Oleh : AdukaTaruna
Semalam wa tak sempat cerita bola. Malah tak tengok langsung. Jumpa rakan lama. Walau asyik silap, dan asyik membayar ganti rugi kepada berg+amot, wa tetap ramalkan perlawanan untuk pagi sebentar lagi.
Czech vs Portugal.
Beberapa percubaan berbahaya hasil counter attack Portugal akan menghiasi perlawanan ini. Kekuatan tengah adalah seimbang. Wa jangkakan Portugal akan menguasai perlawanan hanya 52%. Hampir seimbang secara tepat.
Untuk menewaskan Peter Cech pelakon smallville tu, adalah sesukar menewaskan Van De Sar atau Bufon. Perlu try secara dekat. Jadi, tanpa membuang masa wa ramal keputusannya.
Portugal 1 Czech 0
Portugal 0 Czech 0
Swizerland vs Turkey.
Sebelum ini wa jangkakan Turkey berada dalam satu tekad yang amat hebat. Namun, malangnya ianya tidak berlaku. Atas faktor semasa ini, wa ramalkan Swizerland yang terdesak dan garang akan mengasak Turkey bertubi-tubi. Pada wa, Swizerland bakal memperoleh mata penuh untuk ini.
Switzerland 1 Turkey 0
Switzerland 2 Turkey 0
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.