Skip to main content

Isu Konsert : Kepada PKR Dan DAP


Oleh : AdukaTaruna

Pemuda PAS Selangor tetap akan meneruskan demo secara aman sekiranya konsert diteruskan. Wa berharap, PKR dan DAP berada dalam prisip perjuangan yang dilaungkan. Kestabilan Barisan Rakyat adalah kekal di situ, manakala amalan demokrasi sesama sendiri, mahupun sesama seteru akan tetap diamalkan.

Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, PKR, DAP mahupun PAS sendiri perlu memiliki kefahaman yang tinggi terhadap kebebasan ini. Sekiranya PKR / DAP mahu berdemo di Kelantan, atas isu-isu di Kelantan, maka, silalah lakukan dengan aman dan berdisplin. Namun, ikatan perpaduan Barisan Rakyat akan tetap dan kekal tidak terusik, eksklusif berada di dalam tajuknya.

Begitu juga prinsip-prinsip perjuangan DAP atau PKR. Ada yang lari dari Islam mengikut tafsiran PAS. PAS sebagai badan Islam berhak membincangkan, bersuara, berhujah sesuai dengan prinsip demokrasi.

Sama juga dengan prinsip-prinsip perjuangan PAS. Ada yang bertentangan dengan prinsip PKR / DAP sendiri. Jadi, anda juga berhak membincangkan, bersuara dan berhujah. Tetapi anda perlu bertembung hujah dengan hujah. Rakyat yang lain akan menilainya.

Sekali lagi, apapun yang dilakukan, hendaklah berlaku dalam rangka perlembagaan negara, ketika ini. Ikatan Barisan Rakyat kekal berada di dalam tajuknya. Tidak terusik ataupun terugut.

Apabila bercakap soal penilaian oleh rakyat, maka apa yang wa nampak, ianya terbahagi kepada 2. Satu idea, satu ialah model. Berkaitan dengan idea / kefahaman / falsafah, wa tidak risau akan Islam. Kerana ianya tidak boleh ditumbangkan dengan hujah lain. Tetapi yang wa risau ialah model. Sama ada model dalam bentuk negeri, mahupun model dalam bentuk ahli.

Model dalam bentuk ahli ini paling rumit. Tetapi paling penting. Dan untuk membersihkan najis, perlu berada di luar najis.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...