Skip to main content

Siri 3 Siapa Kami : 2010 Tahun Menggempur Pembaharuan.

Gua tau lu org masih marah dengan aduka.Kami di sini tak ada masalah dengan apa2 hukuman yang bakal Aduka Taruna.Bab ni kami serahkan 100% pada pihak berkuasa.

Oleh kerana ada yang tak pernah melawati blog aduka, di sini gua pamirkan serba sedikit pemikiran kami yang dicerna oleh artikal lama aduka.

Gua harap pengunjung blog dapat menikmati pemikiran kami dan menilai kami tanpa sentimen.

------------------
Oleh : AdukaTaruna

Tahun 2009 adalah tahun paling penat dengan isu politik. PRK datang bertali arus. BN bergoncang tak berhenti. Dengan UMNO sekian hal, MCA sekian, MIC lagi. Tu belum sebut PKR punya hal dan PAS punya hal. DAP jer yang agak tenang sket kot.

Bloggers plak berkerja macam robot. Tahun 2009 tahun paling rumit. Ada blogger yang nyaris2 disaman Nasha, ada blogger yang kena tangkap polis. Macam2 kes. Demo plak. Macam2 jenis demo yang gila hangat. Dari kes Perak, sampai GMI, sampai kepala lembu. Pendek story tahun 2009 tahun berantakan.

Kemudian, gua ada mencadangkan KONVENSYEN BLOGAWAN PAS RERORM. Bro MSK dengan pantas bagi lampu hijau sanggup setupkan program tu di tempat dia (Perak). Perak gua pilih sebab geografi dok tengah2. Kira adillah. Kalau ada blogger Siam yang nak datang pun boleh. Bloggers diorang pun ramai yang aktif.

Namun, bila gua fikir balik, dengan keadaan banjir, dengan keadaan tak tentu arahnya senario politik negara, yg keje gomen gaji lambat bulan ni, nak pakai raya haji n anak skolah; ah... macam-macam hal yang boleh menghalang komitmen bloggers, maka, gua fikir, program tu perlu dianjakkan ke satu fasa yang betul2 selesa. Maklumlah bloggers ni adalah aktivis politik yang miskin, bukan ahli politik sepenuh masa yang bergaji dari parti masing2.

KONVENSYEN BLOGAWAN BARISAN RAKYAT 2010.

Cadangan gua ini belum dirasmikan lagi kepasa MSK. Just story2 idea jer kat blog gua nih. Gua ingat, kita jadikan tahun 2010 sebagai tahun kebangkitan bloggers terhadap perubahan. Semangat dan iltizam baru. Kita listkan peristiwa dan hujah2 tahun 2009 untuk digulungkan pada tahun 2010.

  • Ada bloggers PAS REFORM
  • Ada bloggers PKR REFORM
  • Ada bloggers DAP REFORM
Kalau bloggers PAS REFORM, bentang senarai kelemahan PAS sepanjang tahun 2009, tekan dan cadangkan bentuk penyelesaian di konvensyen tersebut. Begitu juga bloggers PKR dan DAP jenis REFORM. Apa yang kita tak puas hati dan harapkan perubahan ke arah yang lebih baik.

Kaizen!


Ingat. People adalah kuasa perubahan. Pemimpin hanaylah sekadar balaci upahan kita. Kita yang bayar gaji mereka dan mengundi mereka. Jangan sesekali falsafah ini terbalik. Wala' Wala' Uncle diorang.

Konvensyen yang ini, kalau MSK setuju, maybe dia akan kontek network dia. Setup bayeek punya konvensyen. Kuasa people. Pembetulan konsep falsafah kuasa people. Refreshing moral kita semua bagi menghadapi satu arus perubahan besar-besaran.

PROJEK LANGGAR HADI.

Tahun 2010 juga gua dengan memember akan lancarkan Projek Langgar Hadi ni, yang dipanggil xenan Marching To Rusila. Tak boleh lambat beb. Paklah sekor ni kena gulungkan sebelum PRU13. Dapat tak dapat, belakang kira, janji sejarah merakam usaha kami. Macam rakaman sekor burung bawa air dalam paruh nak padamkan api membakar nabi. Secoit jer, tapi terakam.

Kalau konvensyen itu berlaku sebelum Marching To Rusila, maka, kami berpeluang mempromosi projek kami di booth, pameran, poster, banner, etc semasa konvensyen itu berlangsung. Kalau konvensyen itu berlaku selepas Marching To Rusila, mungkin lain sikit. Tak kisahlah. Janji 2-2 berlaku dengan licin. Syukur alhamdulillah.

So, gua akhiri dengan seruan tahun 2010 adalah tahun menggempur perubahan!!!! Yeeeyyeeaaarggghhhh!!! Cam tak kena jer slogan nih. Ah.... lantaklah. Korang la yang betulkan.

Comments

  1. Kalau ya pun nak kejar glamer dan nak jadi blogger tersohor, ini bukan caranya, apa kau fikir rais pondan dah lepas kau maka kau akan bebas?

    Tidak menteri amaran dah kata kau tak akan terlepas sebab kau dah kurang ajar dengan rakyat johor....jangan fikir kau akan terlepas..

    ReplyDelete
  2. betul jugak c aduka ni dah terlepas cakap kat rakyat johor..tapi ape kes yg rakyat terengganu bacul sangat dok sengap bila geng2 umno siap buat kain rentang kata binatang pada agong ha?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Apa yang anda cuba sampaikan wahai penulis blog? Aku tak nampak fakta setiap artikel yang anda postingkan?

    Pendek kata macam sampah blog korang ni, aku lawat blog ni sebab skrg ni jadi isu jer, saje nak jenguk-jenguk tahap mana pemikiran korang.

    Tiada ape maklumat yang dapat di kutip dari blog korang ni, apa yang aku nampak cuma nak kejar glamer jer.

    Apa pun tahniah ler sebab anda sudah berjaya mencipta nama di kalangan penulis blog sampah di Malaysia.

    Kencing masih bercabang ada hati nak cerita pasal politik. Poorah! ingatkan pendidikan tahap mana. rupanya lulusan Politeknik jer. Perjuangan ape yang anda cuba tonjolkan?

    Lain kali menulis lah berdasarkan fakta. baru sedap orang baca, ini tidak main hentam kromo jer ada hati nak jadi pemerhati politik?

    Akhir kata, tahniah kerana berjaya meletakkan diri sebagai manusia yang di caci, di maki hamun oleh rakyat Malaysia dan johor amnya.

    Salam

    ReplyDelete
  4. Xenan, Evelyn/MOD blog AT,

    Gua cadangkan lu orang tutup saja shoutmix tu.

    Jangan dibiarkan semua maki hamun dan provokasi berlarutan, gua tengok dah macam kanser je... semakin kronik.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Kenapa kena wat gak Projek Langgar Hadi tu?

    Boleh berikan sket agenda2 utk Projek Langgar Hadi?

    Sape sponsor?

    Apa motif?

    Apa kebaikan Projek ni?


    Citer panas..
    Berita panas..
    Artikel panas..

    Post Giler > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  6. rasanya cukup la kot marah2 kat dia.aku pun dah reda dah nih marah.dah maafkan dia.tapi kat vot aku pilih "gua maafkan lu, tapi meh nak lempang dulu".haha.tu baru ok.tapi rasenya aku pun dah "lempang" dengan kata2 dulu, jadi skg dah terima dia dalam masyarakat.dia manusia la.dia buat silap,aku pun buat silap.silap memang ada kecik dan besor, tapi if silap, pastu maaf ok la tu.bukan nak nyokong,kenkadang aku pun byk buat salah yang tak nampak.orang nampak mcm baik, tapi rupanya tak baik.jadi aku dah maafkan dia dah dari berapa ari lepas lagi.

    ReplyDelete
  7. Gua po arap tolong jgn bagi si anon2 ni bg komen..
    Sbb cm lembu jantan x der telor jer..

    Gua doakn kebaikan untuk AT. Rindu plak gua kat bro ni..
    Ish2.....

    Klu korang bleh contact ngan die tlg gi tau wa "kepunden" kirim salam...

    ReplyDelete
  8. kalau semua dah penat dok baca komen nii.. apakat kita pekena jus jambu segar:
    Klik dibawa ni:
    => Resepi Jus Jambu

    ReplyDelete
  9. patutkah aduka taruna mohon maaf padahal dia tak buat salah apa pun cuma ada yang terasa dan buat laporan pdrm palsu pasal menghina sultan johor pula?

    JOM UNDI DI SINI!

    ReplyDelete
  10. wahai ibnu marzuki al firdaus,
    kalau kau rasa indon pun boleh survive, pergilah duduk kat indon yang takde sultan tu. jangan lah jeles pulak tengok malaysia berpegang pada style raja berpelembagaan. apadaa....

    ReplyDelete
  11. dah baca posting di atas.. nothing.. useless..meaningless
    blog xenan pun dah tgok.. same also..just nak jual cendawan je.. mana lagi posting2 yg dulu yg katanya mengandungi pemikiran korang?

    ReplyDelete
  12. ibnu marzuki ni bodoh...
    ko sapa nak ckp pasal sultan...
    manusia gak...
    buat silap gak...
    ko tu baik ke???
    tak penah wat dosa ke???

    ReplyDelete
  13. ibnu marzuki ni bodoh...
    ko sapa nak ckp pasal sultan...
    manusia gak...
    buat silap gak...
    ko tu baik ke???
    tak penah wat dosa ke???

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...