Skip to main content

AdukaTaruna: Terkini

Oleh: Evelyn

Berjaya menghubungi isteri AT yang masih berapa di Kelantan. Beliau memaklumkan kes mahkamah akan didengar pada pukul 10pagi namun bila mereka tiba dikawasan mahkamah, AT telah pun di 'sorok' dan kes sudahpun selesai didengar. AT dihantar semula ke IPD. Mahkamah telah memutuskan untuk mendengar kes tersebut lebih awal dari dijadualkan bagi mengelakkan tumpuan media yang semakin menjadi-jadi.

AT akan dikenakan tahanan reman sehingga 29hb, dan kes beliau akan dipindahkan ke Bukit Aman. Masih terlalu awal untuk meneka namun wujud beberapa keraguan.

Dalam masa yang sama, peguam-peguam AT sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa laman web dan media perdana yang menyiarkan maklumat palsu tentang Penangkapan AT. AT tidak diberkas seperti yang didakwa tetapi menyerah diri dengan rela dan berjanji memberi bantuan sepanjang siasatan dijalankan.

Kepada laman-laman forum yang menyiarkan alamat, no telefon dan maklumat peribadi AT, kami sarankan agar memantau posting-posting dilaman anda. Keluarga AT akan membuat laporan polis kerana wujud banyak ancaman dan ugutan terhadap mereka. Harap maklum.

p/s: Peringatan: jangan menyebarkan fitnah dan maklumat palsu tentang AT. Kes masih dalam siasatan pihak polis.

Berita seterusnya akan menyusul, InsyaAllah.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh dapat 100juta ok gak, boleh la buat Yayasan Aduka Taruna.

    Nak langgar Presiden Haiti pun boleh tu.

    Hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh dapat 100juta ok gak, boleh la buat Yayasan Aduka Taruna.

    Nak langgar Presiden Haiti pun boleh tu.

    Hahaha

    ReplyDelete
  4. Harap isteri dan keluarga AT dapat bersabar.

    ReplyDelete
  5. Ini adalah ujian Allah....semoga di lain kali lebih berhati-hati ketika tekan keyboard! Wassalam

    ReplyDelete
  6. tu la,sebelum buat sesuatu berfikir menggunakan akal

    ReplyDelete
  7. ermm..harap bersabar..nak buat camner nasi dh jadi bubur...bebanyak berdoa agar keselamatan AT terpelihara...insyaallah..

    ReplyDelete
  8. Maaf kata... mungkin ayat aku kurang ajar.... tapi..

    Inilah yg dikatakan kebodohan, berani dengan kedunguan yang amat.., sekarang bukan AT sahaja, malah isteri serta keluarga diheret sama... menyusahkan ramai pihak... lihat ini...

    "Keluarga AT akan membuat laporan polis kerana wujud banyak ancaman dan ugutan terhadap mereka. Harap maklum"

    banyak lg kerja2 polis nk buat, pastu mahkamah pun tmbh lg 1 kes.... ni kena mntak cepat tu, so what happen dgn kes2 yg lain??
    AT.. sekali lagi maaf kata.... kamu bertindak dengan kedunguan yg melampau....
    Dengar berita Almarhum mangkat pun sudah membuatkan kami rakyat johor sedih...tangan aku ni pernah dijabat Almarhum tuanku... mungkin kau x pernah rasa agaknya nikmat hidup beraja Melayu. Ada sedikit rasa kesal aku kerana kau lahir dalam keluarga Melayu.....

    ReplyDelete
  9. aduhh bingai jugak puak2 pendokong aduka ni.depa pulak nk buat report polis..haha lawak je la korang ni..

    ReplyDelete
  10. nzarin...pasal berfikir menggunakan akallah dia di tangkap...akal terbatas..kena rujuk jugak pada mukjizat Al-Quran dan hadis nabi SAW...serta berdamping dengan ulama2...sesungguhnya balasan Allah itu benar....

    ReplyDelete
  11. kepada isteri AT byk2 bersabar ini dugaan....
    yg salah tetap salah... biar AT terima hukuman..... AT pun kata dia redhakan.....

    - ANAK JOHOR -

    ReplyDelete
  12. Salam..

    Semua ni mmg boleh dikategorikan sebagai COBAAN..

    Tapi, cam bese la.. sume manusia melakukan kesilapan..

    Kes Aduka Taruna ni lak.. mungkin 1 kesilapan beliau la.. tp dikategorikan sebagai 1 kesilapan besar dan dianggap bodoh..

    Kalo brother Aduka ni lom kawen xpe la kot membujang lama2 dlm jail..
    Ni kecian lak aku tgk kat bini dia tu..


    Info lebih > http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  13. pengajar kepada semua orang di masa hadapan..

    lepasni sebelum buat apa2 fikir dahulu kesannya... kesan kepada keluarga, isteri dan anak2...

    ni main terjah je...

    chow

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Mcm mana? Ada manis hari ni? Baru tahu langit tinggi rendah. Itu baru sikit Allah uji anda. Anda ingat anda bijak? Allah Maha Bijaksana. Hina la lagi ramai orang.

    Baru cara ini mcm., betul x? Lain kali jaga penulisan. Tulis dgn beradab. Pendokong Aduka pn satu., bodoh jugak. Masa mamat ni hina nabi x ada sape nk tegur.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  15. Salam'alaik..

    Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah..

    Gua harap mereka yang cuba nak mengeruhkan lagi keadaan tu, henti-hentikanlah..AT cuba jernihkan keadaan, yang dok heret fitnah macam-macam buat apa?

    AT, gua salute kejantanan lu pegi serah diri..biasalah dunia ni, yang terpilih ja boleh lalui seperti yang lu lalui ni..nanti lu boleh share story bahan mentah original tanpa sumber sekunder ka hapa ka..
    gua follow dah lama blog ni..tapi tak penah post comment apa pun..
    walaupun apa yang gua nak cakap ni ayat2 cliche, gua harap isteri dan keluarga AT terus tabah, mungkin ni ruang yang Allah nak bagi supaya kita semua muhasabah..nobody is perfect..

    ReplyDelete
  16. Wakakaaka..
    Nmpk nyer dh jd makkamah dlm bloq AT ni. Ade yg jd peguam.
    Tp yg gua bengang dh ade yg jadi hakim..
    AT masih diaanggap tetuduh selagi belum dijatuhkan hukuman..
    Awat la bingai sangat mamat2 & minah2 pencacai nih...

    ReplyDelete
  17. budak ni memang dlm masalah. besar punya. org2 johor marah takpe lagi. dia boleh buat bodo je. mmg dia mcm tu. masalah besar dia ialah kerabat2 almarhum yg sakit hati bukan sikit. dan aku maklum sangat bukan semua kerabat2 ni berhati lembut.

    tapi apa nak buat. benda dah jadi. kalau larat lari, larilah.. mesti ingat, kalau jadi apa2, jgn salahkan org, salahkan diri sendiri. sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  18. pada pandang aku orang yg belajar tinggi2 pun bukan nyer pandai sangat...kalau pandai mesti dia kata org mcm-mcm...ni yg aku x paham nih...gi blajar tapi bila maki org mcm org tak ader plajaran...huh!!!

    ReplyDelete
  19. Rifhan berkata:

    "gua salute kejantanan lu pegi serah diri..biasalah dunia ni, yang terpilih ja boleh lalui seperti yang lu lalui ni..nanti lu boleh share story bahan mentah original tanpa sumber sekunder ka hapa ka..
    gua follow dah lama blog ni..tapi tak penah post comment apa pun..
    walaupun apa yang gua nak cakap ni ayat2 cliche, gua harap isteri dan keluarga AT terus tabah, mungkin ni ruang yang Allah nak bagi supaya kita semua muhasabah..nobody is perfect"

    Jawapan:

    Apalah kau ni. Mcm ni punya perangai penghina isteri nabi, sahabat, ulama' mazhab, ulama'2 semasa pn kau nk respek. Aku ingat kau kena pakai spek la.

    Mcm ni kau kata; kejantanan., yg terpilih., ..aku ingat kau mabuk barangkali.

    No body is perfect.., itu kau kata. Tapi Aduka kn perfect. Itu pasal la dia sudah kena.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. aduka aduhka . kauni ada attitude problem dan sakit mental aku rasa. Pegilah berubat kt klinik haiwan .

    by Tamingsari the Kris .

    ReplyDelete
  21. Aku baru balik niaga Jus Jambu. Kalau nak tau bisnes jus jambu ni memang untung..modal ciput je..nak tau info lebih lanjut lagi, klik dibawah ini:
    Sedapnya Jus Jambu

    ReplyDelete
  22. apa nak dibuatkan.. dah terlanjur bahasa...

    pepatah org dulu-dulu kan dah pesan.. boleh binasa badan dibuatnya..

    Patutnya masa cik adik tuh nasihatkan cik abang tuh dulu lagi.. bagitau dia, syariatnya dah tak betul.. dah nak kena lock up baru nak pikir.. susahlah.. doa jer la kut-kut lawyer yg dilantik boleh menang kes..

    ReplyDelete
  23. Rifhan..!

    Jantan kau kata camgitu..? he..he..?

    Cuba Takrifkan istilah "JANTAN" tuh camne?

    ReplyDelete
  24. Pak Kepunden,
    Lawyer ke hakim ke lantaklah. Blog pemerhati bebas . Aku jadi juri dahlah. Kau jadi pendakwa raya . Amacam? Aku jamin sebelum bicara verdict dah tau . Guilty as charged.Masalahnya peguam bela Rais anak Yatim pulak . Dia mohon ketepikan tuduhan. Kita kena bagi tau Rais mcm mana nak ketepikan kita punya marah . Aku nak bawa kes ini ke mahkamah dunia . Orang kata cawangan mahkamah dunia ada kt Kota Bharu. Betul ke ?

    ReplyDelete
  25. "AT ada kah kamu melayu? bukan.."

    buat apa jadi meLAYU, doh?

    patutlah lembap nak mampos!

    wakaka...


    *p.s. 1) aku keturunan menyegar.
    2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...