Skip to main content

Petua Nilai Bakal Suami / Menantu / Ipar.


Oleh : AdukaTaruna

Dulu wa dah pernah tulis (tapi corak lain la). Tapi tiada blog, maka tulisan itu hilang. Wa nak kongsi sekali lagi tips ini. Tidak semestinya sesuai atau benar, tetapi, sama-samalah berfikir terhadap apa yang wa sampaikan.

Dalam melayari bahtera rumahtangga (cam berpengalaman pulak wa. he), sudah pasti cabarannya lebih besar berbanding zaman bujang. Ini kerana golongan yang terbabit ketika zaman bujang adalah sedikit. Sebagai contoh :

Zaman bujang.

1. Diri sendiri.
2. Sanak keluarga sebelah diri sendiri.
3. Rakan terdekat.

Apabila anda memasuki alam perkahwinan, golongan yang terbabit dalam kehidupan anda sudah menjadi lebih luas.


Zaman rumahtangga.

1. Diri sendiri.
2. Keluarga (pasangan dan anak-anak)
3. Sanak keluarga sebelah diri sendiri.
4. Sanak keluarga sebelah pasangan.
5. Rakan terdekat diri sendiri.
6. Rakan terdekat pasangan.

Wo.. banyak ma. Jadi, memasuki alam perkahwinan memerlukan seseorang itu memiliki satu tebatan stress yang sangat tinggi. Matang, rasional, penyabar. Persoalannya, bagaimana mahu menyukat nilai ini? Di sinilah wa kongsikan petua atau tips.

Petuanya.

Anda lihat cara dan perwatakannya ketika memandu. Terutama di persekitaran sibuk. Adakah dia memiliki penebat stress yang tinggi, atau asal memegang steering sahaja, perwatakan sabarnya hilang?

Latar belakang petua.

Wa ada 2 kawan baik. Seorang bernama Bahari, seorang bernama 'ustaz'. Lulusan Al-Azhar. Kami sebaya. Dan memang tabiat wa pula suka memerhati dan berfikir. Sudah tentu wa juga melakukan yang sama terhadap 2 rakan baik wa ni.

Wa masa dulu, sebelum 2002, wa seperti remaja yang lain (skang ni wa anggap wa belia la. he). Rempit juga. Pernah juga berlumba motor di Litar Batu 3 Selangor. Bila wa memandu, khususkan kepada kereta, wa cepat marah. Antara yang paling wa berbulu ialah :

1. Lampu dah hijau, kereta depan terhegeh-hegeh. Kena pula sibuk telefon atau bercinta.
2. Nak masuk simpang, tapi kereta depan tak bagi signal.
3. Memandu ala-ala romantik di lorong kanan. Selalunya wanita.

Akan tetapi, member wa bernama Bahari ini, apa yang wa perhatikan, dia cool jer. Kalau wa duduk sebelah dia ketika dia memandu, wa yang bersungut. Dan wa berfikir, kenapa perasaan wa tidak sama dengan si Bahari, sedangkan sepatutnya dia yang lebih kerana dia yang memandu. Wa hairan juga. Dalam tempoh ini, member wa yang ustaz itu sedang menuntut di Mesir.

Tidak lama kemudian, wa mengalami satu peristiwa. Yang membuatkan wa terus berusaha belajar dari kesilapan. Sebelum itu, apa yang silap, wa tidak berusaha belajar. Wa hanya biarkan sahaja.

Peristiwa kesal.

Masa tu wa nak pergi tuntut hutang. Banyak jumlahnya. Wa pandu kereta. Tiba di lampu isyarat, sebuah teksi yang berpemandu pakcik tua berkopiah putih memotong barisan dan terlanggar bahagian depan bumber kereta wa. Ala sikit jer pun. Calar sebesar garisan pen.

Sebelahnya ada remaja, tidak pasti penumpang teksi atau anaknya. Pakcik tu sudah mohon maaf. Angkat tangan. Tapi wa boleh kejar dan paksa dia berhenti. Pakcik itu pula melarikan diri mungkin kerana takut. Akhirnya, setelah drama kejar-mengejar, wa berjaya membuatkan teksi tu berhenti.

Bila kereta kami berhenti, terdapat 2 kereta yang menyaksikan itu turut berhenti. Mereka menyebelahi pakcik berkopiah putih itu. Mungkin kasihan. Tetapi wa tidak peduli, dan memarahi mereka semua.

Yang paling membuatkan wa kesal sehingga sekarang ialah, wa boleh tergamak mencabut kopiah putih itu dan mencampaknya ke tanah. Hampir terjadi pergaduhan ketika itu akibat tindakan bangang wa.

Bila wa kembali semula ke kedai, wa termenung. Kesal dan menangis. Member wa si Bahari banyak menasihati wa. Walaupun sebaya, tetapi, melalui anggaran, kematangan dia berada di hadapan wa selama 2 tahun. Kepada pcik tersebut, kalau tersesat masuk blog wa, wa mohon ampun la. Hu...

Jadi.

Walaupun wa melalui peristiwa itu, dan wa berkemungkinan akan silap sekali lagi, inilah sedikit gambaran yang wa cuba sampaikan kepada lu orang, bagaimana menilai tahap tebatan penebat stress seseorang yang bakal berkongsi hidup dengan anda.

Member wa yang ustaz itu sehingga kini masih belum berupaya menebat stress sebaik sahaja memegang steering. Insyaallah, dia akan melalui fasa kematangan nanti. Asalkan kita mahu belajar dari kesilapan. Amin.

Wallahualam.




Comments

  1. hmm.. kalau tak pernah naik kereta sesama mcm mana pulak? ada tip lain? boleh share kot.

    ReplyDelete
  2. waa.. dengar tu semua orang,, jgn duk ngorat si AT nih.. beliau nih menakutkan.. hahaha (AT, gomen,, nih 2nd time kot lawat umah hang)

    hmm.. kenapa sampai hati cabut kopiah pakcik tu? takutnye daku tiba2,, hmm..

    fansuri, kalau tak penah duk sebelah time drive, leh test cara len.. try wat dia marah, pastu tgk reaction dia camana.. huhu.. kalau lambat nak marah, tu ada dua kesimpulan:
    1) dia takdelaa sayang hang sgt, so tak kesah hang wat apa pun haha
    2) mm, matang kot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.