Skip to main content

Kepada Bukan Islam Yang Anti 'Little Taliban'.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih, Tuhan Yang Tunggal, Tiada Beranak Atau Diperanakkan.

Terlebih dahulu hamba ucapkan tahniah kepada anda semua kerana bersungguh dan profesional berpadu dengan kami, para muslimin dalam hal-hal kebajikan rakyat Malaysia. Terima kasih. Indahnya melihat semua rakyat Malaysia, berbilang bangsa, berbilang agama, sama-sama menggerakkan aktiviti membela nasib rakyat. Seakan mustahil untuk melihat ini 20 tahun yang lalu.

Tetapi, secara profesionalnya, di tajuk yang lain, yang diletakkan di bawah titik pertemuan antara kita semua, yakni hal-hak kebajikan rakyat, hak-hak masyarakat dan kekemasan pentadbiran kerajaan, kami mempunyai hak yang berada dalam ruang lingkup perlembagaan negara untuk kekal berdiri di atas perjuangan kami. Sama seperti anda, prinsip perjuangan anda, suara-suara anda kekal berada di dalam perlembagaan, walaupun ianya bertentangan dengan prinsip kami.


Jadi, apa yang cuba saya sampaikan, walaupun kita berbeza dalam satu-satu isu, janganlah ada yang bersikap kebudak-budakan mengaitkannya atau mengugut dengan kestabilan Barisan Rakyat.

Bagaimana kita mahu memperlihatkan kepada rakyat tentang check and balance, tentang perbahasan, tentang idea-idea yang dijamin diberikan hak mengemukakannya, dan sebagainya, sekiranya anda sendiri bersikap terbalik dari apa yang anda laungkan?

Jika MCA mengemukakan idea atau prinsipnya, UMNO menggugut dengan kestabilan Barisan Nasional. Apa bezanya jika PAS mengemukakan idea atau prinsipnya dengan DAP / PKR mengugut dengan kestabilan Barisan Rakyat? Bukankah kebudak-budakkan? Tidakkah berlawanan dengan apa yang anda semua perjuangan?

Sepatutnya, idea itu, prinsip itu diberikan kebebasan untuk dikemukakan, selari dengan kebebasan anda semua untuk membahaskannya, mengupasnya, membantahnya. Profesional. Apa yang penting, kita semua bergerak dalam ruang lingkup perlembagaan. Hujah yang dibalas hujah. Sihat. Bukannya hina-menghina, beremosi atau ugut-mengugut.

PAS bukan Afghanistan.

PAS bukan Afghanistan. Tetapi PAS ialah Kelantan. PAS bukan mahu menghapuskan konsert atau hiburan atau arak. Tetapi mahu menyusunnya semula. Semua ini telah dilakukan dengan baik dan jayanya di Kelantan. Itu pun, di negeri-negeri Barisan Rakyat, PAS hanya kompenan yang berhak memberi cadangan, sama seperti kompenan-kompenan lain di dalam Barisan Rakyat. Kata putusnya dipulangkan semula kepada Barisan Rakyat.

Sekali lagi, PAS bukan mahu menghapuskan semua itu, tetapi menyusunnya semula. Kerana ianya akan menjahamkan modal insan, satu aset paling berharga dalam satu-satu negeri atau negara di mana akan datang, sekiranya apa yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional ini diteruskan. Diguna-pakai.

Itupun, sekali lagi, kata putus terhadap idea-idea ini diserahkan semula kepada negeri-negeri yang terbabit. Kepada mereka yang telah dipersetujui bersama dalam bidang-bidang tertentu. PAS hanya menjalankan tugas, kerajaan negeri menjalankan tugas, kita semua menjalankan tugas. Tidak timbul soal ugut-mengugut terhadap kestabilan Barisan Rakyat. Jangan kebudakan, jangan berlawanan dengan apa yang dilaungkan. Jadilah profesional. Bergerak dalam ruang lingkup perlembagaan.

PAS bukan Hadi Awang.

Hamba selaku penulis yang bukan ahli PAS sendiri, sama seperti golongan sasaran kepada tulisan ini, yakni, tidak bersetujui Haji Hadi Awang dalam banyak isu dan di atas tajuk keupayaan berpandukan perspektif peribadi. Pada hamba Haji Hadi Awang terlalu lembab dalam banyak tajuk, untuk menerajui sebuah organisasi penting, dalam situasi semakin mencabar. Dan Melayu PAS meletakkan manusia yang silap pada posisi yang silap.

Bagaimanapun, hamba perlu memberitahu kepada golongan sasaran, bahawa, segala tindakan orang berjawatan di dalam PAS, tidak kira sama ada Presiden atau sekadar penjaga parking di waktu ceramah, boleh dibatalkan oleh para ulama di dalam PAS melalui satu majlis syura sesama mereka. Inilah kelebihan dan kekuatan PAS.

Jadi, hamba berharap dan menyeru, kepada golongan sasaran, supaya tidak memandang PAS itu adalah Afghanistan dan tidak memandang PAS itu ialah Hadi Awang. Kita perlu profesional. PAS adalah satu kompenan organisasi politik yang didaftarkan, sama seperti anda semua. PAS berhak bersuara, memberi idea dan bertugas dalam ruang lingkup perlembagaan negara seperti anda semua.

Namun, secara profesionalnya, kestabilan Barisn Rakyat akan kekal di situ, perbahasan, idea dan tugasan kita mengikut idealogi masing-masing juga perlu terus berjalan. Tidak boleh disekat, tidak boleh diugut. Anda bertugas seperti biasa, PAS bertugas seperti biasa, kita berbahas seperti biasa, namun ugut-mengugut, hina-menghina, emosi, perkauman adalah perlu dielakkan.

Bersamalah kita untuk terus menyuburkan Malaysia dengan pelbagai idea, dengan perbahasan yang sihat. Mohon difikirkan.

Wallahualam.

(Akan dibuat dalam dwi bahasa, English dan Melayu sebelum dihantar ke TKO. Insyaallah)

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...