Skip to main content

Istilah Malaikat Bengap.


Oleh : AdukaTaruna

Seperti yang dijangka, pemilihan istilah Malaikat Bengap akan mengundang polemik di kalangan satu golongan yang tertentu. Golongan itu adalah golongan yang mempunyai satu sifat tidak puas hati kepada wa, akibat tulisan-tulisan wa yang mengkritik PAS dan Presiden PAS.

Begini. Wa, selaku rakyat yang berada di dalam negara demokrasi, telah menggunakan hak wa untuk menulis sesuatu yang wa fikirkan betul. Dalam isu kritikan kepada PAS atau Presiden PAS, terdapat golongan yang sangat emosi yang membantah. Perkara ini normal. Tetapi emosi mereka tidak dapat diluahkan kerana tidak berani berhadapan dengan hujah. Emosi itu terpendam dan semakin terpendam.

Tidak lama selepas wa mengeluarkan pendapat PAS Bukan Afghanistan, PAS Bukan Hadi Awang di TKO, wa terus mengeluarkan satu artikel lama yang diberi sentuhan istilah. Artikel Malaikat Bengap adalah artikel lama yang bertajuk 4 Syarat Untuk PAS Sertai BN. Ini linknya :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/4-syarat-untuk-pas-sertai-bn.html

Jadi, wa ubahsuai sedikit, dan fikir istilah yang memerangkap golongan di atas. Emosi terpendam, nak luahkan tidak mampu. Dan akhirnya wa gunalah istilah Malaikat Bengap.

Dari segi bahasa.

Dari segi bahasa pasar, sesuai dengan pemilihan wa sebagai kata ganti, (bukan hamba), malaikat tidak hanya merujuk kepada mahkluk langit seperti yang terjumud dalam kotak pemikiran Melayu, dalam bentuk tulisan.

Apabila membaca tulisan yang berbunyi malaikat sahaja, terjumudlah minda kita akan mahkluk ALLAH itu. Sedangkan apabila berada di luar tulisan, yakni laghot atau pertuturan sehari-hari, maka, malaikat mempunyai erti mengikut ayat yang dituturkan.

“Hang jangan jadi malaikat la..”

Kegagalan melihat sesuatu secara menyeluruh, dalam satu-satu budaya yang terbeku inilah yang perlu ahli Melayu PAS pecahkan. Ini semua penting sebelum Kelab Non Muslim PAS dijadikan sayap untuk bertanding dalam PRU. Golongan bukan Melayu akan memandang hina terhadap kebangangan Melayu sekaligus sukar menarik mereka secara terbanyak kepada sokongan PAS. Sikap-sikap jumud seperti inilah.

Ini link yang diberikan. Kita lihat kualiti Ahli Majlis Terengganu zaman PAS, kualiti penyokong PAS dalam mendepani satu suasana mencabar, di mana perbahasan sihat, hangat, panas sering akan berlaku. Persedian mental penyokong PAS dalam pertembungan idealogi Islam vs sekular tanpa tindakan-tindakan tahap budak yang sangat melampau.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19598&postdays=0&postorder=asc&start=0

Bayangkan bagaimana persediaan mental penyokong PAS dalam berhadapan dengan pertembungan sesama Barisan Rakyat (PKR+DAP), satu pertembungan yang diharapkan berlaku secara profesional. Anda kaji dan lihat thread berkenaan.

Ustaz al-bakistani.

Pengesahan somebody lebih bermakna. Wa sengaja menunggu ustaz itu mengesahkan sama ada pangkat Azazil adalah Ketua Malaikat atau tidak, dalam bentuk kata 2. Ya atau tidak? Soal dia bukan bangsa malaikat perkara nombor 2.

Apabila ustaz itu mengesahkan sahaja : Ya. Azazil adalah Ketua Malaikat, maka, check mate akan berlaku.

Wa akan ubah tajuk artikel berkenaan kepada PAS Jangan Jadi Ketua Malaikat Bengap! (malangnya thread telah dikunci)

: )

Nampak? Bagaimana satu istilah yang sebenarnya tidak ada masalah, tetapi akibat sentimen dan emosi terpendam dalam penerangan perenggan di atas, yang membuakkan ini semua. Kegagalan Melayu untuk mengasing-asingkan sesuatu itu pada tempatnya adalah musuh kepada cita-cita menegakkan Negara Islam melalui sokongan bukan Melayu. Masa sudah suntuk.

Wa akan gulung selepas 6 Julai 2008. Wa akan sentuh bagaimana manusia PAS yang munafik, yang melakukan kerja untuk parti (golongan kecil), tetapi memusnahkan Islam secara sejagat (golongan besar). Yakni melalui urusniaga rokok berjenama. Bukan rokok daun, kerana rokok daun pada wa hanyalah tertaktuk kepada kemudaratan individu. Tetapi rokok berjenama.

Untuk membersihkan najis, anda perlu berada di luar najis.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...