Skip to main content

Serban Dan Starbuck.

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum lu orang membaca seterusnya, sekali lagi, jangan telan bulat-bulat setiap yang wa tulis. Wa hanya menyampaikan, lu orang mesti ada penapisan yang baik dalam dunia keterbukaan bersuara ini.

Ada isu kecil mengenai serban dan polis. Polis dikatakan telah menyaman si pemakai serban. Pada wa, polis itu telah bertindak yang betul. Jika korang kata, mengapa si polis tidak menyaman Benggali? Mengapa harus ada double standard dalam hal ini? Maka inilah jawapan wa.

Jika si polis itu muslim, maka, pada wa, wajar si polis itu menyaman si pemakai serban. Jika non muslim, maka, tidak harus berlaku double standard dalam hal ini.

Mengapa?

Pada wa, serban bukan sunnah. Kayu sugi bukan sunnah. Sunnahnya ialah membersihkan gigi / mulut. Kayu sugi atau berus gigi adalah alat melaksanakan sunnah. Wa berpendapat, sekiranya Nabi SAW berada di zaman sekarang, pasti Nabi SAW adalah manusia yang mengajar umatnya berkenaan tajuk safety.

Pada wa, setinggi mana ilmu agama yang seseorang itu belajar, ia hanya sekadar sumber data. Yang paling penting ialah satu komponen yang wa namakan ‘komponen tafsir’. Satu fakta / statistik / dalil yang sama, akan berbeza pemahaman berdasarkan kekuatan kompenan tafsir itu.

Bagi wa, manusia yang sebeginilah penyumbang terbesar fitnah kepada Islam. Betapa mereka menyembunyikan keindahan Islam, ke-praktikal-an Islam tanpa mereka sedari.
Anehnya, tiada pula mereka menggunakan unta bagi ‘menyunnahkan diri’.

Starbuck di IPTA.

Yang ni bab Starbuck di IPTA. Baca dalam Utusan, Menteri Melayu ini seolah-olah memberi alasan utamanya ialah khidmat WiFi. Wa tak tahu nak kata apa. Alasan macam budak-budak. Wa bukannya anti Starbuck ke apa, Cuma, pada wa, utamakanlah syarikat Malaysia secara total.

Cuba lu fikirkan, adakah IPTA di negara luar akan membenarkan semudah itu Radix Fried Chiken, atau Nasi Kandar Pinang Besar beroperasi? Dan alasannya ialah WiFi. Bumi bertuah ini, haruslah diutamakan kepada rakyat sendiri dahulu secara total. Memang benar, syarikat itu juga dimiliki oleh rakyat Malaysia, tetapi pemilik sebenarnya dari luar. Beri dulu kepada rakyat Malaysia, baru open kat syarikat dunia.

Adeh.. letih ma. Asal Melayu yang tadbir, mesti bangang gile. Kena jajah tak abis-abis. Lu tapis la sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...