Skip to main content

PAS Perlu Berdialog Dengan Artis Sekali Lagi.



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih.


Dahulu, TGNA telah mengajar kita kaedah berhadapan dengan sesuatu golongan seperti ini. TGNA menggunakan kaedah menerangkan dari hati ke hati, bukannya menghentam secara terbuka. Wa masih ingat antara yang berdialog / berjumpa dengan TGNA ketika itu ialah Norman KRU.


Jadi, wa berpendapat, perlunya PAS merangka satu garis panduan yang jelas berkenaan hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Mungkin PAS boleh bekerjasama dengan Mufti Perlis dalam merangka garis panduan ini.

Mengapa Mufti Perlis?


Wa melihat, status bebas parti Mufti Perlis boleh menyelinap masuk melepasi ego golongan-golongan tertentu. Sebagai contoh, baru-baru ini, teguran Mufti Perlis berkenaan dengan peraduan kereta Celcom pantas didengar. Wa percaya, sekiranya teguran itu bermula dari PAS, ianya tidak akan berjaya melepasi benteng ego pemerintah.



Jadi, mungkin PAS boleh meminta Mufti Perlis merangka satu garis panduan berkenaan hiburan, kemudian mengishtiharkan akan merujuk garis panduan itu di negeri-negeri BR. Walaupun keputusan akhir terletak kepada BR, namun PAS tetap menjalankan perintah ALLAH dalam menegur setiap yang salah.


Dalam kes Roslan Aziz.


Dalam kes ini, wa berpendapat, PAS tidak perlu merumitkan lagi keadaan dengan membalas hentaman. Tetapi berusaha berdakwah. Mungkin melalui bantuan Amy Search / Ramli Sarip / Akhil Hayy, PAS boleh mengaturkan forum atau dialog atau perjumpaan atau menghantar delegasi dalam menjelaskan sebab-sebab bagi pihak PAS.


Walau apa pun langkah-langkah yang perlu, PAS perlu mengeluarkan satu garis panduan yang jelas dahulu. Dalam keadaan sebelah kaki berada di alam pemerintahan ini, PAS tidak boleh bercakap secara awangan. Perlu ada hitam dan putih. Jangan seorang bagi fatwa ini, seorang bagi fatwa itu. Dewan Ulama Melayu PAS perlu diberi jam loceng yang bisa mengejutkan mereka supaya sentiasa pantas / bersedia / segar untuk memenuhi tuntutan / permasalahan masyarakat.


Kepada Pemuda PAS Selangor, syabas kekal berdiri di atas perjuangan anda, demi kami di sini.


Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...