Skip to main content

Bacaan Ringan : Cerita Sardin



Oleh :
AdukaTaruna

Sebab wa dah kena sound dengan Abang bergamot, asyik tulis yang berat2 jer, wa tulis cerita ringan la. Tak masuk TKO cerita ni, membazir database TKO jer. He.

Tadi mak wa masak sardin. Lama tak makan sardin. Terus teringat kisah wa pasal sardin ni. Wa dulu, mase belajar, selalu makan luar. Stendet la boy. Lelaki ma. Kalau masak, selalunya nasi, megi atau sardin.

Bila wa masak sardin, member wa terkejut. Sedap. Ngeh2. Pasal apa? Pasal wa goreng ikan sardin tu sampai garing. Wa ingat law ni satu Malaysia. Tapi rupa2nya rumah wa jer guna law ni. Bukan sekali, tapi 3 kali member yang berlainan terkejut.

Sebab wa teringat kisah lama tadi, wa sms member wa yang dok france tu. Cane dia masak sardin. Bila wa terangkan wa goreng ikan tu, dia kata dia tak pernah try. Dan nak try. Sedap ke tak, wa tak tahu la. Lidah owang france ni pelik sket.

Jadi, kepada pembaca yang tersesat dalam blog wa, cuba lu try masak sardin sambal. Cili kering tu lu mesin lepas rebus. Goreng cili tu dan campur dengan kuah asal sardin. Pastu letak bawang banyak2.

Eh, silap. Sebelum tu, goreng dulu ikan sardin tu. Kalau leh goreng yang tenggelam punya (minyak banyak). Dah garing baru terbalikkan. Kalau tak hancur pulak. Nantikan lu orang akan dapati ikan tu meletup2. Sebab kuah yang masih ada di ikan tu. Masa wa kekecik, wa siap guna tudung periuk sebagai cover tgk letup2 tu. He.

Ha.. sesapa yang tak pernah cuba tu, cuba la try test. Sedap ma...

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.