Skip to main content

Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna

Penulis dan Dikutip dari : DAP Melayu@Perakexpress

(Surat Terbuka Kepada Aduka Taruna)

Alo brader AT,

Gua tulis surat ini atas sifat gua tak kenai lu dan lu tak kenai gua. OK ? Fair ? Sebab lu tak kenai gua, sebab tu gua berani tulis. Tapi takder ler sampai gua nak kencing muka lu. Takder ler nak jatuhkan lu punya face water.

Brader,

Gua kira lu memang manusia yang sangat bernasib baik. Apa tidaknya, lebih 40 report polis dibuat pasai ayat-ayat cinta yang lu tulis kat blog lu. Pelbagai NGO Melayu dan individu mendesak supaya lu ditahan di bawah ISA. Tapi Lu dikira sangat bernasib baik kerana cuma direman selama 4 hari dan terus didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 233(1) (A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lu tidak ditahan di bawah ISA. Lu tahu apa itu ISA ?

Lu patut kena buat sujud syukur kerana tidak dikenakan tahanan bawah ISA sebagaimana Ustaz Azzahari, member gua yang asai Bagan Serai, Perak. Ketika lu masuk lokap hari tu berita 10 orang kena tahan ISA belum lagi tersebar.

Buat ler sujud syukur, bukan payahpun. Buka kena ambil wuduk dulupun. Bukan kena menutup aurat dulupun. Cuba lu tengok kat pemain Mesir dalam kejohanan bolasepak Piala Afrika yang sedang berlangsung. Mereka jaring gol dan terus sujud syukur atas padang. Wa cakap lu ! Setelah tamat perlawanan, mereka menang lalu mereka sujud syukur. Itu sample beb ! Nah Mesir dah layak ke final jumpa Ghana setelah belasah Algeria 4-0 malam tadi.

Alo brader,

Lu dah kuar dari lokap, lu juga dah kuar dari mahkamah, dibebas dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Dah kuar mahkamah lu sibuk pula dengan persiapan majlis kenduri kahwin yang masih tergantung. Dalam kesibukan tu kalau lu ada masa free cuba ler lu surf kat internet kisah-kisah penderitaan isteri (dan isteri-isteri) serta anak-anak tahanan ISA. Cuba lu hayati penderitaan zahir dan batin yang dialami mereka. Alangkah besarnya nikmat Allah pada lu bila tidak dikenakan ISA.

Bersyukurlah kepada Allah, tuhan lu dan tuhan gua juga…. Dialah Rabbul ‘Alamin.

Kalau lu baca dalam harakah.net, M. Jusoff Taib ada tulis mengatakan, hari ini kita telah melihat satu gambaran politik yang jelas, bahawa dalam kehebohan isu nama Allah, akhirnya ISA yang menang. Ia telah dijelmakan sebagai penyelamat kekacauan yang ditimbulkan oleh isu nama Allah. Dan Menteri KDN dalam kenyataannya bahawa beliau sedang berdepan dengan terorisme antarabangsa yang terlibat dalam keganasan di negara kita ini.

Jadi, anda yang ‘ummi’ dalam hal politik, akan mendapat satu hujah betapa ISA itu sangat berguna kepada kuasa tadbir negara yang dipegang oleh UMNO. Walau pun ia tidak relevan bagi Pakatan Rakyat, namun relevan terhadap agenda politik status quo. Dan ISA mungkin lebih relevan menjelang PRU-13. Itu kata M. Jusoff Taib.

Kalau lu masih ingat pilihanraya umum diadakan tidak lama selepas tangkapan ISA dibuat, selepas Operasi Lalang dan selepas tangkapan group KMM.

Brader,

Ramai di luar sana mengutuk tu lu….bila lu berbahasa dengan Allah menggunakan perkata ‘lu’ dan ‘gua’. Ramai yang belasah lu. Tak mampu den nak nolong. Tapi beberapa tahun dahulu gua pernah terbaca satu doa dalam internet. Gua tak ingat saper yang tulis. Lu kot ? Harap-harap bukan lu. Doa yang ditulis lebih kurang macam ni :

“ Ya Allah ! Janganlah Lu balikkan hati gua setelah Lu berikan hidayah………”

Bagi gua tiada salahnya doa seperti itu, malah doa itu adalah doa yang warid dari Rasulullah SAW. Doa tersebut dari Al-Quran. Cuma bagi mereka yang di luar sana menganggap bila istilah ‘lu’ dan ‘gua’ adalah biadap dan kurang ajar bila digunakan.

Bagi gua, nak kata biadap ker, kurang ajar ker, menghina Allah ker…..semuanya bergantung kepada niat orang yang menulis atau melafaznya. Kalau niat menghina Allah, maka tunggulah balasan Allah di hari akhirat. Kalau orang yang melafazkan doa seperti itu dengan hati yang ikhlas……gua tidak Nampak di mana salahnya. Istilah ‘gua dan Lu’ sama sahaja dengan ‘aku dan Engkau’ yang kita guna selama ini. Apa bezanya dengan ‘saya dan Awak’ atau ‘I and You’ ? Apa beza dengan ‘ana wa Anta’ ? Bagi gua, gua tidak nampak di mana salahnya, apa lagi orang macam lu (AT) yang sememangnya berbahasa macam tu di dalam dan di luar intenet.

Harap-harap dengan bini yang baru sebulan lu kahwin tu lu tidak berbahasa ‘lu dan gua’. Panggilah dia ‘sayang’ ker, ‘darling’ ker atau apa-apa panggilan yang boleh menambahkan kemesraan dan kasih sayang dia pada lu. Kalau dengan bini kita berbahasa dengan bahasa yang manis dan beradab…….ketahuilah bahawa dengan Allah kita perlu lebih dari segalanya.

Lu kahwin dengan orang Kelantan, belajar-belajarlah bercakap Kelantan pula lepas ni. Kalau mampu belajar juga bercakap Siam ! Lu tengok Tuan Guru Nik Aziz, bahasa Punjab dan Urdhupun dia reti.

Brader,

Berbalik pasal member gua yang kena tahan ISA bersama-sama pensyarah dan pelajar UIAM minggu lepas. Wa tak tahu nak gambarkan hari-hari mendatang yang dilalui oleh isteri dan anak-anaknya. Cuba lu bayangkan, isteri dia tidak berkerja, mempunyai anak-anak yang masih kecil. Malah anaknya yang paling kecil sering mengalami masalah kesihatan. Kini suami dan bapa mereka berada di suatu tempat yang tidak diketahui di mana. Tiba-tiba hilang sekelip mata. Sekarang siapa nak bagi makan kat anak-anak dan isteri mereka ?

Member gua tu kalau nak dikatakan menentang pemerintah, ibarat jauh langit dari bumi. Gua tahu sangat pasai dia. Dia bukannya aktivis politik. Jangankan jadi pemimpin PAS atau PKR, jadi ahli biasapun tidak ! Member gua ni memang seorang manusia yang betoi-betoi tidak berpolitik. Malah tidak pernah mengundi ! Lu jangan terkejut. Walaupun dia tidak menjadi ahli mana-mana parti, tetapi ramai juga pemimpin parti yang belajar hadits dengan dia. Sebab dia tu memang lulusan di bidang Hadits.

Kalu lu nak tahu, tiap-tiap hari tiap-tiap malam dia pi mana-mana surau atau mana-mana masjid dia mengajar tentang hadits. Sebab itu bidang kemahiran dia. Disamping dia juga banyak dijemput mengendalikan kelas Bahasa Arab. Kitab yang dia ajar pulak lu nak tahu kitab apa ? Kitab Bulughul Maram, kitab Riyadhus Salihin, kitab Sahih Bukhari dan kitab Sahih Muslim. Kesemua kitab-kitab ni ada diterjemah, diterbit dan dijual oleh JAKIM. Jadi amat sukar untuk gua percaya bila dia kena ISA.

Okaylah brader,

Mungkin surat ini menjadi surat yang pertama dan terakhir dari gua buat lu. Kita sebagai hamba Allah kena saling ingat mengingati. Belum terlewat untuk gua ucapkan…..Selamat Pengantin Baru, semoga rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan daripada Allah, tuhan lu dan tuhan gua juga.

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2010

Comments

  1. Masya Allah sungguh mendalam surat ni. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Allah faham segala bahasa dan Allahlah yang menciptanya.

    ReplyDelete
  3. bro.. lepas ni beringat-ingatlah bila mengeluarkan kenyataan..jangan anggap diri lu tu dah hebat sangat..

    ReplyDelete
  4. AT, bila plak nak minta maaf pasal lu kutuk Aishah and sahabat?

    ReplyDelete
  5. Salam & slamat pengantin baru AT,

    aku rasa....oooppssss.... Gua rasa lu dah kena santau kepunden marang perapu dgn tok guru hj hadi la.

    Baik lu cepat2 proceed prjek langgar hadi tu..... Cepat selesai, cepat boleh minta maaf!!!

    Lu tau tak selain dr puak2 ameno, kabilah2 pas pun ada gak buat repot pasal lu!!!

    Kalau lu lepas ni masih tak wala' dan thiqah lagi, gua rasa esok lusa lu pun kena gantung 6 bulan mcm khalid smart tu.

    Last nasihat gua kat lu, lain kali sblm tulis tu kena buat kajian usul figh dulu.

    Wa jalan dulu labuuuuu.....

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Waaaa.. Gua tabik la sama pengirim surat misteri ni.. misteri ke? misteri la tu kot...

    Ayat2 dia mmg membawa makna bagi AT dan juga kita2 yg lain ni..

    Tapi, agak2 AT paham x? Ke, jiwa memberontak dia membuatkan dia terus xendahkan surat ini?? Persoalan ni..

    Bro AT dah blk umah, harap2 lu dpt online.. Citer2 sket kat cni pe lu punya perasaan and lu punya pandangan..

    Kalo bagi diri gua la kan.. Dengan nama Allah, gua taubat nasuha.. Gua bukan takut pasal maki institusi kerajaan ke pe tu.. tapi gua takut di akhirat nanti.. Sebabnya.. Berjuta rakyat dah sumpah menyumpah.. Fuuhhh.. takut wooo.. lagik satu.. ayat2 menghina Isteri nabi tu.. lagi la menakutkan gua kalo di akhirat nanti.. Gua xtau la apa jenis azab yang akan lu dpt.. Tapi sebagai umat ISLAM seperti lu, gua doakan agar lu selamat dari AZAB tersebut.. Nauzubillah bro.. takut2..

    Anyway bro... pe kata lu ajak geng2 lu.. kembali jalan yang benar.. (walaupun gua rasa lu xgi jalan yg salah).. Jiwa muda mmg camni bro.. Darah panas.. Ati panas.. cam gua gak.. tp.. kalo kita bersabo.. InsyaALLAH 1 ari nnt ada la hikmahnya..

    Gua pun xtau.. kadang2 tu.. gua marah kat lu.. kadang2 tu.. gua xjadik marah plak kat lu.. Tp gua tunggu je la pe yg akan berlaku kat lu.. gua cuba follow up.. bukan apa bro.. bukan gua nk tengok lu malu.. atau nk tngok lu derita.. tapi gua nak tengok.. apa akan terjadi selepas ini.. Untuk diri gua dan geng2 yang lain gak.. supaya boleh elakkan diri dari melakukan perkara yang xsepatutnya.. x gitu?

    Ok la bro.. gua akan ada kat blog lu ni.. selagi kes lu ni ada.. gua akan blah.. selepas kes dh abes... Trimas~!


    Berita mahkamah..
    Cerita hakim..
    Artikel peguam..

    Posting Mangsa > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  7. Salam..


    IBNU MARZUKI AL FIRDAUS..

    GUA CABAR LU...

    GUA TUNGGU BUKTI DARI LU...

    BAGI SEKALI NOMBOR REPORT LU SUPAYA GUA BOLEH CHECK KEBENARANNYA..

    GUA CABAR LU..


    Artikel cabar..
    Berita mencabar..
    Citer tercabar..

    Posting tersebar > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  8. cite pasal ISA terus x ramai org pulak dah blog ni.selalu beratus

    ReplyDelete
  9. woi AT.aku harap mung lepas ni bawa2la bertobat...cakap tu pakai la penapis tea atau kopi...surat terbuka tu aku rasa mung mungkin tersentuh juga bila membacanya...mung tu bukang kayu atau besi...selagi mung ni beragama islam aku yakin mung ni masih ada lagi iman walaupun sebesar pitih 5 sen...aku tak dok kena mengena pun tersentuh baca surat tu...wokey bro datang KL contact la temang mung smart tag ni...!!!
    lepas ni mung tahan turun naik mahkamah la...lepas pospong...pospong...sampai tgk muka tok hakim pun luga perut...!!!gua pun ada pengalaman turun naik mahkamah beb...wa chow kit lu...!!!

    ReplyDelete
  10. Gua hanyalah penulis jalanan yang menulis kerana Nabi SAW berpesan "Sampaikanlah yang datang DARIKU walaupun satu ayat".

    Tulisan gua boleh didapati di www.perakexpress.com

    ReplyDelete
  11. Weh AT..Slmt pengantin baru.Smoga bbahagia smpai ke anak cucu..Huhu.

    ReplyDelete
  12. Gua-lu bkn masalhnyer bro. Kire gua setuju dgn dapmelayu la. Masalahnyer skang kesesuaian, kefahaman & penerimaannyer saje.
    Mcm gua, gua x hal dlm hal cm ni, sbb gua ngan brother2 gua, gua lu jer. Bro gua xder hal pon. Tp ngan mak bapak gua, gua sebut nama gua jer.
    So, isu At ngan report ni pon bg gua la just soal penerimaan & pemahaman jer. Sbb bg gua, x makner pe2 pon, sbb kadang2 AT ni pon ade mase di merapu gak.
    Just as my advise, next time need to be more careful la..
    Coz we live & life in "malay" society.
    But, dont be a MASTER of PUPPET like outher....

    Woit AT slamt pengantin baru..
    Gua dok tuggu lu punyer post ni...

    ReplyDelete
  13. tulis surat kepada diri sendiri ke? wakakakak!

    ReplyDelete
  14. mcm baguih je isi surat ni.

    nih baca kronologi khairul nizam ab.gani pulak

    1. menulis menghina dgn perkataan mampus buatla cara mampus
    2. ramai pengunjung2 umno membantah, mengutuk dan memaki khairul nizam ab. gani
    3. atas nasihat sahabat2 dan pengunjung2 umno yg memaki , khairul nizam memohon maaf diatas keterlanjuran memaki sultan johor
    4. ke kota bharu menyerah diri
    5. rais yatim buat kenyataan supaya dimaafkan khairul nizam atas alasan sudah memohon maaf
    6. kenyataan akhbar khairul nizam seorg pelukis grafik ditahan reman empat hari
    7. khairul nizam ab. gani juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah. mengaku tulisannya adalah hikayat raja2 melayu dahulu kala
    8. majlis kenduri kahwin setelah ikat jamin rm5K

    komen wa, bil. 5 menarik utk dibuat persepsi. utk bil 6&7 disamping pelukis grafik dan juruteknik komputer sambilan apa kerja khairul nizam ab.gani lagi?

    ReplyDelete
  15. dasar bangsat.dh kena pn masih nk belagak dgn pendirian bodoh ko tu..taubat la bongok!

    ReplyDelete
  16. Warkah terbuka buat Aduka Taruna.

    http://1nama1suara.blogspot.com/2010/01/warkah-terbuka-buat-aduka-taruna.html

    ReplyDelete
  17. ak igt dlu pjuang kmerdekaan,kne gigit pacat lps 2ngaku kalah n terus mls nk bjuang utk merdeka...cth ni xde tmsuk dlm konteks aduka...

    ReplyDelete
  18. Lu buatla satu surat utk rais yatim pulak , nanti citgu sastera akan bagi markah hahahaha

    ps: ternanti-nanti citgu sastera.

    ReplyDelete
  19. Sambil baca BLOG nii.. BerDESUP Wang masuk maybank2u.. tak caya..klik nii.. => Sistem Bisnes Segera

    ReplyDelete
  20. isi-isi surat yang menarik dan saya berharap agar aduka taruna akan insaf setelah membaca surat ini..

    ReplyDelete
  21. bukan hanya AT seorg yg kene amek pengajaran..semua blogger yg lebih suka berkata2 menuruh hati dan perasaan..tanpa fakta yang sahih dan kukuh pun kene amek pengajaran dari surat ini..juga kepada penulis2 komen yg cakap ikut sesedap mulut je kat sini..

    ibnu marzuki pun..jgn lupa anak bini kat rumah..

    ReplyDelete
  22. kpd ab gani..jgn kaitkan name umno sahaja..ini bukan soal politik..PAS pun ade membantah jugak

    ReplyDelete
  23. apa nak gadoh2 jom2 masuk www.waja-club.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. macam akhil hayy je bunyi ayat-ayat dia ni

    ReplyDelete
  25. Islam dan melayu penuh beradab dan sopan.
    Sebagai org islam inikah nilai moral yang di tunjukkan. Malukah kita jika moral org islam di pandang rendah.
    Tiada adab dan hormat itu yang menyebabkan bangsa kita musnah.
    Tertib merupakan rukun di dalam sembahyang mengajar kita supaya ketertiban dan penuh beradab di dalam sembahyang.. apakah nilai sembahyang kita jika af'aal kita tidak seperti apa yang kita lakukan di dalam sembahyang..

    Sedarlah dan bersykur.. kerana kamu masih mampu untuk ketawa... jangan menangis di kemudian hari...

    Ingatlah islam mengajar kita kepada kebaikan bukannya menghina bangsa dan tidak menghormati kepada tunggak pemimpin agama kita...

    Bagi saya kamu seorang penderhaka dan tidak perlu berbangga.. insaf adalah jalan yang terbaik.. supaya kamu merasa ketakwaan.

    ReplyDelete
  26. ISA yg zalim tu kena lawan cara luar dari biasa...
    Lawan biasa2 hasilnya pun biasa tu la pasal ISA masih bermahadeyy...ngee

    http://www.petitionline.com/mujahid/petition.html

    ReplyDelete
  27. Salam...


    : ibnu marzuki :


    Gua masih menunggu lu tunjuk bukti laporan polis lu tu..

    jgn kencing lebat sgt la bro..

    kalo lu berani.. tunjuk no report, xyah nk kalis2..



    Blog kalis > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  28. DaKMuO said...

    Salam...


    : ibnu marzuki :


    Gua masih menunggu lu tunjuk bukti laporan polis lu tu..

    jgn kencing lebat sgt la bro..

    kalo lu berani.. tunjuk no report, xyah nk kalis2..



    Blog kalis > http://dakmuo.frenzyfm.my

    KAMI WLYH YG X DE SLTN SMBT BIRTHDAY STIAP 1 FEB SO NI BR JE BLK DR PD DGN ANAK2 & BINI2...

    leenki said...

    bukan hanya AT seorg yg kene amek pengajaran..semua blogger yg lebih suka berkata2 menuruh hati dan perasaan..tanpa fakta yang sahih dan kukuh pun kene amek pengajaran dari surat ini..juga kepada penulis2 komen yg cakap ikut sesedap mulut je kat sini..

    ibnu marzuki pun..jgn lupa anak bini kat rumah..

    ReplyDelete
  29. first sekali..lu mmg barua...hanjing.Gampang2 gua pon, gua masih hormat agama gua, Raja gua, bahasa melayu...bangsa gua.

    so lu dah kene charge..selamat la. harap2 lu sangkut dalam.

    bole wat geng kt dalam jail nanti. kalo nasib baik, leh join group DSAI nanti ehehehe.

    ReplyDelete
  30. UnNamed said...


    bole wat geng kt dalam jail nanti. kalo nasib baik, leh join group DSAI nanti ehehehe.

    JOIN MAHATMA GHANDI + NELSON MANDELA JGK SMPI JD KETUA NEGARA

    -----------------------------------

    IKHLAS DR MAL +60128624623

    http://tagtag.com/conspiracy2012/

    ReplyDelete
  31. MAKASSAR
    By
    Dr. Mahathir Mohamad
    on January 25, 2010 10:59 AM | Permalink | Comments (57) | TrackBacks (0)

    6. Air Asia flies there four times a week. There are great beaches, sparkling clear waters, abundant seafood and beautiful resorts. And friendly people. Things are cheaper than here. Malaysians should find Makassar a welcome change from the frenetic life in Jakarta.

    NAK KENA P NI. AWT DAH RAMAI X DTG SITE AT + LANGSUNG X DE NEW KOMEN, TAKUT DGN STAMENT SI PONDAN KE? ALAH... X SEMESTINYA WEB NIZAM UTK KT LUAHKAN PRASAAN X PUAS HT PSL SLTN JE, ANY HOT TOPIC WILL DO AGR PEMIKIRAN KRITIS DPT DITUNJUL & INFO BERGUNA MAMPU DIKONGSIKAN, GENG!

    --------------------------------

    IKHLAS DARI MAL +60128624623
    http://tagtag.com/conspiracy2012/

    ReplyDelete
  32. Lu hina isteri Nabi ummul mukminin tu pada aku keterlanjuran besar seorang muslim, panjang lidah dari akal kata alim ulama'. Dosa lu tu baik mintak ampun cepat-cepat sebelum Nabi tak mengaku umat beb...panas beb lu nanti dalam kubur.

    APA LAGAH, LPRLAH KE PDRM UTK KES NI PLK. X KAN SMUA AKU YG KENA BUAT. PAISEHLAH LAGU NI. MOGA2 SITE BLH MENARIK SMULA PELWT YG SMKN BERKRNGAN.

    Menziarahi Makam Almarhum Gus Dur
    By Anwar Ibrahim 29 Comments
    Categories: Aktiviti, Antarabangsa and Anwar

    Saya tiba di Surabaya tengah malam tadi khusus untuk ziarah maqam sahabat, alMarhum Abdurrahman ‘Gus Dur’ Wahid.

    Perjalanan ke Jombang pagi tadi mengambil masa sekitar 2 jam. Dalam kesempatan itu saya sempat menemui wakil keluarga almarhum dan beberapa ulama- kiayai yang turut berada di sana.

    Saya meninggalkan maqam almarhum Gus Dur di Jombang menuju Lapangan Terbang Djuanda Surabaya.
    Ratusan umat tanpa putus menziarahi maqam. Saya terharu sambil kagum menyaksikan kecintaan rakyat sedemikian.
    Kami kemudian ke rumah Gus Shalah, adik Gus Dur. Pastinya isu “Allah” dibangkitkan!

    Kupasan ringkas dibincang tatkala Rasulullah SAW memeterai perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Musyrikin di mana kalimah BimikaLlah humma (dengan nama Allah, Tuhan kami) digunapakai sebagai muqaddimah perjanjian.

    ANWAR IBRAHIM

    PULAU JAWA PUN GERE GAK. KSHN MAMAT NI... DAH X DE ISU LAIN MRK NAK MAIN. BSN LAH! X HBS2 BENDA YG SAMA, LIWAT LIWAT LIWAT. CUBA LAH TOPIK LAIN, KAH MCM RGL MAK TIMAH JRN SBLH KAH, NENEK SDNG SIDAI KAIN KAH? INI X. INGAT, X SEMESTINYA ROUND KE 2 AKAN BG RESULT YG SAMA IAITU JAIL. JK X, MEMANG JELAK HBS, SEH.

    -----------------------------------

    IHLAS DARI MAL +60128624623
    http://tagtag.com/conspiracy2012/

    *P.S. AT TNJK NO AKAUN MAYBANK, AKU PLK HP HOTLINK. APA LG, TRACELAH.

    ReplyDelete
  33. sronok bce posting2 lu bro...hehe...dalam lu gelabah2 kambeng lu sempat wat posting gelak tawa riang ria raya...haha...tu menampakkn lu rilex steady n cool... cantet..rilex sudey...

    ReplyDelete
  34. Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan..

    Mulakan Bisnes Anda dgn Jual Jus Jambu Batu
    Modal yg Kecil..untung berganda2
    => Jom niaga Jus Jambu

    ReplyDelete
  35. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

    Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.