Skip to main content

Re : Perhimpunan Ada Kesan Ke?


Oleh : AdukaTaruna
Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11309

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Perhimpunan banyak tercatit dalam sejarah negara di dunia ini, di mana mengubah iklim politik negara masing-masing. Kita ambil sejarah yang paling dekat. Indonesia dan Thailand. Bagaimana perhimpunan rakyat merentap regim sedia ada turun bergolek.

Keberkesanan himpunan terhadap iklim pemerintahan sesebuah negara berkadar terus dengan jumlah yang hadir. Malangnya di Malaysia, rakyatnya adalah jenis yang dikembiri. Tidak memiliki satu nilai maruah yang tinggi. Mari kita lihat pecahan 3 etnik terbesar tentang tajuk ini.

Melayu.

Jika anda membedah otak Melayu, anda akan menjumpai ini. Colgate, UMNO, kiwi, clorox, dan sebagainya. Mereka adalah jenis manusia yang sukar atau pantang keluar dari kotak. Apa yang telah menjadi budaya, maka, itulah yang akan dituruti. Mereka akan malu sekiranya melakukan sesuatu yang pelik, di luar kotak mereka.

Cina.

Semangat patriotik etnik ini adalah kurang. Mereka hanya perlukan satu situasi stabil bagi menjamin urusan kehidupan mereka. Pengalaman 13 Mei membuatkan mereka berhati-hati. Jang penting, negara ok, kita olang boleh cari makan.

India.

Kesetiaan kepada BN memang tidak dinafikan. Kesetiaan mereka menyamai tahap kesetiaan wanita-wanita Melayu. Walau apa pun, mereka hanya merungut. Tetapi mengundi selain BN, tidak sama sekali.

Himpunan BERSIH.

Kejayaan himpunan raksaksa BERSIH lepas, di mana, peserta muslim menjadi tonggaknya adalah kebenaran terhadap keberkesanannya mengubah iklim politik sesebuah negara. Syaratnya ialah kapasiti peserta harusnya besar. Dengan kejayaan himpunan BERSIH la, himpunan HINDRAF mendapat satu suntikan semangat.

2 himpunan berkapasiti besar ini adalah faktor utama hayunan pengundi bertukar kepada parti bukan BN. Media maya diserbu oleh rakyat. Semangat terjulang. Ketika sentimen berada dikemuncak inilah, segala berita pro pembangkang akan menjadi lebih bernilai. Segala gosip lebih dipercayai. Segala khabar terus ditelan.

Himpunan skala kecil.

Himpunan berskala kecil memanglah tidak boleh mengubah keputusan kerajaan, tetapi ianya adalah satu didikan kepada masyarakat. Betapa kehadiran golongan kecil itu dapat membuka kesedaran mereka semua. Atau yang lebih pentingnya, jadikan ianya satu budaya sihat kepada masyarakat Malaysia.

Himpunan vs keputusan kerajaan.

Sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, mereka memiliki satu ego negatif. Saranan dari orang bawahan akan membuatkan ego mereka jatuh sekiranya diguna-pakai. Dalam kes Pakatan Rakyat, mereka mengubahsuai istilah Barisan Rakyat oleh masyarakat bawahan kepada Pakatan Rakyat walaupun istilah Pakatan itu berunsur negatif. Saya pernah membaca kupasan oleh seorang Dr tentang istilah Pakatan ini. Salah satu contohlah.

Berbalik kepada Barisan Nasional, jika himpunan raksaksa tidak mampu mengubah keberkesanan kerajaan, kerana ego negatif mereka, sekurang-kurangnya, kita telah memberi tekanan kepada sebarang keputusan kerajaan dalam harga minyak di masa akan datang. Itu salah satu kepentingan perhimpunan berskala besar.

Kepentingan seterusnya ialah mengekalkan hayunan pengundi kepada Barisan Rakyat sehingga PRU13. Hayunan ini perlu dibaja dan dijaga dengan baik. Sekiranya perhimpunan 5 Julai ini mendapat sambutan lebih besar dari BERSIH, kita harapkan hayunan itu turut melanda Sabah dan Sarawak. Paling cantik sekiranya pemimpin Barisan Rakyat mengutuskan surat jemputan kepada Pemuda MCA, Pemuda MIC, Pemuda PPP, Pemuda Gerakan untuk turut serta berjuang hak rakyat.

Kesimpulan.

Perhimpunan bukan satu kerja sia-sia. Walaupun tidak mengubah keputusan kerajaan, tetapi ianya mampu menggoyah pemerintah. Kepada muslim, jadikan kehadiran anda sebagai satu ibadah. Ianya adalah penting bagi mendidik generasi seterusnya kepada satu sikap yang berani menegakkan hak dan maruah rakyat.

Jumpa nanti 5 Julai 2008. Insyaallah.

Wallahualam.

http://www.adukataruna.blogspot.com/


Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...