Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Liwat Dengan Pelepah Pisang!

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Sebelum pembaca meneruskan pembacaan, sila letakkan diri anda di satu asas kefahaman bahawa, tulisan ini hanyalah perspektif peribadi penulis semata. Kali ini, penulis tidak mampu membawa fakta yang kukuh bagi menyokong setiap yang disampaikan, sekiranya dibahaskan atau sekiranya diminta. Jadi, anggaplah sebagai satu pengetahuan dalam bentuk kemungkinan sahaja. Liwat dahulu. TDM adalah seorang manusia yang licik dan cerdik. Apatah lagi dengan bantuan kuasa yang dimilikinya. Penulis percaya, secara peribadi, DSAI adalah seorang peliwat. Berada di dalam dunia UMNO tidak memustahilkan ini berlaku. Bagaimanapun, liwat bukanlah motif TDM menyingkirkan DSAI. Tetapi pertembungan karisma. Karisma yang dimiliki DSAI semakin menenggelamkan karisma yang dimiliki TDM. Jadi, seperti penyingkiran TPM terdahulu, DSAI turut menerima nasib yang sama. Cuma DSAI bertelur berbanding TPM terdahulu. Dalam banyak-banyak skrip yang boleh dicipta oleh

Bengapnya Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Sebelum pembaca berfikrah PAS melatah seperti kebiasaan dunia mereka, sila baca ini dahulu. http://adukataruna.blogspot.com/2008/06/kepada-bukan-islam-yang-anti-little.html http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11771&mode=thread&order=0&thold=0 Dalam mempersiapkan diri ke arah Malaysia yang matang dan terbuka, adalah menyedihkan apabila rupa-rupanya PAS memiliki satu kualiti pemimpin yang sebegini. Apatah lagi pemimpin pelapis masa depan. Konsep keterbukaan dan kematangan Malaysia. Bila sebut bab ini, hamba melihat, ramai ahli PAS kategori AJK Cawangan yang terkeliru. Walaupun lulusan luar negara. Ada yang terbeku dengan menuduh aliran Aristotle, Pluto, Screateas dan sebagainya. Adakah anda faham atau tidak konsep keterbukaan yang ditunjukkan TGNA / Kelantan? Keterbukaan dan kematangan yang kita cari ialah dalam kerangka Islam. Perbezaan pendapat, sekalipun dari bukan Is

Gabungan PAS + UMNO Boleh Berlaku.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Sebelum anda membaca selanjutnya, pastikan anda telah membaca ini dahulu : http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/bacaan-berat-mencilok-negara-islam.html Hamba berpendapat, gabungan kita semua, PAS + UMNO + Kelab Non Muslim PAS + NGO Muslim Bukan Melayu boleh berlaku selepas PRU13. Dengan syarat : 1. BN perlu ditumbangkan terlebih dahulu. 2. PKR dan DAP menghalang proses mengguna-pakai hudud di Kelantan, sebagai model permulaan / percubaan, selepas 100 hari BN tumbang dan Barisan Rakyat memerintah Malaysia. Hamba susun ayat semula. Selepas BN tumbang, PAS perlu menunggu kestabilan peralihan tampuk kekuasaan Malaysia yang pertama kali ini. Mungkin dalam 100 hari. Kemudian, PAS perlu kemukakan hak menggunakan undang-undang Islam, di Kelantan sahaja dahulu. Sekiranya sah dan nyata PKR / DAP menolak secara terangan, maka, barulah PAS boleh berunding dengan UMNO. Dalam masa 100 hari itu, pemimpin-pemimpin elite UMNO hamba ramalka

Tidak Takut Dibenci?

Oleh : AdukaTaruna Wa ditanya, kenapa wa memilih berperang dengan ahli PAS. Tak takut dibenci ke? Mengapa memecah-belahkan? Wa hanya senyum. Wa tidak berperang dengan ahli PAS dan wa tidak memecahbelahkan, walau itulah yang anda pandang. Pandangan seseorang itu berdasarkan ketinggian mereka. Semakin tinggi keupayaan mereka, semakin menyeluruhlah pandangan mereka. : ) Zon waktu ini adalah zon waktu bukan PRU. Zon inilah zon yang sesuai membina / membaik-pulih apa yang telah digunakan. Cara wa membina dan membaik-pulih dipandang memecah-belahkan mengikut keupayaan individu itu mentafsirkan. Wa fight terhadap keburukan jemaah PAS sebelum PRU12. Dan berhenti menjelang zon PRU. Bersama sedikit sebanyak yang termampu ke dalam kerja jemaah PAS. Dan kini wa kembali semula dengan cara wa. Dimaki, dibenci, dihina adalah lumrah ma. Kalau lu tak boleh tahan, lu tak payah tentang. Tak perlu duduk dengan cara ini. Ikut arus sahaja. Smol meter ma itu semua. Normal la. Tiada majuk2, tiada dengki2. F

Serban Dan Starbuck.

Oleh : AdukaTaruna Sebelum lu orang membaca seterusnya, sekali lagi, jangan telan bulat-bulat setiap yang wa tulis. Wa hanya menyampaikan, lu orang mesti ada penapisan yang baik dalam dunia keterbukaan bersuara ini. Ada isu kecil mengenai serban dan polis. Polis dikatakan telah menyaman si pemakai serban. Pada wa, polis itu telah bertindak yang betul. Jika korang kata, mengapa si polis tidak menyaman Benggali? Mengapa harus ada double standard dalam hal ini? Maka inilah jawapan wa. Jika si polis itu muslim, maka, pada wa, wajar si polis itu menyaman si pemakai serban. Jika non muslim, maka, tidak harus berlaku double standard dalam hal ini. Mengapa? Pada wa, serban bukan sunnah. Kayu sugi bukan sunnah. Sunnahnya ialah membersihkan gigi / mulut. Kayu sugi atau berus gigi adalah alat melaksanakan sunnah. Wa berpendapat, sekiranya Nabi SAW berada di zaman sekarang, pasti Nabi SAW adalah manusia yang mengajar umatnya berkenaan tajuk safety. Pada wa, setinggi mana ilmu agama yang seseorang

Tidak Setuju Mufti Ishtihar Baju Politik.

Oleh : AdukaTaruna Selepas TGNA mempelawa Mufti Perlis menyertai badan politik (PAS), banyak pihak yang menyinsing lengan Mufti. Ada yang meminta Mufti Perlis meyertai DAP ( Di Atas Pagar *). Begitulah jumlah keluasan daya fikir yang dimiliki oleh Melayu PAS. Keluasan daya fikir ini sedang menyambut satu suasana Kelab Non Muslim PAS yang berkemungkinan dijadikan satu sayap PAS yang bertanding. Keluasan daya fikir Melayu PAS bertarbiyah ini juga sedang menyambut satu golongan yang bukan Melayu, yang bertamadun, yang memiliki jaringan ekonomi, yang memiliki pemikiran lebih tinggi dalam masa terdekat. Suntuk. Pelawaan TGNA. Pelawaan TGNA adalah hikmah dan kesopanan seorang bapa. Mufti Perlis telah banyak membantu PAS dalam beberapa isu Islam. Maka, sebagai seorang yang memiliki sifat bapa, tidak sombong, TGNA wajarlah mempelawa Mufti Perlis. Keputusan mahu atau tidak terpulanglah semula kepada beliau. Yang penting, pelawa itu telah dilakukan. Adab dan hikmah seorang bapa telah dilaksanak

Isu Konsert : Kepada PKR Dan DAP

Oleh : AdukaTaruna Pemuda PAS Selangor tetap akan meneruskan demo secara aman sekiranya konsert diteruskan. Wa berharap, PKR dan DAP berada dalam prisip perjuangan yang dilaungkan. Kestabilan Barisan Rakyat adalah kekal di situ, manakala amalan demokrasi sesama sendiri, mahupun sesama seteru akan tetap diamalkan. Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, PKR, DAP mahupun PAS sendiri perlu memiliki kefahaman yang tinggi terhadap kebebasan ini. Sekiranya PKR / DAP mahu berdemo di Kelantan, atas isu-isu di Kelantan, maka, silalah lakukan dengan aman dan berdisplin. Namun, ikatan perpaduan Barisan Rakyat akan tetap dan kekal tidak terusik, eksklusif berada di dalam tajuknya. Begitu juga prinsip-prinsip perjuangan DAP atau PKR. Ada yang lari dari Islam mengikut tafsiran PAS. PAS sebagai badan Islam berhak membincangkan, bersuara, berhujah sesuai dengan prinsip demokrasi. Sama juga dengan prinsip-prinsip perjuangan PAS. Ada yang bertentangan dengan

Balak : Nik Aziz vs Azizan oleh Utusan.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan 1 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm Rujukan 2 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm Berita di atas disusun oleh Utusan Malaysia secara bersebelahan. Niatnya boleh dirujuk kepada sejarah tujuan Utusan itu sendiri kepada Parti Islam SeMalaysia. Dari apa yang wa ketahui (bukan dari sudut berjuta Melayu tanpa internet), Ustaz Azizan bertindak sebegitu bagi menarik perhatian ‘dunia’ terhadap pengkhianatan kerajaan pusat dalam pembayaran ganti rugi alam sekitar kepada kerajaan Kedah. Taktikal corak ini pernah dilakukan oleh pejuang Taliban yang dipulaukan dunia, kemudiannya bertindak menarik perhatian dunia dengan meletupkan sebuah patung yang mempunyai nilai sejarah dunia. Dan juga pernah dilakukan oleh pihak Manila apabila menyamar sebagai Abu Sayyaf menceroboh Pulai Sipadan menculik pel

Istilah Malaikat Bengap.

Oleh : AdukaTaruna Seperti yang dijangka, pemilihan istilah Malaikat Bengap akan mengundang polemik di kalangan satu golongan yang tertentu. Golongan itu adalah golongan yang mempunyai satu sifat tidak puas hati kepada wa, akibat tulisan-tulisan wa yang mengkritik PAS dan Presiden PAS. Begini. Wa, selaku rakyat yang berada di dalam negara demokrasi, telah menggunakan hak wa untuk menulis sesuatu yang wa fikirkan betul. Dalam isu kritikan kepada PAS atau Presiden PAS, terdapat golongan yang sangat emosi yang membantah. Perkara ini normal. Tetapi emosi mereka tidak dapat diluahkan kerana tidak berani berhadapan dengan hujah. Emosi itu terpendam dan semakin terpendam. Tidak lama selepas wa mengeluarkan pendapat PAS Bukan Afghanistan, PAS Bukan Hadi Awang di TKO, wa terus mengeluarkan satu artikel lama yang diberi sentuhan istilah. Artikel Malaikat Bengap adalah artikel lama yang bertajuk 4 Syarat Untuk PAS Sertai BN. Ini linknya : http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/4-syarat-untuk-

PAS Jangan Jadi Malaikat Bengap!

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Wa tak pasti tentang ini. Pelbagai sumber khabar angin yang mengatakan ini. Ada yang kata berbincang di London. Ada yang kata minta pandangan ulama dunia, ada yang kata Tuan Guru Haron Din (TGHD) membentangkan akhafu al-darurain dan sebagainya. Hati wa berbelah-bagi. 70% tidak setuju dan 30% setuju. Walaupun UMNO mengisytiharkan akan komited terhadap Islam. Tidak setuju wa bukan atas dasar membenci UMNO. Wa tidak berparti. Wa atas pagar. Setuju wa kepada PAS pun hanyalah kerana matlamat Negara Islam. Matlamat. Bab cara, ada pelbagai. Tafsiran kepada halal dan haram cara itu yang bermasalah kepada jenis-jenis ulama. Bila ualama sendiri pun bermasalah, inikan pula wa. Wa bercakap atas tajuk taktikal. Skang ni, PAS, wa ada hak bersuara. Lu nak dengar ke tak, hak lu la. Pro. Wa memilih bidang kecenderungan wa. Yakni, taktikal. Tafsiran agama, bukan hak wa. Wa pulang balik kat lu orang. Wa harap PAS fikir dengan teliti, bukan saha

Cerita Bola 5.

Oleh : AdukaTaruna Terer ma itu Gus Hiddink. Boleh bawa Russia sampai separuh akhir. Tak tahu la dia lepas ke tak lawan antara Italy atau Spain. Malam ni bertembungan yang menarik. Wa tak pasti sama ada ada mood nak tengok ke tak. Selalu tengok mana yang best jer, ataupun siaran ulangan. He. Italy ke Spain? Wo... dengan membebaskan perasaan minat, hanya berdasarkan prestasi semasa, maka wa ambil keputusan memilih Italy. He. Sebab wa tengok si Italy ni dalam situasi WC2006. Bermula dengan lembab pada peringkat awal. Wa rasa lah. Yang pastinya wa asyik silap jer. Hihi. Italy tidak akan menguasai perlawanan. Wa rasa bola lebih banyak kepada Spain. Sebab Italy, bagi wa, tengah dan serangan adalah bermutu rendah. Tetapi, mungkin melalui serangan balas, atau coner kick, atau free kick, Italy dapat mencuri gol. Perlawanan wa jangka menghasilkan banyak gol. Mungkin dalam 5 gol. Italy 3, Spain 2. Wa jangkakan tiada penentuan penalty selepas tamat masa. Jika penentuan penalty pun menarik juga.

Fasa Cerita Santai : Hantu Pocong!

Oleh : AdukaTaruna Skang fasa wa tulis cerita santai kot. Cerita berat wa ingat nak lepaskan demo 5 Julai. Fokus dulu kepada acara penting bersejarah ni. Nak cerita bola, wa kecewa France kena belasah. He. Kekuatan France pada wa adalah tengah. Tiada pcik zidane, masih ada pacik viera. Tiada kedua-dua, maka hancur serangan dan pertahanan. Wa pilih final German n Belanda. Boleh ke? Ke diorang jumpa sebelum final? Entah, wa malas nak semak. He. Novel wa bergerak perlahan. Sebab gen pemalas Melayu wa nih. Hihi. Tapi dah nak abes dah. Nak masuk klimak cerita. Maklumlah, part time menulis novel. He. Mata wa dah rabun dah wa rasa. Dah la rabun warna, tambah rabun jauh. Adeh. Tapi yang bestnya, kalau wa try kira daun pokok kelapa jiran seberang sungai rumah wa (jauh dalam 100m kot), kira dalam 15 minit, mata wa ok balik. Seperti normal. Entah la.. Dulu ada member tanya wa. Rabun warna tiada ubat ke? Wa kata ada, tapi susah ya amat. So, biarkan jer lah wa begini. Dia bantah wa. Dia cakap, ta

Nenek Tua Dalam Hujan.

Oleh : AdukaTaruna Semalam, hujan lebat sungguh. Masa wa drive, wa ternampak sorang nenek tua berjalan. Time tu hujan rintik-rintik kasar. Nenek tu letak beg atas kepala tadah hujan. Baju kurung Kedah dan kain batik lusuh. Adeh.. Wa berhenti la. Kasi tumpang. Eh, jap. Dulu kat kampung wa ader nenek tua selalu jalan kaki gak. Tapi nenek ni nyanyuk, dan selalu 'pow' orang. Skang dia dah meninggal dunia. Innalillah. Member wa Ahmad Garang kenal sangat dengan nenek tu. Biasala orang tua. Kita sok ntah macamana pulak. Berbalik pada nenek ni, wa kasi tumpang. Langit gelap, hujan dah semakin kasar. Bila ditanya nak ke mana, nenek ni mempunyai masalah suara dan telinga. Suara perlahan sungguh dan kita kena cakap dengan kuat. Kena pula hujan dan petir. Adeh... Sepanjang perjalanan, wa tanya la nenek tua tu. Sama ada mahu terus atau belok. Asal simpang jer wa tanya. Nak tanya kena cakap kuat sikit. Dan kena dengar teliti. Bila masuk Taman Perumahan Panchor Jaya, macam biasalah, banyak s

Temuduga Bakal Adik Ipar

Oleh : AdukaTaruna Ari tu wa ada citer tentang awek Indon. Member wa yang telah mengambil keputusan menolak awek Indon itu, telah meminta tolong wa. Wa pun apa lagi. Masa untuk membuli. Muahahaha. Rakan kepada adik perempuan member wa itu mahu datang merisik. Member wa ni plak, suruh berjumpa dia dahulu sebelum datang merisik. Rumah keluarganya di Sauk, Perak. Tempat peristiwa bukit Jenalik Al-Maunah tu. He. Jadi, member wa minta tolong wa melihat bakal adik ipar dia ni. Ngeh3. Wa cadangkan, suruh budak tu datang pada pagi 5 Julai ni. Wa nak bawak jenjalan. Sebenarnya wa nak ajak dia turun demo. Muahahahahaha. Kalau wa berjaya mengedap udarakan sifat kesian wa, wa akan suruh dia duduk sebelah wan_jtk TKO time demo. Hihi. Stendet la boy, ingat senang ke nak adik perempuan orang. Ngee...

For the non-Moslem, who is against the 'Little Talibans'.

Oleh : AdukaTaruna Terjemahan : Fansuri In the name of Allah, Most merciful, The One and Only, He begot none' nor was He begotten. Before I proceed, I would like to thank everyone who were determined and professional in co-operating with us, the Muslim, involving the welfare of us Malaysian. Thank you. How beautiful it is to see all Malaysians, from all races, backgrounds and religions, joint together in advocating the fate of us Malaysians. It is almost impossible to imagine this happening 20 years ago. But, professionally, under different circumstances, the point that bring us together, which is the welfare of Malaysians, the right of citizens and the transpiracy of current government, we still have the right to strive for our survival as guaranteed by the Malaysian Constitutions. Like you, your principles and your voices are still heard within the Constitutions, although, in many cases, many of it were against our principles. Hence, what I am trying to convey is that, no matte

Kepada Bukan Islam Yang Anti 'Little Taliban'.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih, Tuhan Yang Tunggal, Tiada Beranak Atau Diperanakkan. Terlebih dahulu hamba ucapkan tahniah kepada anda semua kerana bersungguh dan profesional berpadu dengan kami, para muslimin dalam hal-hal kebajikan rakyat Malaysia. Terima kasih. Indahnya melihat semua rakyat Malaysia, berbilang bangsa, berbilang agama, sama-sama menggerakkan aktiviti membela nasib rakyat. Seakan mustahil untuk melihat ini 20 tahun yang lalu. Tetapi, secara profesionalnya, di tajuk yang lain, yang diletakkan di bawah titik pertemuan antara kita semua, yakni hal-hak kebajikan rakyat, hak-hak masyarakat dan kekemasan pentadbiran kerajaan, kami mempunyai hak yang berada dalam ruang lingkup perlembagaan negara untuk kekal berdiri di atas perjuangan kami. Sama seperti anda, prinsip perjuangan anda, suara-suara anda kekal berada di dalam perlembagaan, walaupun ianya bertentangan dengan prinsip kami. Jadi, apa yang cuba saya sampaikan, walaupun kita berbeza dalam satu-sa

PAS Perlu Berdialog Dengan Artis Sekali Lagi.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih. Dahulu, TGNA telah mengajar kita kaedah berhadapan dengan sesuatu golongan seperti ini. TGNA menggunakan kaedah menerangkan dari hati ke hati, bukannya menghentam secara terbuka. Wa masih ingat antara yang berdialog / berjumpa dengan TGNA ketika itu ialah Norman KRU. Jadi, wa berpendapat, perlunya PAS merangka satu garis panduan yang jelas berkenaan hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Mungkin PAS boleh bekerjasama dengan Mufti Perlis dalam merangka garis panduan ini. Mengapa Mufti Perlis? Wa melihat, status bebas parti Mufti Perlis boleh menyelinap masuk melepasi ego golongan-golongan tertentu. Sebagai contoh, baru-baru ini, teguran Mufti Perlis berkenaan dengan peraduan kereta Celcom pantas didengar. Wa percaya, sekiranya teguran itu bermula dari PAS, ianya tidak akan berjaya melepasi benteng ego pemerintah. Jadi, mungkin PAS boleh meminta Mufti Perlis merangka satu garis panduan berkenaan hiburan, kemudian mengishtiharkan aka

Petua Nilai Bakal Suami / Menantu / Ipar.

Oleh : AdukaTaruna Dulu wa dah pernah tulis (tapi corak lain la). Tapi tiada blog, maka tulisan itu hilang. Wa nak kongsi sekali lagi tips ini. Tidak semestinya sesuai atau benar, tetapi, sama-samalah berfikir terhadap apa yang wa sampaikan. Dalam melayari bahtera rumahtangga (cam berpengalaman pulak wa. he), sudah pasti cabarannya lebih besar berbanding zaman bujang. Ini kerana golongan yang terbabit ketika zaman bujang adalah sedikit. Sebagai contoh : Zaman bujang. 1. Diri sendiri. 2. Sanak keluarga sebelah diri sendiri. 3. Rakan terdekat. Apabila anda memasuki alam perkahwinan, golongan yang terbabit dalam kehidupan anda sudah menjadi lebih luas. Zaman rumahtangga. 1. Diri sendiri. 2. Keluarga (pasangan dan anak-anak) 3. Sanak keluarga sebelah diri sendiri. 4. Sanak keluarga sebelah pasangan. 5. Rakan terdekat diri sendiri. 6. Rakan terdekat pasangan. Wo.. banyak ma. Jadi, memasuki alam perkahwinan memerlukan seseorang itu memiliki satu tebatan stress yang sangat tinggi. Matang, ra

Good Job Pemuda PAS Selangor!

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15174&Itemid=1 Camtu la bro. Letakkan sesuatu itu di tempatnya. Kerjasama Barisan Rakyat, kekal sebagai kerjasama Barisan Rakyat. Prinsip lu, kekal sebagai prinsip lu. Lu bertugas, kerajaan Selangor juga bertugas. Apa nak takut dengan kerjasama tu. Melayu kena ada sifat biadap sket. Wa percaya, tugas lu sebagai organisasi PAS tidak akan menjejaskan kerjasama antara lu orang. Masing-masing perlu mempamerkan satu nilai profesinalisme yang tinggi ma. Kita bukan ugut nak tarik diri dari Barisan Rakyat, tetapi menjalankan tugas dalam ruang lingkup kuasa dan prinsip masing-masing. Wa cadangkan lu orang buat macam dulu. Di Johor jika tidak silap. Ambil alih tempat di hadapan pentas beramai-ramai. Secara aman. Hadirin pun segan, penyanyi pun segan, penganjur tersipu. Lu berzikir la, dengan ketayap, dengan jubah, dengan tenang, dengan senyuman. Cool jer. Yang lain-lain, bolehlah seba

Re : Perhimpunan Ada Kesan Ke?

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11309 Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Perhimpunan banyak tercatit dalam sejarah negara di dunia ini, di mana mengubah iklim politik negara masing-masing. Kita ambil sejarah yang paling dekat. Indonesia dan Thailand. Bagaimana perhimpunan rakyat merentap regim sedia ada turun bergolek. Keberkesanan himpunan terhadap iklim pemerintahan sesebuah negara berkadar terus dengan jumlah yang hadir. Malangnya di Malaysia, rakyatnya adalah jenis yang dikembiri. Tidak memiliki satu nilai maruah yang tinggi. Mari kita lihat pecahan 3 etnik terbesar tentang tajuk ini. Melayu. Jika anda membedah otak Melayu, anda akan menjumpai ini. Colgate, UMNO, kiwi, clorox, dan sebagainya. Mereka adalah jenis manusia yang sukar atau pantang keluar dari kotak. Apa yang telah menjadi budaya, maka, itulah yang akan dituruti. Mereka akan malu sekiranya melakukan sesuatu yang pelik, di luar k

Sumber Tunggal Malaysia?

Oleh : AdukaTaruna Wa sebenarnya pelik sejak zaman Paklah naik harga minyak. Tapi, kepeilikan itu semakin melampau-lampau sejak akhir-akhir ini. Paling tidak boleh ditahan-tahan bila baca rencana professor ekonomi melayu dalam Mingguan Malaysia. Sebab wa tak tahu pasal ekonomi, wa harap adalah mana-mana yang betulkan kepelikan wa nih. Pemimpin Melayu cakap, professor Melayu cakap, subsidi harus dikurangkan / dijimatkan. Penjimatan itu penting demi perbelanjaan yang lain pula. Pengangkutan la, pembangunan la dan sebagainya. Yang wa pelik, adakah pendapatan negara hanya dari minyak? Setahu wa, pendapatan terbesar Malaysia ialah peralatan elektronik. Mana perginya sawit dan komoditi lain? Cukai2 yang Malaysia pungut ni, berapa sen sebenarnya sehingga terpaksa mengambil sunsidi minyak? Kalau harga meningkat, apa yang wa faham, pendapatan pun peningkatlah. Hasil jualan. Bila pendapatan meningkat, peratus keuntungan sepatutnya statik apabila ditolak dengan subsidi yang meningkat. Lagu mana

Bacaan Ringan : Cerita Sardin

Oleh : AdukaTaruna Sebab wa dah kena sound dengan Abang bergamot, asyik tulis yang berat2 jer, wa tulis cerita ringan la. Tak masuk TKO cerita ni, membazir database TKO jer. He. Tadi mak wa masak sardin. Lama tak makan sardin. Terus teringat kisah wa pasal sardin ni. Wa dulu, mase belajar, selalu makan luar. Stendet la boy. Lelaki ma. Kalau masak, selalunya nasi, megi atau sardin. Bila wa masak sardin, member wa terkejut. Sedap. Ngeh2. Pasal apa? Pasal wa goreng ikan sardin tu sampai garing. Wa ingat law ni satu Malaysia. Tapi rupa2nya rumah wa jer guna law ni. Bukan sekali, tapi 3 kali member yang berlainan terkejut. Sebab wa teringat kisah lama tadi, wa sms member wa yang dok france tu. Cane dia masak sardin. Bila wa terangkan wa goreng ikan tu, dia kata dia tak pernah try. Dan nak try. Sedap ke tak, wa tak tahu la. Lidah owang france ni pelik sket. Jadi, kepada pembaca yang tersesat dalam blog wa, cuba lu try masak sardin sambal. Cili kering tu lu mesin lepas rebus. Goreng cili tu

Demo PROTES Di Seremban 14 Jun 2008.

Hari yang sangat letih bagi manusia biasa macam wa. Letih yang dicari-cari. Hehe. Kalau nak banding dengan pemimpin memang heran gak. Jadual padat gile. Tiap2 hari pulak tu. Tak boring ke. Hehe.. Member wa Ahmad Garang, si jurutera upahan mesti setuju dengan wa. Member baik wa sejak zaman sekolah kawen. Janji dengan dia wat bidio kawen dia dah lama dah. Sekali demo PROTES jatuh hari yang sama. Memula plan dah ok. Member wa nak tolong ambilkan bidio belah pagi. Wa datang tengah hari terus sambung. Demo start dalam kul 11.30. Agak2 sejam abesla tu kot. Wa agak la. Member pula part time jadi pelakon extra. Kira ada skill la ambil gambar. Cantet la tuh. Tiba-tiba malam tu dia kensel. Ada shooting belah pagi kat KL. Sudah. Fikir punya fikir, mencabar sungguh. Antara janji, keperluan golongan sedikit (hadiri kenduri kawen) dengan keperluan golongan terbesar (hadir demo). Macam mana eh. Last-last wa nekad jadi Lebai Malang. Ala cerita lebai malang yang cuba hadir 2 kenduri sekaligus tu. Last-

Penggulungan Arus Selepas Ini

Oleh : AdukaTaruna Ingat. Umat Islam seumpama buih. Apatah lagi Melayu. Gelombang pertama sudah wa mulakan di TKO semasa zaman Dincryptos. Ini adalah gelombang kedua. Gelombang yang wa timbulkan di dunia maya ini adalah bermula dengan Catatan AdukaTaruna Ke Kelantan. Dan akan digulung dalam satu artikel berat nanti. Kita akan lihat sebuah permainan / percaturan mengawal otak Melayu. Wa akan publish dalam blog wa dan TKO selepas memberi laluan kepada isu demo di kampung baru ini. Gelombang demo minyak itu adalah penting diberi ruang tanpa diganggu oleh penggulungan berat wa. Penting untuk jangka masa sehingga 12 Julai ini. Dalam percaturan, kita perlu bijak merancang dalam tajuk ikhtiar manusia. Mana yang lebih penting, kita dahulukan. Jadi, wa akan beri laluan dunia TKO atau maya menyambut gelombang demo ini dahulu. Selepas itu wa akan publish penggulungan berat wa. Tidak semestinya benar, kalian perlu menapis mana yang sesuai sahaja. Kemudian, selepas melancarkan novel wa (insyaallah

Teori Dan Imaginasi : Dengar Dulu, Percaya Kemudian.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. 1. Anwar yakin tarikh 16 September BN akan jatuh. 2. Kelewatan kes-kes yang membabitkan Mahathir seakan disengajakan. 3. Kebimbangan melampau Mahathir terhadap Paklah sehingga meletak jawatan. 4. Paklah berani gila menaikkan harga minyak paling drastik dalam dunia. Sebelum pemilihan agong UMNO, ketika imej BN tercalar, ketika status Paklah goyah. 5. Ada kebimbangan MAGERAN memusnahkan platform Barisan Rakyat sekiranya 12 Julai disabotaj (sudut BR). Dan kebimbangan demo 12 Julai merentap kerajaan BN seperti mana sejarah negara dunia (sudut BN). 6. Anwar kurang membelasah Paklah dalam apa juga isu. Termasuk minyak. Adakah Paklah sudah berputus asa sebagaimana Firaun yang berada dalam belahan laut dalam ketika Musa sudah berada di daratan? Terdapatkah perjanjian Anwar-Abdullah, keinginan melampaunya Anwar untuk menjadi PM sebelum berumur lanjut, dan sebelum Mahathir melelapkan mata, di mana, subsidi yang dijimatkan itu diserahkan

Cerita Bola 4

Oleh : AdukaTaruna Semalam wa tak sempat cerita bola. Malah tak tengok langsung. Jumpa rakan lama. Walau asyik silap, dan asyik membayar ganti rugi kepada berg+amot, wa tetap ramalkan perlawanan untuk pagi sebentar lagi. Czech vs Portugal. Beberapa percubaan berbahaya hasil counter attack Portugal akan menghiasi perlawanan ini. Kekuatan tengah adalah seimbang. Wa jangkakan Portugal akan menguasai perlawanan hanya 52%. Hampir seimbang secara tepat. Untuk menewaskan Peter Cech pelakon smallville tu, adalah sesukar menewaskan Van De Sar atau Bufon. Perlu try secara dekat. Jadi, tanpa membuang masa wa ramal keputusannya. Portugal 1 Czech 0 Portugal 0 Czech 0 Swizerland vs Turkey. Sebelum ini wa jangkakan Turkey berada dalam satu tekad yang amat hebat. Namun, malangnya ianya tidak berlaku. Atas faktor semasa ini, wa ramalkan Swizerland yang terdesak dan garang akan mengasak Turkey bertubi-tubi. Pada wa, Swizerland bakal memperoleh mata penuh untuk ini. Switzerland 1 Turkey 0 Switzerland

TKO Memasuki Zaman Kegemilangan.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/84300 Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan keindahan di hati peribadi ini. Apabila diberi kesempatan melihat apa yang kita sukai dan impikan. Walaupun hamba bukan golongan asal TKO, tetapi hamba adalah antara orang lama menumpang di dalamnya. Masih teringat perjuangan kami menyeru dasar keterbukaan. Terima kasih kepada Din.Cryptos yang pada hamba memulakan langkah itu (tidak semestinya benar kerana hamba hanya bermula di zaman beliau). Ianya di sambung oleh 3 regu yang kini membuatkan TKO berada dalam kelas pertama. Digeruni / dipetik oleh media lain. SongkokPutih, Greenboc dan Reformis. Teringat kepada teman yang sama-sama berjuang mencairkan kejumudan ahli PAS. Doraemat, maymot, uma, Melaka1511 dan lain-lain. Lihat link di bawah. Semua ini satu kenangan pada fasa pertama dahulu. http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&a

Kuih Yang Mengikut Acuan.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=18334#458567 Kepada pembaca blog wa, lihat game ini. Link di atas diberikan tanda * ditajuknya. Tanda ini akan dipadam oleh wa setelah mencapai muka 5, dan wa akan masukkan imej ini. Ini adalah bertujuan memperlihatkan kepada pembaca, golongan-golongan kuih yang mengikut acuan. Sama ada wa yang sememangnya tidak maksum ini, dan sidang pembaca semua, bersamalah kita belajar dari permainan ini. Sikap jumud, taksub adalah penghalang kepada kemajuan pemikiran. Kita sudah sebelah kaki berada di alam pemerintahan Malaysia. Bersamalah kita tinggalkan tafsiran jumud, lembab, dan sebagainya bagi memacu negara Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam berminda kelas pertama. 1. Anda perlu tahu siapa penunggang dan siapa yang ditunggang. Siapa wakil dan siapa rakyat. 2. Anda pegang emosi dan sentimen bangsa Melayu, bermakna anda boleh menghelanya mengikut arah yang anda mahu. Imej yang aka

Isu Minyak : Bagaimana Sekiranya Presiden PAS Berdebat?

Oleh : AdukaTaruna Jika anda mengatakan Presiden PAS tidak wajar menghadiri debat itu kerana statusnya lawan kepada Paklah, bagaimana sekiranya DSAI? Adakah DSAI selaku bakal PM Malaysia itu tidak wajar juga untuk berhadapan dengan Shahril Samad? Ataupun Presiden Iran itu tidak wajar berdebat kepada lawannya, tenaga pengajar universiti di Amerika. Keupayaan mentafsir. Seperti biasa, bercakap tentang gen. Genetik Melayu. Ada yang membalas, dia juga boleh membuat teori bahawa gen Melayu hebat kerana sentiasa dijajah untuk dipadamkan kehebatannya itu. Kelakarkan. Kegagalan gen yang dikatakan hebat itu untuk mengelakkan diri dari sentiasa terjajah bertubi-tubi sudah mematikan teori ini. Malah orang asli di Australia rupanya lebih hebat dari gen Melayu mengikut teori ini kerana sehingga sekarang orang putih menjajah mereka kerana terlalu takut kehebatan mereka. Orang lain mengangkat Islam, orang Melayu juga mengangkat Islam. Orang lain mengangkat Islam dengan tafsiran A. Orang Melay

Bro Salahudin.

Oleh : AdukaTaruna Yang ini lurus bro. Tiada trick2. Yang lain2 tu, lu abaikan jer la. Target wa bukan kepimpinan, tapi anak2 kemedak. (pinjam istilah Paklang dari Mat Sabu sat. he) Wa dah tgk usaha lu dalam debat tu. Tahniah dan terima kasih kerana sudi berada demi kami semua. Bagi wa tidaklah mengecewakan sangat. Banyak hujah lu yang boleh membuatkan orang kampung tersedar. Tidak perlu orang bandar, sebab orang bandar tidak memerlukan RTM untuk ini. Tetapi, macam yang lu tgk, ada suara2 yang kecewa dgn prestasi lu. Pada perspektif wa, bro, ukuran itu adalah ukuran orang bandar yang sedang marah, di mana mereka sangat2 meletakkan standard yang tinggi untuk lu membelasah Shahrir. Memang ada kelemahan dr lu, dan sama ada lu atau penonton mcm wa, perlu belajar dan memperbaikinya. Cuma wa nak cakap, harap lu jgn patah semangat. Stenderd la bro. Org tengah marah, sentimen melihat pemimpin BN dibelasah tengah tinggi. Keseluruhan dan peribadi, wa pun tak boleh buat macam lu bro. Menulis bol