Skip to main content

Teori Dan Imaginasi : Dengar Dulu, Percaya Kemudian.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

1. Anwar yakin tarikh 16 September BN akan jatuh.

2. Kelewatan kes-kes yang membabitkan Mahathir seakan disengajakan.

3. Kebimbangan melampau Mahathir terhadap Paklah sehingga meletak jawatan.

4. Paklah berani gila menaikkan harga minyak paling drastik dalam dunia. Sebelum pemilihan agong UMNO, ketika imej BN tercalar, ketika status Paklah goyah.

5. Ada kebimbangan MAGERAN memusnahkan platform Barisan Rakyat sekiranya 12 Julai disabotaj (sudut BR). Dan kebimbangan demo 12 Julai merentap kerajaan BN seperti mana sejarah negara dunia (sudut BN).

6. Anwar kurang membelasah Paklah dalam apa juga isu. Termasuk minyak.

Adakah Paklah sudah berputus asa sebagaimana Firaun yang berada dalam belahan laut dalam ketika Musa sudah berada di daratan?

Terdapatkah perjanjian Anwar-Abdullah, keinginan melampaunya Anwar untuk menjadi PM sebelum berumur lanjut, dan sebelum Mahathir melelapkan mata, di mana, subsidi yang dijimatkan itu diserahkan kepada Abdullah anak beranak yang berhijrah ke luar negara, seperti mana Thaksin?

Dan ketika Anwar menerajui Malaysia, kes-kes Mahathir diserahkan kepada beliau bagi melengkapkan hukum karma itu. Semoga Tun sihat dan dipanjangkan umur. Amin.

Sekiranya matematik diambil kira, Malaysia berada di belakang Indonesia selama 1 dekat. Indonesia merdeka tahun 1945, manakala Malaysia 1957. Beza 12 tahun (digenapkan kepada 1 dekad). Golkar terjunam pada tahun 1998. Dan sedekat berlalu dari tarikh itu ialah 2008 di Malaysia.

Mungkinkah?

Baca dahulu, percaya kemudian.

Wallahualam.

Comments

  1. Logik! Cuma kejatuhan GOLKAR adalah dari rentetan reformasi pelajar 1998 sehingga ada yang terbunuh (4 orang rasanya..)Tapi di Malaysia tak kan terjadi reformasi sebagaimana di Indon yang boleh menumbangkan Pak Suharto yang pada masa itu kat luar negara. Mungkin sehinga 16 september ni Paklah tak akan ke luar negara kot!Di Malaysia PDRM sangat berkuasa dan orang Malaysia respect dan takut dgn polis. :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.