization' of the Monarchy must also be punished under the same offence. The damage done to the Malay monar…

Rakyat Malaysia Tak Rela UMNO merompak Malaysia

Siapa Kami 4 : Saman Aduka terhadap pengendali blog dan surat khabar akan dibicara 10 Nov

Disclaimer : Oleh kerana terlampau ramai pengunjung baru di aduka taruna, sila perhatikan "oleh: Agensiberitafakap".Segala berita bersertakan "oleh : AgensiBeritaFakap" adalah berbentuk fiksyen dan rekaan semata mata.Terima kasih

Oleh:AgensiBeritaFakap

Kes saman RM2 juta oleh Aduka Taruna terhadap pengendali blog akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 10 November

Timbalan Pendaftar K Pavani menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes tersebut hari ini.

Pada 25 January 2010, Aduka Taruna, telah didedahkan maklumat peribadi oleh dua blogger bernick name theunspinner dan parpukari dengan niat untuk memalukan dan membahayakan keluarga Aduka berhubung dengan kes penghinaan almarhum Sultan Johor.

Theunspinner dan Parpukari telah mendedahkan maklumat peribadi aduka dan membuat fitnah mencemarkan nama baik serta reputasinya, apabila ia membawa maksud beliau (Aduka) telah pergi ke kelantan dengan niat untuk melarikan diri.

Beberapa surat khabar yang turut…

Mustapha Pengampu, Utusan Akhbar Dongeng - Ku Li

Dikutip dari : Kelab GreenBoc
Mustapha Pengampu, Utusan Akhbar Dongeng - Ku LiMatlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus, lapor Malaysian Insider.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,”
kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak …

Wala' dan thiqoh - Islamic Security Act (ISA)

Wala' dan thiqoh - Islamic Security Act (ISA)Dikutip Dari Cenangau

Aku cukup minat idea 'pencerahan' yang member ni bentangkan
Hari ini, Pas tidak ada kuasa. Jadi, pemuda terbabit tidak boleh tangkap sesiapa saja yang dilihat cuba mengkritik Pas.

Mungkin kerana itu, beliau menggunakan Islamic Security Act (ISA) yang dianggap wujud dalam dogma Pas; dengan melabelkan orang itu dan orang ini sebagai ‘tidak wala’, ‘tidak thiqoh’, ’selalu bersangka buruk’, ‘tidak ada adab’ dll ke atas mereka yang mengkritik Pas.

Pemuda terbabit menggunakan akta-akta aneh lagi kurafat tersebut kerana Pas tidak ada Polis, Mahkamah dan kerajaan federal lagi.- instinctive
Aku tak berminat nak capur dalam 'perdebatan' depa berdua, aku cuma minat dengan idea 'Islamic Security Act (ISA)'. Mungkin bunyi agak nakal sikit tapi pada aku hakikatnya nampak macam tu. Sekurang-kurang itu persepsi yang aku dapat.

Lagi satu ayat yang tak kurang polular bila ada pihak yang nak mengkritik jamaah, sela…

Poll NTV7 vs Poll di Aduka Taruna

Oleh : Xenan



Memang besar beza nya antara poll di ntv7 dan poll di aduka taruna sendiri.Wa amat yakin kebanyakan pengunjung blog aduka adalah orang yang betul betul prihatin dan marah tentang kes penhinaan almarhum sultan ini.

Kami di sini tidaklah pula marah kepada pengunjung malah menghormati dan menyanjung niat pengunjung untuk berusaha mendapatkan maklumat terus dari blog Aduka Taruna.Semangat ini sangat la diraikan malahan wajar di praktikan dalam apa jua isu dan keadaan.

Gua tidak mengharapkan semua pengunjung untuk memaafkan aduka.Gua cuma berharap para pengunjung untuk meng"consider" situasi kini dan dapat menilai sebaiknya.

1st Sebelum report polis yang pertama dilaporkan, aduka sendiri telah memohon maaf atas kekeliruan dan keterlanjuran kepada semua rakyat malaysia secara terbuka.

2nd Tak cukup dengan itu, aduka dengan rela hatinya menyerah diri kepada pihak polis untuk siasatan.Dia langsung tidak lari atau mengelak dari hukuman.Bagi wa keberaniannya mengamalkan "…

Comment Blog dan Hukuman Aduka Dari dakmuo

Oleh : Xenan

Antara ciri2 utama Blog Aduka Taruna dari dahulu selain dari "loud" ialah keterbukaan.Sebagai menghormati semangat AT, Gua sangat berharap untuk tidak perlu menutup shoutbox atau moderate comment.

Gua juga berharap pengunjung blog menghormati dan tidak sekali2 membuat comment yg mampu membuatkan wa plak masuk lokap.Nak maki AT pon ok..tapi jgn sampai maki keluarga dia plak.

-----------------------------------------------

Dengan ucapan dari Rais Yatim dan Hishamudin, memang ada kemungkinan AT akan dibicarakan.

Menurut dakmuo dlm blognya AT boleh dihadapkan ke mahkamah atas:-

1. • Akta Hasutan 1948
Melarang penyebaran dan penerbitan maklumat yang menghasut.
2. • Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan- Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta
Komunik…

Rais: AdukaTaruna Perlu Mohon Maaf Dihadapan Hakim dan Keluarga Diraja

Dipetik dari GreenBoc: http://greenboc.blogspot.com/2010/01/aduka-taruna-perlu-mohon-maaf-di-depan.html


Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.


"Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar di sini Rabu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada…

Hishamudin: AdukaTaruna tetap akan disiasat, tidak akan dilepaskan?

Sepintas lalu Buletin Utama TV3 menyiarkan bahawa kes AdukaTaruna tetap akan disiasat, dan kes beliau akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Pihak polis akan berkerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dalam membuat siasatan rapi.

Berita sepenuhnya akan menyusul.

Nota: Ada kontradiksi antara kenyataan Hishamudin dan Rais Yatim semalam.

Siri 3 Siapa Kami : 2010 Tahun Menggempur Pembaharuan.

Gua tau lu org masih marah dengan aduka.Kami di sini tak ada masalah dengan apa2 hukuman yang bakal Aduka Taruna.Bab ni kami serahkan 100% pada pihak berkuasa.

Oleh kerana ada yang tak pernah melawati blog aduka, di sini gua pamirkan serba sedikit pemikiran kami yang dicerna oleh artikal lama aduka.

Gua harap pengunjung blog dapat menikmati pemikiran kami dan menilai kami tanpa sentimen.

------------------
Oleh : AdukaTaruna

Tahun 2009 adalah tahun paling penat dengan isu politik. PRK datang bertali arus. BN bergoncang tak berhenti. Dengan UMNO sekian hal, MCA sekian, MIC lagi. Tu belum sebut PKR punya hal dan PAS punya hal. DAP jer yang agak tenang sket kot.

Bloggers plak berkerja macam robot. Tahun 2009 tahun paling rumit. Ada blogger yang nyaris2 disaman Nasha, ada blogger yang kena tangkap polis. Macam2 kes. Demo plak. Macam2 jenis demo yang gila hangat. Dari kes Perak, sampai GMI, sampai kepala lembu. Pendek story tahun 2009 tahun berantakan.

Kemudian, gua ada mencadangkan KONVEN…

Jualan babi dijangka meningkat.

PAS Kutuk Insiden Kepala Babi


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.
Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’, jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.
PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan. PAS juga menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berl…

Adukataruna: Lagi Updates Terkini

Oleh: Evelyn

Baru dapat koling2 dari Topeng Perak jugak. Topeng Perak pulak dapat berita baik dari Bukit Aman and dapat bercakap dengan AT. AT dalam keadaan yang baik, ceria dan sihat walafiat (Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah..) He is in a very good condition, jadi sahabat2 semua, yg concern pasal AT, jangan risaukan dia, dia dalam keadaan tip top!. Syukur sekali lagi Ya Allah...

Buat masa ini, AT berada di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Perdana, Bukit Aman dan ditahan di lokap Bukit Jalil. Sekarang beliau sedang memberi keterangan dan keadaan beliau sangat baik. AT bagitahu, makan minum semua sedap (Xenan kata catering Bukit Aman sgt sedap), sembahyang pun senang tak ada masalah. Syukur sekali lagi Ya Allah!

Kepada semua readers, marilah bersama kita doakan kebaikan untuk A, mana-mana yang masih tersinggung itu, mohon lah kiranya dimaafkan keterlanjura beliau. Beliau sedang berhadapan dan sedia bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Semoga segala yang telah berl…

Aduka Taruna: Terkini Dari Bukit Aman

Aduka Taruna: Terkini Dari Bukit Aman Oleh : Topeng Perak
Salam 1 Bukit Aman...

Hahaha... aku baru dapat call dari Bukit Aman dan dapat bercakap dengan AT. buat masa ni AT sedang memberi keterangan berkaitan dengan kesnya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. makan, minum sedap, nak solat pun tak de masalah sebab kemudahan untuk beribadat juga disediakan.

Aku pun dah hubungi peguam AT di Kuala Lumpur dan minta beliau berhubung dengan AT disana. AT kirim salam pada semua dan mohon maaf atas kesilapan dia. so tak payah risau... sama-sama kita berdoa untuk kebaikan AT.
Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah..!"Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-Undang...

Siri 2 Siapa Kami : Kepada Pentaksub Parti yg Bodoh!

Kepada Pentaksub Parti yg bodoh!Oleh: Xenan

Kalau PAS nak saman gua sbb mendoakan perubahan/reform pas cam dlm logo gua, gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.

Gua tader malafide.Kalau gua ade niat jahat bukan tuh logo yg akan kuar.

Atau pon PAS boleh kuarkan statement mcm ni:-

"kami melarang rakyat mendoakan perubahan kami.Kami nak stay macam ni selama2.Jemaah Islam milik mutlak kami dan ini lah imej sebenar jemaah Islam.Kami bangga menjadi pembangkang selama 50 tahun dan tak berminat untuk berubah"

"kami juga akan beli semua no plat kereta PAS 1 hingga ke 17(17 palling mahal ni:P) untuk kegunaan rasmi kami.Sekian dan tabung derma kan diedarkan sebentar lagi"

Jangan ckp bodoh n ugut2..gua bukan sehari dua dlm industri design.Semua benda dah di calculate dan dikira risiko nya.

Lu org sini dengar..idealisma kami ialah political activis islam.Tapi new player ni tader ally n tdr musuh.Tader niat nak jawatan atau kuasa.P…

Kenapa Aduka Taruna Menyerah Diri Di Kelantan

Kenapa Aduka Taruna Serah Diri Di Kelantan..?Oleh : Topeng Perak

Sebaik berita blogger Aduka Taruna menyerah diri di IPPD Kota Bharu (media perdana lapor "ditahan" dan ada jugak yang lapor "dicekup"...tunggu je lah tindakan undang-undang...) maka gegerlah puak-puak sebelah sana (penyokong UMNO) kununnya AT cuba lari ke Siam untuk sembunyikan diri.

Sebabkan aku dengan geng-geng blogger yang mengiringi AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu sibuk menguruskan hal-hal berkaitan AT di sini, maka masiing-masing tak berapa sempat nak jelaskan secara detail apa yang berlaku sebenarnya sehingga ada yang berfikir AT cuba lari ke Siam untuk bersembunyi.

Memang jadi persoalan bilamana anak jati Negeri Sembilan tidak menyerah diri di Negeri Sembilan dalam hal ni... kenapa di Kelantan..?

Jadi dalam entri ni aku cuba perjelas sebaik-baiknya supaya yang mana tak berapa jelas sebab-sebab AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu yang jauh dari rumahnya di Negeri Sembilan.

Ni kira sambungan dar…

Siri 1 Siapa Kami : Political Activism is the next Hot Thing!

Oleh : Xenan

Gua yakin ramai antara pengunjung blog Aduka tertanya2 siapa kami.

Blogger PAS?Blogger UMNO?Blogger Upahan??

Untuk itu gua akan menyiarkan artikel untuk memberi lebih pemahaman kepada anda semua.Untuk sokong atau menentang itu terpulanglah kepada Anda.Nilailah kami dengan prinsip ini

Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah!

--------------------------------------------
Michael Moore : Political Activism is the next Hot Thing!




Terjemahan sukati gua dr pengulas pompuan tuh(dlm konteks malaysia):

"Apa yg saya suka pasal movie Michael Moore yg baru nih ialah kerana ia banyak memperkatakan tentang "Political Activism"

Ia memperkatakan betapa kuatnya kita walaupon kita tiada duit yang banyak atau kita bukan CEO GLC(remind me of OO from petronas :P).

Kita tetap ada kuasa mengundi dan ramai yang tidak menggunakannya.

Kita tidak bangun memberi amaran kepada kerajaan :"Jika anda tidak membuat perkara perkara ini atau tidak mewakili kami, kami tidak akan mengundi kamu…

Updates: Tahniah IPD Kota Bharu!

Baru sebentar tadi bersembang dengan isteri AT. Beliau memuji cara dan tatasusila, sikap ramah mesra dan bertimbang rasa pihak pegawai plis dan staf Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, Kelantan dalam menguruskan kes serah diri AT.

Nota: Macam nih la yang kita nak daripada pihak polis Malaysia. Bila layanan mesra, amanah dan cekap, rakyat akan berasa dilindungi. Dan sedikit sebanyak mengembalikan kepercayaan rakyat kepada badan PDRM. Cayalah PDRM!!

Oleh yang demikian, harap2 layanan yang sama akan dipanjangkan ke Bukit Aman pulak. Dan seterusnya hinggalah kes AT selesai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Daripada blog Pinkturtle


Mountdweller sedang bersembang dengan Aduka Taruna yang ditemani isterinya di IPD kota Bharu Pagi tadi sebaik saja selepas Aduka dibawa pulang dari mahkamah tinggi kota Bharu . Aduka Taruna kelihatan Tenang saja dan bersemangat semasa bersembang dengan kami semua.Lebih kurang pukul 3 petang selepas itu Aduka telah di bawa ke Bukit Aman oleh beberapa orang angg…

AdukaTaruna: Menjunjung Undang-Undang Ke Bukit Aman

Oleh: Evelyn

Laporan terkini dari pesanan ringkas SMS Topeng Perak.

1. AT baru sahaja bertolak ke Bukit Aman 10 minit yang lepas. Urusan perundangan akan diambil alih oleh Polis Bukit Aman.

2. Lawyer pihak AT sedang menguruskan soal saman terhadap laman-laman web yang melaporkan berita tidak benar mengenai penahanan beliau. Rujuk disini.

Berita selanjutnya menyusul selepas ini.

Kami anak Minang berterima kasih dengan kenyataan Menteri Rais Yatim

Kami anak Minang berterima kasih dengan kenyataan Menteri Rais Yatim oleh ali :

Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, kami anak Minang rasa bersyukur dengan kenyataan terkini Menteri Datuk Seri Rais Yatim atas isu yang menimpa blogger AdukaTaruna. Kami dari Baganutama mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kami terhadap Datuk Seri. Ini kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang direkodkan oleh Bernama sebentar tadi.

Tiada Tindakan Terhadap Penulis Blog Yang Mohon Maaf: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Su…

Kronologi Penyerahan Diri Aduka oleh Topeng Perak

Aduka Taruna: Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-UndangAhad 8:00 malam -

Dalam berita TV (aku tak tau TV berapa sebab dah lama aku tak tengok berita pengampu), kecoh isu Blogger Aduka Taruna (salah seorang penulis jemputan dalam website Perisik Rakyat) menghina Almarhum Sultan Johor. aku pun tak tau apa yang dilapor dalam berita malam tu & semua ni aku tau dari beberapa panggilan telifon dari kenalan & pembaca webite aku.

Apa yang pasti, bermula lebih kurang jam 8:20 malam hari sabtu, HP aku tak berenti-renti memekak & hampir semua pemanggil dok tanya khabar AT. ralat beb... lepas tu PinkTurtle pulak call & ajak kumpul geng-geng blogger yang dapat dihubungi untuk bincang masalah AT.

Dalam masa tak sampai setengah jam, kami dah berkumpul & keputusan yang dicapai ialah AT kena serah diri pada polis untuk mudahkan siasatan.
"Yang salah tetap salah & yang benar tetap benar"Itu yang dicapai sejajar dengan apa yang kita perjuangkan selama ini. tak kira dar…

UPDATED: Berita Palsu di Berita Harian Online

TV3 menerusi Buletin 1.30 sebentar tadi menyiarkan berita palsu yang sama seperti yang dilakukan oleh BHarian Online. Mengatakan bahawa AT di TAHAN!! Saman!Keluarga AdukaTaruna sebenarnya Jutawanoleh ali :

Salam satu Malaysia. Pagi ni den baco Berita Harian Online. Den terkejut campur kagum dengan kebodohan Berita Harian kerana boleh menyiarkan satu berita menipu. Berita malafide. Berita yang sebenarnya bermaksud jahat kepada AdukaTaruna. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Itu prinsip asas den dan semua orang. Tapi takkan penulis Azida Shaharuddin menjadi lebih mangkuk dari den. Dia penulis dari paper yang besar dan ternama. Utusan Malaysia lebih jujur menyiarkan berita tentang AdukaTaruna. Malah gambar Aduka pergi menyerah diri dah pun tersebar sejak malam tadi. Takkan Azida tidak mengetahui itu semua. Menyembunyikan diri ?? Ditahan Polis ?? Nampak sangat nak melariskan paper Berita Harian dengan berita sensasi tetapi menipu rakyat Malaysia. Di mana integriti anda wahai B…

AdukaTaruna: Terkini

Oleh: Evelyn

Berjaya menghubungi isteri AT yang masih berapa di Kelantan. Beliau memaklumkan kes mahkamah akan didengar pada pukul 10pagi namun bila mereka tiba dikawasan mahkamah, AT telah pun di 'sorok' dan kes sudahpun selesai didengar. AT dihantar semula ke IPD. Mahkamah telah memutuskan untuk mendengar kes tersebut lebih awal dari dijadualkan bagi mengelakkan tumpuan media yang semakin menjadi-jadi.

AT akan dikenakan tahanan reman sehingga 29hb, dan kes beliau akan dipindahkan ke Bukit Aman. Masih terlalu awal untuk meneka namun wujud beberapa keraguan.

Dalam masa yang sama, peguam-peguam AT sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa laman web dan media perdana yang menyiarkan maklumat palsu tentang Penangkapan AT. AT tidak diberkas seperti yang didakwa tetapi menyerah diri dengan rela dan berjanji memberi bantuan sepanjang siasatan dijalankan.

Kepada laman-laman forum yang menyiarkan alamat, no telefon dan maklumat peribadi AT, kami saranka…

Bukan Gambar Aduka

Oleh :Xenan
Oleh kerana fitnah dan berita palsu yang terlampau banyak di laman maya, Gua bersama rakan telah mengambil alih blog aduka taruna untuk tujuan penerangan berita rasmi aduka.
---------------------------------------

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Entry ini tidak menyokong atau membela aduka. Den cuma nak bagitahu ado mangkuk-mangkuk yang menyebarluaskan gambar aduka di facebook, blog dan tagged. Betul-betul berniat jahat. Itu bukan gambar aduka. Gambar sapo la yang korang pedajalkan tu. Kepada Herman Samsudeen dan NurAflah, sila tarik gambar yang dimaksudkan. Jangan bikin fitnah beb. Jangan buat malu organisasi yang ekau sertai dan ekau sokong. Jangan memalukan orang yang tak bersalah. Tak pasal-pasal orang lain yang kono tangkap. Karang tak memasal report polis kat korang berdua menyebabkan organisasi ekau pun terpalit samo. Oh ye bagi yang lain yang tolong menyebarluaskan gambar tu sila lah tarik gambar tu dari blog memasing. Jangan jadi jobo bai. Nak tahu sapo aduka, tunggu …

AdukaTaruna: Rintihan hati seorang isteri..

Oleh: Evelyn

Rentetan dari tulisan AT yang dikatakan 'menghina' Almarhum Tuanku (spt panggilan mesra rakyat), ramai dikalangan sahabat baik dan teman blogger tak senang duduk. Petang Sabtu (sy pun dah tak ingat hari dan masa), AT hantar SMS pada saya, minta pendapat apa yang perlu dilakukan. Saya nasihatkan supaya buat segera kenyataan minta maaf. Be a man, and embrace your mistakes. Ramai rakan blogger yang juga menggesa AT memohon maaf. Ini kerana, siapa saja yang mengetahui AT dalam dunia maya, tahu betapa 'celupar' dan 'loud' nya AT nih bila menulis.. AT akur, mengakui kesilapan beliau, dan redha akan ujian yang bakal ditempuhi beliau. Kisah seterusnya, anda boleh baca di laman Topeng Perak. AT sempat call sekitar pukul 4 semalam, sejurus sebelum beliau di'reman'. Bila saya try call semula, HP beliau sudah pun dirampas.

Tp apa yang buat saya sangat sebak semalam bila isteri AT, menghantar SMS sekitar tengah malam. Beliau bagitahu HP AT dah dirampas.…