Skip to main content

Tidak Takut Dibenci?


Oleh : AdukaTaruna

Wa ditanya, kenapa wa memilih berperang dengan ahli PAS. Tak takut dibenci ke? Mengapa memecah-belahkan? Wa hanya senyum.

Wa tidak berperang dengan ahli PAS dan wa tidak memecahbelahkan, walau itulah yang anda pandang. Pandangan seseorang itu berdasarkan ketinggian mereka. Semakin tinggi keupayaan mereka, semakin menyeluruhlah pandangan mereka.

: )

Zon waktu ini adalah zon waktu bukan PRU. Zon inilah zon yang sesuai membina / membaik-pulih apa yang telah digunakan. Cara wa membina dan membaik-pulih dipandang memecah-belahkan mengikut keupayaan individu itu mentafsirkan.

Wa fight terhadap keburukan jemaah PAS sebelum PRU12. Dan berhenti menjelang zon PRU. Bersama sedikit sebanyak yang termampu ke dalam kerja jemaah PAS. Dan kini wa kembali semula dengan cara wa.

Dimaki, dibenci, dihina adalah lumrah ma. Kalau lu tak boleh tahan, lu tak payah tentang. Tak perlu duduk dengan cara ini. Ikut arus sahaja. Smol meter ma itu semua. Normal la. Tiada majuk2, tiada dengki2. Fight wa hanyalah di medan ini. Di luar mereka semua lebih baik dari wa dalam banyak tajuk.

Apalah sangat setakat dibenci oleh PAS.

Wa peduli apa jika dibenci oleh ahli PAS atau pemimpin PAS. Kerana itu ujian tahap kecil. Kecil berbanding dibenci oleh ahli UMNO atau pemimpin UMNO. PAS bukan gangster seperti UMNO, PAS tiada ISA, PAS tiada tender. Wa peduli apa. Ujian dibenci oleh PAS tahap mudah yang Insyaallah wa boleh harungi. Smol meter ma.

Lain la kalau dibenci oleh UMNO. Yang itu bukan tahap wa. Tu tahap pemimpin PAS. Lagi pun tiada faedah wa fight membetulkan UMNO (di sudut perseorangan). Pilihan yang ada hanyalah membetulkan PAS, walau diri wa lebih banyak tak betul. Demokrasi ma.

Walau kita jahat, Mat Rempit sekali pun, kita mesti mengharapkan satu sistem yang mampu mengawal diri kita. Dan sistem yang terbaik yang ada ialah PAS. So, walau jahat bagaimana pun, kita mesti tidak setuju PAS dipenuhi oleh sedikit kekotoran. Yang sedikit itulah kita yang jahat ini mempunyai sifat mahu menyapunya.

Kesimpulannya, wa peduli apa. Wa hanya buat cara wa. Lumrah penentangan perlu diakui. Smol meter ma.. benda kecik. Ceh.. setakat dibenci oleh PAS....

Namun, wa hanya tersenyum dan memilih menulisnya di sini.

: )

AdukaTaruna

Comments

  1. dah jadi macam trademark. "Smol meter maa"
    Big matter apa bro?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.