Skip to main content

Isu Minyak : Bagaimana Sekiranya Presiden PAS Berdebat?


Oleh : AdukaTaruna

Jika anda mengatakan Presiden PAS tidak wajar menghadiri debat itu kerana statusnya lawan kepada Paklah, bagaimana sekiranya DSAI? Adakah DSAI selaku bakal PM Malaysia itu tidak wajar juga untuk berhadapan dengan Shahril Samad? Ataupun Presiden Iran itu tidak wajar berdebat kepada lawannya, tenaga pengajar universiti di Amerika.

Keupayaan mentafsir.

Seperti biasa, bercakap tentang gen. Genetik Melayu. Ada yang membalas, dia juga boleh membuat teori bahawa gen Melayu hebat kerana sentiasa dijajah untuk dipadamkan kehebatannya itu. Kelakarkan. Kegagalan gen yang dikatakan hebat itu untuk mengelakkan diri dari sentiasa terjajah bertubi-tubi sudah mematikan teori ini. Malah orang asli di Australia rupanya lebih hebat dari gen Melayu mengikut teori ini kerana sehingga sekarang orang putih menjajah mereka kerana terlalu takut kehebatan mereka.

Orang lain mengangkat Islam, orang Melayu juga mengangkat Islam. Orang lain mengangkat Islam dengan tafsiran A. Orang Melayu mengangkat Islam dengan tafsiran E. Hamas meletakkan standard yang bagaimana sebagai Presiden. Iran meletakan standard yang bagaimana sebagai Presiden. Satu posisi yang diserahkan kepada ‘ahli’. Tetapi bangsa Melayu?

Letakkan Presiden Hamas, Presiden Iran, Presiden PAS di baris yang sama. Anda pasti mengetahui yang manakah hasil pilihan / percaturan Melayu.

Ulama adalah penentu yang dirujuk.

Ulama adalah penentu, pembatal yang dirujuk. Manakala Presiden adalah satu jawatan yang memerlukan kebolehan secara keseluruhan. Dalam kes ini, seandainya ulama itu adalah jenis ini, pakar ekonomi, pakar taktikal, bijak, pandai berbahas dan sebagainya, maka, tiada masalah tentangnya.

Namun, dalam kes tawaran produk Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri oleh PAS kepada rakyat Malaysia (bukan kepada 800 000 ahli PAS semata), adakah Melayu di dalam PAS telah menghantar produk terbaik mereka untuk posisi itu? Kebolehan ekonomi yang samar-samar, kebolehan taktikal masih suram, keupayaan berhadapan dengan isu sejagat masih belum menonjol, kekuatan menghadapi media dunia seperti mustahil kerana menghadapi media murahan Melayu sendiri pun tidak lulus, dan pelbagai lagi yang menyesakkan pemikiran rakyat puluh juta bukan ahli PAS.

Rekod pemerintahan Terengganu 1999 sudah cukup membuktikan keupayaan produk terbaik tawaran PAS ini.

Kembali kepada tajuk besar.

Jadi, bayangkan Presiden PAS berada secara live. Lihat sahaja ketika PRU12 lepas, bagaimana perwatakan produk tawaran PAS ini mengambil mic untuk menjawab asakan media. Gopoh dan gelojoh. Kemampuan mengawal ketenangan tiada. Kemampuan menyerap tekanan adalah lemah. Perwatakan akan dinilai dahulu. Kemampuan hujah jatuh nombor 2 di mata penonton.

Tanpa menghuraikan kemampuan daya fikir, daya bahas, produk terbaik PAS ini, adakah hukum murtad jatuh kepada Shahril sekiranya ada terpatahkan hujah-hujah Presiden PAS dalam medan debat itu? Adakah Shahril perlu melafazkan syahadahnya semula, juga secara live?

Fikir-fikirkan.

Wallahualam.

http://adukataruna.blogspot.com/

Comments

  1. Assalaamuaalikum..

    Kepada saudara penulis, saya nasihatkan jangan sesekali nak tunjuk lagak pandai. Kalau dah pandai sangat, hang la yang jadi president PAS.

    Hang kena ingat, Rasulullah bukan pakar segala2nya. Tapi Allah meneguhkan kedudukannya juga. Tok Guru Nik Aziz, pandai ke dia mentadbir? Rasanya tak..tapi Allah teguhkan kedudukannya juga bila memerintah Kelantan. Kesim[pulannya, janganlah kita pandang yang president itu mesti orang pandai ekonomi, pandai berdebat dll.

    p/s : jangan ingat hang tu pandai sangat!

    ReplyDelete
  2. Hehe kalu camtu punya hujah, maknanya genetik orang eskimo adalah yang terhebat.Tak pernah kena jajah.. kwang kwang...
    err tapi kalau tak silap crite di australia tu dipanggil pengkolonialan.. bukan penjajahan... tatau le teman....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...