Skip to main content

Kenapa Aduka Taruna Menyerah Diri Di Kelantan

Kenapa Aduka Taruna Serah Diri Di Kelantan..?

Oleh : Topeng Perak

Sebaik berita blogger Aduka Taruna menyerah diri di IPPD Kota Bharu (media perdana lapor "ditahan" dan ada jugak yang lapor "dicekup"...tunggu je lah tindakan undang-undang...) maka gegerlah puak-puak sebelah sana (penyokong UMNO) kununnya AT cuba lari ke Siam untuk sembunyikan diri.

Sebabkan aku dengan geng-geng blogger yang mengiringi AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu sibuk menguruskan hal-hal berkaitan AT di sini, maka masiing-masing tak berapa sempat nak jelaskan secara detail apa yang berlaku sebenarnya sehingga ada yang berfikir AT cuba lari ke Siam untuk bersembunyi.

Memang jadi persoalan bilamana anak jati Negeri Sembilan tidak menyerah diri di Negeri Sembilan dalam hal ni... kenapa di Kelantan..?

Jadi dalam entri ni aku cuba perjelas sebaik-baiknya supaya yang mana tak berapa jelas sebab-sebab AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu yang jauh dari rumahnya di Negeri Sembilan.

Ni kira sambungan dari entri aku yang lepas la (rujuk sini).

Hal ni sebenarnya berada dalam perbincangan kami (geng-geng blogger di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan) dimana pada pendapat kami, dalam keadaan begini, ada baiknya AT menghantar isterinya untuk berada bersama keluarga isterinya sendiri (dalam masa kesulitan) kerana mengikut pendapat otai-otai blogger, itu yang terbaik bagi isteri AT.

Alasannya ialah, orang perempuan ni kalau dalam keadaan macam ni penuh dengan emosi & perlukan orang-orang yang rapat dengannya untuk berkongsi rasa (gitulah kalau ikut cakap otai-otai, aku mana la paham sangat benda-benda gini... hahaha...). kata otai-otai,
  • "orang perempuan kot mana-manapun dia susah nak mengadu dekat keluarga belah mentua dia, dia simpan sorang je, sat lagi terus murung lang lagi susah beb... kalau dengan anak beranak sendiri lain... laju je dia luah..."
Tu kata otai-otai la...

Jadi keputusannya ialah, AT wajib hantar isteri dia pada keluarga dia sebelum dia serah diri dan isteri AT pulak tanah tumpah darahnya ialah - Kelantan.

Jadi kami mintak AT balik ke Kelantan segera untuk selesaikan masalah dia secepat mungkin. tak timbul isu nak lari menyorok ke Siam. itu sebab sebenar kenapa AT menyerah diri di Kelantan. geng... AT nak datang Kelantan pun tak de duit beb, kami kumpul sorang sikit dan bankin dekat dia untuk belanja makan, minum dan isi minyak. datang dengan sehelai sepinggang, duit tak de nak lari ke Siam..?

Tamat bab kenapa AT serah diri di Kelantan. sambung balik dari semalam...

Rumah Mentua Aduka Digeledah Tanpa Waran..?

Hampir jam 8:00 malam, siasatan awal oleh Insp Ramdzan (Peg. Penyiasat Jenayah Multimedia) keatas AT selesai. kami dimaklumkan bahawa AT disiasat dibawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Selesai siasatan, aku dengan Tok Ggawo hantar wife AT balik rumah dia dan kami terus jumpa mak mertua AT dan terangkan hal sebenar yang berlaku pada AT, keputusan yang dibuat selepas perbincangan dan tindakan undang-undang yang bakal AT hadapi akibat dari kesilapan dia.

Selesai 2 bab. malam ni boleh rileks dah. esok sambung balik. pagi esok AT akan dibawak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam perjalanan balik ke rumah, dapat sms dari wife AT -
  • Polis baru je datang rumah kejap tadi dengan AT, diorang datang dekat 10 orang, geledah rumah, kereta lepas tu ambik gambar luar rumah, dalam rumah, kereta bla bla bla...
Aku pun call balik dan tanya wife AT, polis datang rumah, geledah ada bawak waran tak..? wife AT cakap tak de waran... dia cakap ini prosedur biasa je. alamak... kalau prosedur biasa, mesti nak kena ada waran, kalau tak, mana boleh geledah beb.

Aku tanya lagi, siapa-siapa pegawai polis yang datang tadi..? wife AT cakap ada ramai, dekat 10 orang. yang dekat IPPD tadi semua ada. lepas tu aku tanya, Pegawai Waran ada datang sekali tak..? wife AT cakap ada... o... ok... jadi dalam hal ni tak de masalah la bagi aku sebab waran tak diperlukan kalau Pegawai Waran dah ada. lesen besar dah tu.

Tak sampai 20 minit lepas tu, aku dapat sms dari adik AT di Negeri Sembilan pulak -
  • Polis baru je datang geledah rumah kejap tadi, laptop dengan monitor kena rampas, lepas tu ada ramai orang call/sms bla bla bla dok marah-marah dan ugut macam-macam...
Uit... laju betul diorang pergi Negeri Sembilan... hahaha... tak sampai 15 minit lepas rumah AT di Negeri Sembilan kena geledah, masuk lagi sms dari wife AT -
  • Polis datang lagi sekali... diorang ambik no I/C saya. diorang cakap ada masalah sebab banyak mesej masuk dalam HP AT yang diorang rampas.
Pulak dah..? apa hal la pulak... lebih kurang jam 11:30 malam, aku dapat call dari sorang member blogger dari KL maklumkan ada orang dah publish semua maklumat AT dan keluarga dia dalam forum MyKMU. ok... aku paham dah kenapa polis cakap ada masalah tadi dan jugak sebab-sebab panggilan dan sms yang melimpah ruah dipihak keluarga AT di Negeri Sembilan.

Jadi aku call adik AT di Negeri Sembilan dan mintak dia buat Laporan Polis, keselamatan keluarga terancam akibat dari penyebaran maklumat AT dalam MyKMU tadi. member-member lain, print screan forum MyKMU. ade la yang kena nanti tu.

Dah tengah malam, siang hari dah penat, jadi tidor je lah...

Selasa jam 9:30 pagi -

Gerak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. blogger Mountdweller dan menunggu dekat sana dari jam 8:30 pagi tadi. pagi ni polis akan dapatkan Perintah Tahanan Reman untuk jalankan siasatan terhadap AT. mahkamah tetapkan AT ditahan reman sehingga 29hb. Januari, 2009. ok la tu... dari Mahkamah Tinggi gerak ke IPPD Kota Bharu untuk isi berang "harta rampasan" (hahaha... bahasa pasar tu geng...).

Hari ni tak banyak sangat nak cerita, AT dok lepak je dalam Pejabat Jenayah Komersial. aku PinkTurtle, Mountdweller dok pi mai, pi mai sana sini layan sembang dengan polis-polis yang ada dekat IPPD... dapat la hilang boring dan tambah kenalan. hahaha... "berkawan biar seribu" geng...

Sementara tu pulak, polis dok urus penghantaran AT ke Bukit Aman.

Lebih kurang jam 3:30 petang, urusan untuk deliver AT (panggil OKT pun boleh geng... sempat gak aku bergambar dengan AT dalam uniform lokap kaler purple dan bergari beb... sejarah tuuu...!!! hahaha...) ke Bukit Aman selesai dan 3 orang Pegawai Polis ditugaskan untuk menghantar AT ke Bukit Aman. salam-salam selesai... maka...
AT dan 3 pegawai yang ditugaskan untuk hantar AT ke Bukit Aman bergerak dari IPPD Kota Bharu menuju ke Bukit Aman dengan menaiki kereta polis (JSJ) kaler silver lebih kurang jam 3:45 petang, 26hb. Januari, 2010...

Handover dekat geng-geng blogger di KL/Selangor la pulak geng untuk update...

p/s dari Aduka Taruna - Gua ucap terima kasih banyak-banyak pada geng-geng blogger - Penarik Beca, Mountdweller, Tok Ggawo, Tulang Besi, Evelyn, Zainurfaqar, Edyes, Ali Bagan Utama, PRBlogger, Xenan, Al Bakistani, PinkTurtle, Asrol Kelate Kito, Isa ISA, Baginda Reformasi, Andrew, Jimadie, Cuping Merah, Che'gu Bard, Haji Annuar, Pengliporlari dan lain-lain (ramai daaa... tak ingat aku aih semua yang AT sebut...) yang banyak bagi bantuan, nasihat yang baik sambil maki-maki sebab gua celupar dan ambik berat pasal gua sepanjang gua "kena langgar"... hahaha...

Projek "Langgar Hadi" tetap on macam yang dijadualkan..!

TPU - Gilo kau AT..!

Comments

  1. boleh dijadikan pengajaran kepada blogger2 lain yang perasan hebat.. apa korang lakukan ade efek kat famili, isteri, mertua dan anak2...

    Allah bagi akal untuk fikir, bukan untuk menghina kutuk ...


    apapepun muka ko aduka sudah melambang kan personaliti ko kat blog ni.. patut tulis mende2 x pakai otak.

    ReplyDelete
  2. ko lupe nk bgitau yg AT kesayangan ko akn ke johor nti..utk jumpe polis johor, bantu siasatan..xsilap aku harini..takot org johor carik ape??

    ReplyDelete
  3. padan muka korang.. takde kerja cari kerja... ada apa apa yang menguntungkan ke pada korang sumer...

    ReplyDelete
  4. "apa korang lakukan ade efek kat famili, isteri, mertua dan anak2..."

    gua suka statement ni.. bukan nak kasi down, tapi kasi semangat lagi. kalau kita yakin ae yang kita buat ni betul. jangankan diri, mak bapak pun sanggup dikorbankan ( cakap je la, gua pun tak tau sanggup tak).

    teringat tulisan kat baju pemain bola arab
    فداك امي وابي يارسول الله

    ReplyDelete
  5. "apa korang lakukan ade efek kat famili, isteri, mertua dan anak2..."

    "gua suka statement ni.. bukan nak kasi down, tapi kasi semangat lagi. kalau kita yakin ae yang kita buat ni betul. jangankan diri, mak bapak pun sanggup dikorbankan ( cakap je la, gua pun tak tau sanggup tak)."

    perbuatan kutuk mengutuk ni yang pastinye mmg TAK BAIK. terutama pd yg baru saja meninggal dunia. Cuba yg kena kutuk tu parent korang sendiri.. apa rasa? manis? masam? masin??

    ReplyDelete
  6. padan muke ko
    harap2 masuk jail 18tahun
    wakaka
    ske2 je nk kutuk org da mati
    klu bini ko mati ke anak2 kene bunuh ke org kutuk lg ko x sakit ati ke??
    padan muke ko
    jatuh le air muke ko nnti dpn mahkamah

    ReplyDelete
  7. Tu lah...kan dah...Allah buie akal.. mu letok ko palo lutut..lo ni doh nyusoh ko anok bini..MasyaAllah..

    ReplyDelete
  8. INI SEBENARNYA BARU SEDIKIT BALASAN ALLAH KE ATASNYA.. MUNGKIN BANYAK LAGI LEPAS NI SEBAB AT PERNAH MENGHINA ISTERI NABI.. IAITU SAYIDATINA AISYAH... SAMBIL BERKATA KALAU ORANG NAK PANGGIL DIRI AT SEBAGAI KAFIR PUN AT TAK KESAH. NAUZUBILLAH. BERTAUBATLAH..

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Waaahhh.. dh kena tahan pun smpat berpossing lagik..

    Gempak tol lu ni bro..

    Lu wat posting tu mmg untuk market diri ke bro?


    Citer panas..
    Berita panas..
    Isu panas..

    Citer giler > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  10. Salam ya Bro?
    Dasar DAYUS memang cm tu lah...Lariiiiiiiiiiiii.
    Lari ikut bini.
    Malu aku ngaku nko orang Minang.
    Mano nak lotak muko?
    Lagi malu nengok gambar nko nyorok belakang bini!
    Bini nko lagi ada brani bro!
    Lu memang lawak! Hang Jebat kunun...Hang Cepet adalah..kah!kah!kah!
    Berani buat berani tanggung bro!
    Lu....Bodoh takleh diajar...Pandai takleh diikut!
    INGATTTTTTT!!!
    Hormati orang yang lebih tua..
    Pengasih pada anak kecil...
    INGATTTTTTT!!
    Budak kecik kalau diajar mintak maaf pasti dia akan buat....
    Tapi nko yang dah besar panjang ni paham ke makna maaf ni?
    INGATTTT!!!
    Harap nko sedar skit...lepas ni.
    Jangan cakap macam orang lain takda sejarah...takda keturunan.
    INGATTTT!!!
    INSAFI diri.
    Sandri mau ingat bro!
    ALFATIHAH BUAT ALMARHUM TUANKU.

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:28 lu lagi pengecut coz x tunjuk identiti lu...pengecut x de telo...
    poie mampus la sama lu...
    pengecut bodo...telor mana letak...
    HAHAHAHAHA
    HAHAHAHA
    HAHAHAHA
    HAHAHAHA

    REBUS AR TELOR EKAU TU...
    HAHAHAHA



    -aku budak kelantan sokong aduka-

    ReplyDelete
  12. "AT ada kah kamu melayu? bukan.."

    buat apa jadi meLAYU, doh?

    patutlah lembap nak mampos!

    wakaka...


    *p.s. 1) aku keturunan menyegar.
    2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP...

    ReplyDelete
  13. patutkah aduka taruna mohon maaf padahal dia tak buat salah apa pun cuma ada yang terasa dan buat laporan pdrm palsu pasal menghina sultan johor pula?

    GUNAKAN HAK ANDA UNTUK MENGUNDI DI SINI SEKARANG!

    ReplyDelete
  14. memang ar die mane ade sultan tu yg die berani buat cam tuh... tuiihhh...

    ReplyDelete
  15. akibat suka hina ulamak. tak mungkin AT lebih baik dr ulamak. Allah ta'ala bagi cash kat kau. moga kau selamat dan mandapat pengajaran. sempitkan skit mulut besar kau tu...

    ReplyDelete
  16. Wahai Aduka Taruna,

    Beringatlah, tatkala Sultan Johor itu menjadi YDP Agong, di manakah dikau. Kau masih lagi kecil. Masih bersekolah. Kementahan kau itu perlu kau sedari betapa kau tidak pun mempunyai asas megkritik seseorang yang tidak kau kenali. Majlis perkahwinan AT pun rasanya sepatutnya dilangsungkan minggu ini mungkin tidak dapat dilangsungkan. Inilah masanya menilai, baik buruk perlakuan diri.

    Walau di dalam fahaman mana kita berpolitik, jangan ingat matlamat menghalalkan cara, setiap yang tidak betul tetap tidak betul. Janganlah dihalalkan apa yang nyata haram!

    Itulah pegangan agama sebenarnya...

    ReplyDelete
  17. Hahahha....

    " geng... AT nak datang Kelantan pun tak de duit beb, kami kumpul sorang sikit dan bankin dekat dia untuk belanja makan, minum dan isi minyak. datang dengan sehelai sepinggang, duit tak de nak lari ke Siam..?"

    Laa...takdak duit rupa2nya.

    Hari tu cakap gaji mengalahkan exco. puluh-puluh ribu. betoi ka ni. hangpa ni suka sgt kelentong orang naa

    ReplyDelete
  18. " geng... AT nak datang Kelantan pun tak de duit beb, kami kumpul sorang sikit dan bankin dekat dia untuk belanja makan, minum dan isi minyak. datang dengan sehelai sepinggang, duit tak de nak lari ke Siam..?"

    Laa...takdak duit rupa2nya.

    LAA... KUTOK ORG MSKN RUPA2NYA! SMPI HT.

    ReplyDelete
  19. amende la lu org suma cita ni...kira berani ambk risiko la adukataruna ni..respect gak dia..kalu lu org wat hal konpem xdenye berani nak serah diri..respect la adukataruna berani outspkoken..wa respect lu mat..korg wat pe nak agungkan sesama manusia..manusia tetap manusia biasa..jgn hormat sngt manusia lebih dari darjat nabi muahammad s.a.w...tp tuk adukataruna..lu buerani buat berani tanggung la..

    ReplyDelete
  20. padan dengan muka kau..geram aku..ikut sedap mulut kau aje ye Aduka oh aduh aduh aduh...sekarang rasala langit tu tinggi ke rendah....ambik ko..lain kali jangan lancang sangat...aku bengan dengan orang yang menghina bangsa Melayu apatah lagi institusi diraja....sori beb..selamat tinggal romeo...ha haha...

    ReplyDelete
  21. sape tak marah kalau Sultan dibabitkan dalam melepaskan amarah dan mazmumah diri sendiri... apapun untuk AT,... semoga Allah menerima taubat anda... rakan-rakan blogger.. 'ikut suka hati andalah nak melepaskan renungan provokasi anda' harus diingat kita sebagai blogger kan ke lebih baik mengingatkan sesama manusia tentang iman dan islam... cuba semak kisah israk mikraj tentang seksaan Allah... kalau anda rasa amaran yang diberi Allah itu tak penting..... andalah orang yang harus diperangi dan bukannya orang lain...

    ReplyDelete
  22. pengecut jugak ko nie....hahaha..nk lari siam x ngaku....
    pengecut memang pelbagai alasan yg diberi...nevermind

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.