Skip to main content

Bengapnya Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Sebelum pembaca berfikrah PAS melatah seperti kebiasaan dunia mereka, sila baca ini dahulu.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/06/kepada-bukan-islam-yang-anti-little.html

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11771&mode=thread&order=0&thold=0

Dalam mempersiapkan diri ke arah Malaysia yang matang dan terbuka, adalah menyedihkan apabila rupa-rupanya PAS memiliki satu kualiti pemimpin yang sebegini. Apatah lagi pemimpin pelapis masa depan.

Konsep keterbukaan dan kematangan Malaysia.

Bila sebut bab ini, hamba melihat, ramai ahli PAS kategori AJK Cawangan yang terkeliru. Walaupun lulusan luar negara. Ada yang terbeku dengan menuduh aliran Aristotle, Pluto, Screateas dan sebagainya. Adakah anda faham atau tidak konsep keterbukaan yang ditunjukkan TGNA / Kelantan?

Keterbukaan dan kematangan yang kita cari ialah dalam kerangka Islam. Perbezaan pendapat, sekalipun dari bukan Islam hendaklah dibenarkan. Dan anda pula perlu berani dan bersaing menjawab atau membalas hujah.

Contoh. Adakah unsur-unsur lucah, seks bebas, gay, lesbian akan diberi ruang dalam konsep keterbukaan? Lalu ahli PAS AJAK cawangan, lulusan luar negara pun kaitkanlah dengan Aristotle, Pluto, Screateas tadi. Siapa pula yang benarkan atau bersetuju?

Apa yang tidak diiktifar oleh negara, seperti Zionis, gay, lesbian, seks bebas tiada hak untuk menikmati keterbukaan. Yang diiktiraf ialah aliran bukan Islam. Sebab itu Kelantan menunjukkan rangka keterbukaan yang bagaimana dalam arak, dalam rumah ibadat. Bagaimana mereka menyusunnya.

Mereka merujuk ketua agama bukan Islam. Apabila semua agama bersetuju bahawa judi dan perlacuran tiada tempat dalam agama mereka, maka, hak keterbukaan itu dihapuskan. Jelas? Jadi, anda baca semula fikrah jumud puak-puak PAS di perenggan di atas.

Contoh lagi.

Di majalah Mastika, ada menceritakan bagaimana Mubaligh Kistian yang nekad menghadiri majlis kuliah TGHD (Haron Din) semata-mata mahu menyampaikan fikrah / kefahaman beliau. Adakah TGHD menghalaunya? Atau menggugut Mubaligh itu? Inilah konsep kematangan dan keterbukaan Islam. Akhirnya, dengan sebab, Mubaligh Kristian itu kini menjadi pendakwah Islam.

Ketika zaman kemuncak ilmu di Baghdad, ada seorang Pendita Yahudi yang sangat petah. Ramai ulama ditewaskannya. Adakah kerajaan Baghdad menghalaunya? Melucutkan kerakyatannya? Pendita itu diberi kebebasan dan keterbukaan, dalam masa yang sama, kerajaan sedaya upaya mencari seseorang yang mampu mematahkan hujahnya. Profesional bukan?

Asal Melayu, pasti bengap.

Apabila Lim Guan Eng berhujah sebegitu mengikut kefahaman beliau, Ketua Pemuda PAS tidak perlu jadi bengap ala Melayu dengan menggugut kestabilan Barisan Rakyat. Macam budak-budak UMNO. Sepatutnya anda bergerak mengikut konsep keterbukaan Islam. Berhujah dengan mereka. Tampil berdakwah.

Tak reti bertumbuk, suruh bapak pukul. Kualiti pemikiran apa ini? Sebab itu hamba menegaskan, sistem hafalan bukan kaedah terbaik dalam membentuk modal insan. Tetapi kemahiran berfikir. Anda hanya dimuliakan ALLAH kerana menghafal hadis dan Al-Quran, tetapi orang yang berkebolehan berfikir dengan merujuk sumber hadis dan Al-Quran yang sama lebih tinggi darjatnya.

Sebab itu ada imam yang dilihat berbaring dari beribadah di waktu malam. Kerana dia sedang berfikir menyelesaikan masalah. Bila diterangkan konsep ini, ahli PAS akan berkata laknatlah ALLAH ke atas kamu kerana menghina hafiz Al-Quran. Bukankah ini jumud tahap melampau?

Anda hafal lah kesemua formula matematik, tetapi anda akan gagal untuk digunakan dalam masalah yang diberikan. Data / formula kini boleh didapati di hujung jari, tetapi tidak kemahiran berfikir.

Anda nampak? Adakah anda kini nampak bagaimana persediaan PAS dalam memasuki satu alam BN tumbang. Satu alam keterbukaan yang hebat. Satu peperangan idealogi yang dibenarkan.

Masa sudah suntuk, PAS masih bengap.

Wallahualam.

Comments

  1. sudah lama terbukti kegelojohan menjahanamkan segala-segalanya. ini samalah dengan kes TMB kelantan dulu!

    ReplyDelete
  2. molek lah tu..kebengapan tersebut tidak perlu di biarkan...berikan hujah2 anda semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...