Skip to main content

Gabungan PAS + UMNO Boleh Berlaku.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Sebelum anda membaca selanjutnya, pastikan anda telah membaca ini dahulu :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/bacaan-berat-mencilok-negara-islam.html

Hamba berpendapat, gabungan kita semua, PAS + UMNO + Kelab Non Muslim PAS + NGO Muslim Bukan Melayu boleh berlaku selepas PRU13. Dengan syarat :

1. BN perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

2. PKR dan DAP menghalang proses mengguna-pakai hudud di Kelantan, sebagai model permulaan / percubaan, selepas 100 hari BN tumbang dan Barisan Rakyat memerintah Malaysia. Hamba susun ayat semula.

Selepas BN tumbang, PAS perlu menunggu kestabilan peralihan tampuk kekuasaan Malaysia yang pertama kali ini. Mungkin dalam 100 hari. Kemudian, PAS perlu kemukakan hak menggunakan undang-undang Islam, di Kelantan sahaja dahulu.

Sekiranya sah dan nyata PKR / DAP menolak secara terangan, maka, barulah PAS boleh berunding dengan UMNO. Dalam masa 100 hari itu, pemimpin-pemimpin elite UMNO hamba ramalkan telah lari ke luar negara. Yang tinggal hanyalah pemimpin yang berkualiti, di mana selama ini dicantas.

Inilah masanya PAS berunding dengan UMNO, di mana situasi UMNO menyertai PAS. Bukan PAS menyertai UMNO. (Bersetuju menegakkan Negara Islam. Jika tidak, serupa sahaja malah lebih menyusahkan ) Perdana Menteri haruslah diberikan kepada PAS. Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO. Ianya bergantung kepada jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya jumlah kerusi parlimen UMNO lebih banyak, hamba cadangkan Timbalan Perdana Menteri oleh PAS diberikan kepada muslim bukan Melayu bagi menstabilkan hampir separuh rakyat bukan Melayu.

Mungkin di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak (selain Sabah dan Sarawak) kekal diperintah oleh UMNO, dibantu oleh PAS. Manakala Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor diperintah oleh PAS, dibantu UMNO. Manakala PKR+DAP kekal di Penang.

Tidak perlu berasa sesak atau tersepit sekarang.

Hamba melihat PAS tidak perlu berasa sesak atau tersepit sekarang. PAS hanya perlu terus menjalankan tugas seperti termaktub dalam prinsip mereka. PAS perlu ada plan-plan yang dirangka sekarang dengan segala kemungkinan yang diramalkan.

Dakwah perlu terus dijalankan. Tetapi yang paling penting, kejumudan ahli PAS mentafsir Islam mengikut ruang sempit kemampuan Melayu perlu dipecahkan sekarang. Ya, sekarang! Kerana PAS memerlukan kerusi dari Kelab Non Muslim yang perlu dijadikan sayap yang bertanding.
Module tarbiyah perlu disusun semula. Bukan lebih kepada data, tetapi lebih kepada komponen tafsir. Anda hafallah seluruh hadis atau Al-Quran, tetapi jika komponen tafsir anda made in Malay, anda akan kekal jumud dan terbeku.

Terengganu 1999-2004.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...