Skip to main content

Liwat Dengan Pelepah Pisang!


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Sebelum pembaca meneruskan pembacaan, sila letakkan diri anda di satu asas kefahaman bahawa, tulisan ini hanyalah perspektif peribadi penulis semata. Kali ini, penulis tidak mampu membawa fakta yang kukuh bagi menyokong setiap yang disampaikan, sekiranya dibahaskan atau sekiranya diminta. Jadi, anggaplah sebagai satu pengetahuan dalam bentuk kemungkinan sahaja.

Liwat dahulu.

TDM adalah seorang manusia yang licik dan cerdik. Apatah lagi dengan bantuan kuasa yang dimilikinya. Penulis percaya, secara peribadi, DSAI adalah seorang peliwat. Berada di dalam dunia UMNO tidak memustahilkan ini berlaku.

Bagaimanapun, liwat bukanlah motif TDM menyingkirkan DSAI. Tetapi pertembungan karisma. Karisma yang dimiliki DSAI semakin menenggelamkan karisma yang dimiliki TDM. Jadi, seperti penyingkiran TPM terdahulu, DSAI turut menerima nasib yang sama. Cuma DSAI bertelur berbanding TPM terdahulu. Dalam banyak-banyak skrip yang boleh dicipta oleh TDM, mengapa TDM memilih liwat?

Itu dari tajuk perspektif peribadi tanpa asas lah. Namun, di atas tajuk prinsip / kebenaran, selagi penuduh tidak berupaya mengemukakan saksi mengikut Islam, maka DSAI tidak bersalah.

Liwat sekarang.

Kini, ulangan semula peristiwa yang lalu. Untuk yang ini, penulis mempercayai percaturan pihak-pihak tertentu. Penulis percaya, hampir kesemua rakyat Malaysia, sama ada yang bangang atau yang cerdik lebih mempercayai konspirasi kali ini. Tetapi persoalannya ialah motif. Motif akan membuatkan yang diserang faham dan merancang pertahanan.

Salah satu kaedah mencari motif ialah mencari siapa. Siapa yang mengaturkan semua ini? Ada banyak manusia yang perlu dianalisis.

Khairy / Paklah.

Sekiranya Khairy / Paklah yang merancang semua ini, apakah motif mereka?

1. Menghalang sejarah 16 September 2008?

2. Mengapungkan keburukan TDM setelah keburukan Najib terapung oleh isu Rosmah-Altantuya?

3.Menarik telur Paklah yang berada di hujung tanduk ke kepala buat sementara. Mengalihkan tekanan Malaysia dan dunia terhadap undi tidak percaya dan pergolakan BN?

4. Permainan Ezam untuk kekandanya Khairy?

5. Cubaan menahan DSAI sekurang-kurangnya selepas 16 September?

6. Atau yang terdekat (tempoh) ialah melupuskan suara Anwar dari ke udara melalui RTM. Debat dengan Menteri Penerangan. Adalah berbahaya kepada UMNO, sekiranya Anwar dibenarkan live bersuara di TV. Satu medium yang menembusi dari bandar hingga ke kampung-kampung. 30 minit menyamai 30 hari.

7.

8.

Kem Najib.

Penulis memilih tajuk kecil Kem Najib berbanding Khairy yang tanpa diiringi perkataan kem. Kerana pada penulis Najib sangat penakut orangnya. Malah terlalu dayus dan bengap. Mustahil idea ini terbit dari Najib sendiri. Tetapi boleh jadi dari kem Najib.

Isu ini penulis lihat adalah peperangan kem Najib vs DSAI. DSAI jarang menyerang Paklah. Penulis percaya, akuan bersumpah RPK ialah buah catur kepada DSAI. Dan kem Najib membalas dengan laporan polis (liwat) ini.

Dengan tercetusnya isu liwat ini, bola kembali kepada kem Najib. Isu Rosmah tenggelam. DSAI pula bertungkus-lumus mempertahankan gawang.

Cubaan bunuh DSAI.

Dakwaan cubaan bunuh DSAI pada penulis tidak logik. Pengaruh dan popular DSAI bukan seperti Ibrahim Libya. DSAI diperhatikan dunia. Paklah / Najib tidak sefiraun TDM. (Altantuya dibom tajuk lain)

Dakwaan cubaan bunuh DSAI pada penulis adalah pergerakan percaturan di pihak DSAI. Dengan dakwaan ini, DSAI mempunyai alasan kepada dunia bagi menyembunyikan diri. Motif menyembunyikan diri ialah mengelakkan ditahan polis, sekaligus menyempitkan pergerakan DSAI menjelang 16 September.

Cabar sahaja DSAI bersumpah cara Islam.

Penulis bersetuju dengan Mod TKO, untuk DSAI bersumpah secara Islam, bahawa tidak pernah melakukan liwat. Atau pilihan kedua, DSAI bersumpah secara Islam, bahawa tidak melakukan liwat, untuk kali ini.

: )

Bagaimana dengan PAS?

Adalah rugi pada penulis apabila Melayu PAS meletakkan satu manusia yang silap, yang sentiasa tenggelam sebagai Presiden. Satu ketokohan yang menyebabkan PAS dipandang parti nyamuk. Apa kena-mengena dengan isu ini? Penulis memilih tidak menghuraikannya.

Pelepah pisang enggan melihat cermin.

Wallahualam.

Comments

  1. Oleh : AdukaTaruna

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

    Sebelum pembaca meneruskan pembacaan, sila letakkan diri anda di satu asas kefahaman bahawa, tulisan ini hanyalah perspektif peribadi penulis semata. Kali ini, penulis tidak mampu membawa fakta yang kukuh bagi menyokong setiap yang disampaikan, sekiranya dibahaskan atau sekiranya diminta. Jadi, anggaplah sebagai satu pengetahuan dalam bentuk kemungkinan sahaja.
    Apa yang engkau mengarut ni AT, kalau tak ada fakta yg kukuh jgn nak buat spekulasi...buang masa kau aje, buat otak kau jadi lebih serabut lagi...

    Liwat dahulu.

    TDM adalah seorang manusia yang licik dan cerdik. Apatah lagi dengan bantuan kuasa yang dimilikinya.
    Kau ni asyik memuji TDM kononnya dia ni seorang manusia yg licik dan cerdik tapi bagi rakyat marhain dia tu memang licik mentekedarah harta negara..

    Penulis percaya, secara peribadi, DSAI adalah seorang peliwat. Berada di dalam dunia UMNO tidak memustahilkan ini berlaku.
    Percaya maknanya yakin bahawa DSAI adalah seorang peliwat, jika kamu seorang islam wajib bagi kamu mendatangkan 4 orang saksi yang nampak betul2 liwat itu kalau tidak kamu wajib dirotan kerana melakukan qazaf....bertaubatlah segera.

    Bagaimanapun, liwat bukanlah motif TDM menyingkirkan DSAI. Tetapi pertembungan karisma. Karisma yang dimiliki DSAI semakin menenggelamkan karisma yang dimiliki TDM.
    Apa yang hang cerita ni sekejap liwat sekejap karisma? yang penting sekarang TDM tahu jika DSAI menjadi PM habislah dia dan kaum kroni merengkok kat Sg. Buloh....

    Jadi, seperti penyingkiran TPM terdahulu, DSAI turut menerima nasib yang sama. Cuma DSAI bertelur berbanding TPM terdahulu. Dalam banyak-banyak skrip yang boleh dicipta oleh TDM, mengapa TDM memilih liwat?
    Sebab apa pilih liwat? sebab dah tak ada kes maka dicipta-direka supaya dapat tangkap DSAI samada bersalah atau tidak...at any cost!

    Itu dari tajuk perspektif peribadi tanpa asas lah. Namun, di atas tajuk prinsip / kebenaran, selagi penuduh tidak berupaya mengemukakan saksi mengikut Islam, maka DSAI tidak bersalah.
    Apa beza perspektif peribadi kamu dgn asas kebenaran dan agama islam yg suci? Kamu ialah apa yang kamu katakan, kalau kamu berteka-teki dan menuduh tanpa bukti dimana kredibiliti kamu...hancur!

    Liwat sekarang.

    Kini, ulangan semula peristiwa yang lalu. Untuk yang ini, penulis mempercayai percaturan pihak-pihak tertentu. Penulis percaya, hampir kesemua rakyat Malaysia, sama ada yang bangang atau yang cerdik lebih mempercayai konspirasi kali ini. Tetapi persoalannya ialah motif.
    Kenapa cakap pasal motif pulak? ini adalah fitnah tau tak fitnah? kita pun dah tau siapa dalangnya...

    kalau ada masa aku sambung lagi...

    PS

    ReplyDelete
  2. TDM memang bijak dan licik. Dan sumbangan nya kepada negaranya tidak boleh dinafi sama sekali.
    Sumbangannya pada negara meletakkan Malaysia menaiki satu lagi tahap yg tinggi xboleh dinafikan.
    Betul. Kebijaksanaan yang dia ada itu telah disalurkan kearah negatif juga.

    Btw, artikel ni sangat sinis sebenarnya. Cuma mungkin tak sebegitu kontroversi kerana telah ditutup unsur2 yang boleh membawa kontroversi itu dengan bahasa kelambu.

    Moga desakkan untuk bersumpah tidak melakukan liwat itu dipenuhi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.