Skip to main content

TKO Memasuki Zaman Kegemilangan.

Oleh : AdukaTaruna


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Tiada perkataan yang boleh menggambarkan keindahan di hati peribadi ini. Apabila diberi kesempatan melihat apa yang kita sukai dan impikan. Walaupun hamba bukan golongan asal TKO, tetapi hamba adalah antara orang lama menumpang di dalamnya.


Masih teringat perjuangan kami menyeru dasar keterbukaan. Terima kasih kepada Din.Cryptos yang pada hamba memulakan langkah itu (tidak semestinya benar kerana hamba hanya bermula di zaman beliau). Ianya di sambung oleh 3 regu yang kini membuatkan TKO berada dalam kelas pertama. Digeruni / dipetik oleh media lain. SongkokPutih, Greenboc dan Reformis.

Teringat kepada teman yang sama-sama berjuang mencairkan kejumudan ahli PAS. Doraemat, maymot, uma, Melaka1511 dan lain-lain. Lihat link di bawah. Semua ini satu kenangan pada fasa pertama dahulu.



Kini gelombang dan taktikal yang sama dilancarkan hamba kepada generasi baru TKO. Motifnya sama, cuma pendekatan dan corak strateginya ada sedikit penambahan. Dimaki adalah lumrah untuk ini.


Bayangkan TKO melulus-terbitkan artikel hamba dan pada masa yang sama menerbitkan artikel yang menghentam hamba. Sangat cantik. Sangat terbuka dan profesional. Kepada pembaca, lihatlah ini. Inilah satu kualiti yang diperlukan demi mencorakan negara kita, Malaysia.


Anda bayangkan dengan kekuatan media yang sama, rakyat menghentam wakil yang dipilih kita sendiri. Dan dengan kekuatan media yang sama wakil rakyat tadi menjelaskan apa yang berlaku. Memang cool bro.


Apabila situasi begitu dinikmati oleh Malaysia, maka, yang memegang tanggungjawab di Malaysia menyamai negara-negara maju. Silap sahaja, mereka akan meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab terhadap amanah tersebut.


Apabila proses ini berlaku dan terus berlaku, maka, yang tinggal memegang amanah adalah orang yang benar-benar amanah dan terbaik dalam bidang amanah itu.


Wallahualam.

Comments

  1. Apalah wartawan Malaysiakini

    Aku yang mula-mula tulis pasal "kekecewaan", orang lain yang tulis kemudian yang nama masuk malaysiakini.

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Lucu lu bro. Hihi. Takpo la. Kita menulis bukan pasal glamer ma. Tapi pasal 'protes diri' yang ditafsirkan perjuangan cara kita sendiri.

    Kita hanya menyampaikan. Yang membaca perlu pilih sendiri.

    : )

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.