2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.
3. Wa lancarkan enovel sulong waRM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com
Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.
Memandangkan ramai yang komplen kegangsteran gua dalam menetapkan lagu di Radio Budu (akibat tiada stok lagu), gua telah memohon kepada Jean Francois sejumlah stok lagu.
Hari ni, baru keluar dari jamban gua terima panggilan dari Airpak.
"Hello. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Khairul Nizam ke tu? Khairul Nizam Bin apa ni?"
"Khairul Nizam Bin Abd Ghani."
"Tapi kat sini tulis Khairul Nizam Bida'ah."
"Natey... member gua la tu bro.."
"Owh.. ok2... nak tanya rumah kat mana ni?"
"Padang Tembak lah."
"Tahu.. Tapi boleh bagi kat mana2 tak. Sebab tak tahu alik mana lah."
[1]
Falsafah kastemer olways rait ni dicipta kapitalis la. Dah bisnes dia. Dia yang bayar gaji. Kalau gua punya kedai / bisnes pon gua setuju gak falsafah nih.
Tapi bak Ali Abu kata, Malaysia dah memecah falsafah nih. Kuli always rait. Kalau Kuli mengamuk, kastemer pun takdo. Takdo kastemer, bisnes takda. Takda bisnes, Majikan pun stendet Kuli gak. Sama2 takda pendapatan. Haha.
Cumo dalam dunia realiti, manusia berbaka majikan akan survive la. Asalkan dia menggadai prinsip kebenaran dia sebagai manusia. Lalang dan berkepentingan.
[2]
Bila berlaku perbalahan antara 2 manusia A dan B, akan membentuk 3 sokongan. Pertama sokongan manusia A. Kedua sokongan manusia B. Ketiga sokongan terhadap rasional keadaan. Sokongan ketiga ni amat kurang sekali.
Penyokong A dan B akan mengeluarkan hujah. Sama ada fakta atau teori. Dalam kes seumpama ini, selalunya akan keluar hujah perkauman / agama / mazhab. Dia menjadi standard. Gua tak kata logik atau tidak ianya benar2 berlaku. Tapi menjadi standard.
Kes KFC ni penyokong B mengeluarkan kenyataan manusia A itu menghina perkauman. Kes Zidane tanduk dada Meterazzi Italy pun camtu gak. Kalau manusia tu sama-sama bangsa, ia menjadi kes agama. Kalau sama-sama bangsa dan agama, menjadi kes mazhab plak. Betul ke tak, wallahualam. Tapi ianya menjadi satu standard.
[3]
Apa pun terjadi, kita kena rujuk Islam la. Walaupun macam2 tafsiran manusia ni terhadap bahan mentah Islam, at least semuanya adalah berkaitan dengan satu bahan mentah yang sama.
Ada pun dulu, Saidina Ali kalau tak silap. Berperang sampai hampir membunuh seorang sebangsa dengannya. Tetapi berlainan perjuangan lah. Musuh tu pun ludah ala2 panglima perang UMNO. Puiiiii! Ali tak jadi bunuh. Sebab bimbang niatnya berperang dah lari. Dari kerana Allah kepada peribadi amarah.
So, sebab2 perkauman / hina menghina agama secara budak2, Islam tak suruh kita balas secara fizikal. Tumbuk menumbuk. Tanduk menanduk. Betul, kefahaman budak KFC tu tak sama la dengan Saidina Ali. Kalau gua yang jadi budak KFC tu pun belum tentu gua yang cakap pasal Saidina Ali ni jadi Saidina Ali. Tapi, inilah falsafah yang menentukan siapa benar, siapa salah dalam setiap kejadian.
[4]
Kepada pekerja KFC, gua ucapkan semoga kita sama-sama memperbaiki sikap. Sama-sama kita tuntut pengurusan KFC itu bertindak bijak. Maklumkan keadaan berlaku secara terus-terang kepada pelanggan. Takdo ayam ko, ayam terlopeh ko. Jangan biarkan pekerja yang sedang bertungkus-lumus bekerja menanggung asakan pelanggan.
Kepada pelanggan KFC mangsa kuntau tu, lu ada hak. Saman KFC tu ke, lancar kempen boikot KFC tu ke. Pekerja2 dan lu sendiri hanyalah mangsa jenama. Tak payahlah bergaduh kerana jenama ni. Cam bongok jer gua rasa.
Kepada penonton plak. Jangan jadikan benda tu perkauman. Ntah2 pelanggan tu ejen Mc D. Buat provokasi kat KFC. Mana tau. Kapitalis sama kapitalis berperang.
"Boikot KFC. Boikot Mc D. Hidup RFC. Hidup Edlee FC. Hidup Ayam Goreng Jabbar Pasar Malam." Ngeeee...
Member gua kat Kelantan ni pergi ke rumah mak saudara dia. Pasir Mas. Ada buat maulud katanya. Berdasarkan pengalaman sambutan Maulud di rumah Paklong sebelah bini gua, orang Kelantan akan datang ke rumah penganjur. Berdiri bersama2 dan berselawat. Then makan.
Perkara serupa juga kepada mak saudara member gua nih. Sebelah rumah penganjur itu adalah rumah bapa saudara member gua plak. Kira adik-beradik la sebelah-menyebelah rumah nih. Bapa saudara member gua nih, gua bagi nama Pakcik A adalah orang UMNO. Dan bermazhab MAZA walau MAZA bukan berparti.
Yang member gua ni plak, ilmu agama biasa2 jer. Kira macam gua jer. Tapi dia pun tahu gak sikit2 bidaah ni berdasarkan hasutan gua bawah Akta Hasutan. Kah3.
Member gua ni punya bengong, sebelum jemaah surau / masjid sampai, dia dah makan dulu. Pastu lepak rumah Pakcik A untuk hisap rokok bersama-sama. Then sampai la jemaah. Bapa member gua g panggil la member gua nih. Untuk join. Member gua ni, dah hisap rokok memang malas la. Pakcik A memang tak join. Sebab mazhab MAZA.
Penyudahnya, bila dah settle majlis, sampai rumah dah, bapa dia perli. Cakap termakan hasutan Pakcik A. Member gua story la sama gua yang bapa dia perli dia. Gua cakap, gua pun ambil fahaman bidaah juga. Tapi kalau ada penganjuran yang kalau gua tak hadir boleh berbalah baik gua hadir.
Pastu lu tanya Pokcik lu tu. Antara berkawad, berarak, bersepanduk yang UMNO anjurkan dengan berselawat tokok tambah sambil berdiri mana lebih bidaah? Berselawat tokok tambah sambil berdiri dengan hisap rokok sambil tgk DVD mana lebih bidaah?
[1]
Zaid takda masalah dengan gua. Malah tak kenal pun gua. Kalau compare dengan diri gua, ofkos dia lebih baik dalam banyak hal. Tapi kalau compare dengan pilihan yang ada, gua tolak Zaid sebagai pemimpin.
Gua tolak Zaid dulu lagi. Masa jadi calon PKR PRK Hulu Selangor. Tapi Topeng cakap gua salah masa tu. Zaid pilihan terbaik. Gua senyum jer. Dan sekarang masa sudah membuktikannya.
PAS belajarlah dari banyak perkara yang berlaku. Ambillah calon yang benar2 memahami aspirasi jemaah mereka sendiri. Tak perlulah import orang lain atas nama tiket-miket nih. Ibrahim Ali atas tiket PAS la, Aziz Bari atas tiket PAS la.
Gua tak tahu percaturan PAS atau PR. Apatah lagi gua bukannya pengundi KB pun. Tapi kalau gua ada suara, MP sekarang pun ok. Cikgu Rahim. Ok dari segi humble, cool dan penegak / penjaga aspirasi PAS dalam parlimen lah. Cuma bab2 idea jer gua blom nampak lagi. Bab2 pengurusan, kecaknaan, kesederhanaan, cool dengan anak muda; gua bagi markah A+.
Zaid atau Aziz Bari kalau nak bertanding dengan cepat, bertandinglah as bebas. Dan mohonlah PR tidak letak pertandingan bagi membuatkan mereka satu lawan satu dengan BN. Kalu tak logik, masuklah PKR. PKR bukannya ada calon sangat pun. Main belasah jer tuh.
[2]
Pemimpin ni kita kenal melalui banyak perkara. Banyak elemen yang membuatkan mereka relevan. Dan dari penyebab relevan itulah kita bleh bagi mereka2 ini gred. Contohnya :
1. Shamsul AMK relevan dari isu report polis. Gua tak nampak idea atau hala tuju fikrahnya.
2. Cikgu Bard relevan dengan isu cincin / pendedahan korupsi. Still tak banyak idea.
3. Anwar relevan dengan idea / skandal / ketakutan UMNO terhadapnya. Gua nampak hala tuju fikrahnya.
4. Rafizi relevan dengan idea dan terbaru lembu Kak Jat. Gua nampak sikit2 hala tuju fikrahnya.
5. Husam relevan dengan idea. Dia memang jenis tak layan sangat isu keburukan UMNO. Kerat jari gua kalau Husam hidup atas roadshow skandal lembu / cincin / Altantuya. Dia hidup dan relevan atas idea2 penyelesaian.
6. Ulama2 PAS relevan dengan dasar. Mereka tiada idea kecuali mempertahankan dasar. Dasar yang sudah tetap dan diturunkan.
7. Aziz Bari relevan dengan perlembagaan. Dia mempertahankan perlembagaan sedia ada. Dan mengemukakan cadangan2 pembaikan.
8. Zaid Ibrahim? Gua tak tahu dia relevan atas apa? Isu tiada, idea pun tiada. Setakat ni gua tak tahu aspirasinya terhadap Malaysia yang bagaimana dia mahukan.
Penutupnya. Jika PAS menggunakan kaedah tiket-miket, Zaid bertanding atas tiket PAS, memang gua bantah dan tak respek.