Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Wa tak pasti tentang ini. Pelbagai sumber khabar angin yang mengatakan ini. Ada yang kata berbincang di London. Ada yang kata minta pandangan ulama dunia, ada yang kata Tuan Guru Haron Din (TGHD) membentangkan akhafu al-darurain dan sebagainya. Hati wa berbelah-bagi. 70% tidak setuju dan 30% setuju. Walaupun UMNO mengisytiharkan akan komited terhadap Islam.
Tidak setuju wa bukan atas dasar membenci UMNO. Wa tidak berparti. Wa atas pagar. Setuju wa kepada PAS pun hanyalah kerana matlamat Negara Islam. Matlamat. Bab cara, ada pelbagai. Tafsiran kepada halal dan haram cara itu yang bermasalah kepada jenis-jenis ulama. Bila ualama sendiri pun bermasalah, inikan pula wa.
Wa bercakap atas tajuk taktikal.
Skang ni, PAS, wa ada hak bersuara. Lu nak dengar ke tak, hak lu la. Pro. Wa memilih bidang kecenderungan wa. Yakni, taktikal. Tafsiran agama, bukan hak wa. Wa pulang balik kat lu orang.
Wa harap PAS fikir dengan teliti, bukan sahaja rujuk sirah kenabian, tetapi juga sirah sendiri. Kemasukan PAS ke dalam UMNO, wa ramalkan akan mengundang perpecahan kepada organisasi berdaftar bernama PAS ini. Akan wujud beberapa parti serpihan bermula dari ketidaksetujuan keputusan itu. Selepas terpecah 2, satu golongan yang setuju untuk menyertai BN, satu golongan yang tidak setuju, PAS wa ramalkan terus terpecah lagi akibat perbezaan kepimpinan dalam menetapkan hala tuju parti-parti baru.
Sekiranya PAS mahu juga.
Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak terjangkau oleh pengetahuan golongan seperti wa, wa harap PAS pertimbangkan syarat-syarat ini.
1. Dapatkan akhbar harian sendiri tanpa memerlukan permit dahulu. Atau kata lainnya, hapuskan permit untuk memiliki akhbar dan memperbaiki undang-undang akta hasutan / akta mesin cetak.
Akhbar harian PAS sangat diperlukan sekiranya PAS ditendang keluar semula, untuk berdakwah, untuk menjawab isu dan sebagainya. Penambahbaikan akta-akta itu ialah untuk menetapkan berita yang hanya menghina sesuatu kaum dan agama secara jelas sahaja diambil tindakan. Itupun setelah dibuktikan di mahkamah. Manakala penghapusan permit bertujuan tidak berlakunya satu situasi permit tidak diperbaharui.
2. Keluarkan PDRM dari bawah Jabatan Perdana Menteri kepada bawah Yang Dipertuan Agong. Kita tidak mahu apabila PAS tidak diperlukan lagi, maka PDRM akan menjadi samseng yang menghalau PAS.
3. Refomasi SPR. Mungkin ada idea yang lebih baik, untuk menjadikan SPR satu badan yang benar-benar bebas dan profesional. Ini adalah asas yang perlu dipulihkan bagi mana-mana negara yang mendakwa dirinya pengamal demokrasi.
4. Kembalikan peruntukan wajib pusat kepada Kelantan, royalti kepada Terengganu, dan harus profesional terhadap semua kerajaan negeri bukan BN.
Setelah 4 syarat dipenuhi.
Setelah itu, barulah PAS lebih selamat untuk berjuang dari dalam. Sudah ada tilam-tilam tertentu sekiranya ditolak semula ke luar. Langkah awal yang mungkin sesuai untuk PAS uji UMNO setelah berada di dalam ialah membebaskan tahanan politik / ISA.
Jadi wa harap, PAS berfikirlah dengan teliti. Khabar-khabar angin ini agak banyak. Sekiranya ianya sedikit sebanyak merimaskan wa, sudah tentu ianya juga merimaskan penyokong PAS yang lain. Kenyataan Hussam, Mat Sabu dan lain-lain yang menggambarkan kemustahilan PAS merawat UMNO dari dalam sedikit sebanyak melegakan. Dan mungkin perlu diulang lagi pendirian itu dari masa ke semasa.
Kalau PAS masuk tanpa syarat.
Wa tak kecewa dengan khabar-khabar angin ini. Sebab dari sudut taktikalnya, khabar-khabar ini membuatkan PAS menjadi ‘mahal’. Menjadi faktor penentu. Digeruni.
Namun, sekiranya PAS masuk, dengan membawa hati yang bersih dan jernih, baik sangka, orang-orang alim, tanpa mengenakan sebarang syarat, maka, wa akan labelkan PAS ialah Malaikat Bengap.
Wallahualam.
http://adukataruna.blogspot.com/
aduka taruna ni makhluk muslim ke kapir ha?!
ReplyDelete