Skip to main content

Balak : Nik Aziz vs Azizan oleh Utusan.


Oleh : AdukaTaruna

Rujukan 1 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

Rujukan 2 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

Berita di atas disusun oleh Utusan Malaysia secara bersebelahan. Niatnya boleh dirujuk kepada sejarah tujuan Utusan itu sendiri kepada Parti Islam SeMalaysia. Dari apa yang wa ketahui (bukan dari sudut berjuta Melayu tanpa internet), Ustaz Azizan bertindak sebegitu bagi menarik perhatian ‘dunia’ terhadap pengkhianatan kerajaan pusat dalam pembayaran ganti rugi alam sekitar kepada kerajaan Kedah.

Taktikal corak ini pernah dilakukan oleh pejuang Taliban yang dipulaukan dunia, kemudiannya bertindak menarik perhatian dunia dengan meletupkan sebuah patung yang mempunyai nilai sejarah dunia.

Dan juga pernah dilakukan oleh pihak Manila apabila menyamar sebagai Abu Sayyaf menceroboh Pulai Sipadan menculik pelancong tempatan dan Barat bagi menarik perhatian dunia terhadap permasalahan Manila terhadap Abu Sayyaf. Begitu juga Tibet menjelang Olimpik di China. Ini semua sekiranya dibincangkan dari sudut taktikal lah.

Walau apa pun yang dilakukan oleh Ustaz Azizan, dan bantuan pandangan dari sahabatnya Tuan Guru Nik Aziz, wa percaya, bahawa mereka berada dalam satu tahap kemampuan berfikir yang sangat hebat. Sepanjang tempoh 100 hari, kita telah melihat Kedah mentadbir dengan penuh sederhana, teliti dan bijaksana.

Kita dapat melihat tindakan awal PAS Kedah bertolak ansur dengan UMNO sebaik sahaja mengambil tampuk pemerintahan, Tadika, Kemas dan balai raya tidak gopoh dikuasai, sedaya upaya mengelakkan kejutan budaya terhadap pengundi UMNO, kecerdikan dalam menyelesaikan isu tanah sawah / pertanian untuk industri, dan sebagainya. Tahniah dan terima kasih kerana tidak menyusahkan kami, orang bawahan bersusah payah mencari alasan / memberi penerangan dengan tindakan kesederhanaan itu.

Wa percaya, sekiranya itu adalah tindakan yang perlu diambil oleh Ustaz, setelah merujuk cadangan lain, Ustaz akan mendapatkan kelulusan pelbagai pihak yang berwajib secara hitam putih dahulu. Ini bagi menjamin tiada berlakunya perkara-perkara sabotaj isu terhadap tindakan ini. Hitam putih dari Jabatan Hutan, atau Jabatan Alam Sekitar atau sebagainya, perlu sampai ke tangan Ustaz dahulu sebelum tindakan itu dijalankan.

Apa pun, wa ucapkan tahniah akan bantuan pandangan dari Lim Guan Eng, dari Tuan Guru terhadap masalah Kedah. Tidak timbul percanggahan pendapat. Inilah fungsinya keterbukaan dalam situasi tenang dan matang kelas pertama.

Bravo Ostad, bravo Tuan Guru, bravo Guan Eng.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...