Skip to main content

Nenek Tua Dalam Hujan.



Oleh :
AdukaTaruna

Semalam, hujan lebat sungguh. Masa wa drive, wa ternampak sorang nenek tua berjalan. Time tu hujan rintik-rintik kasar. Nenek tu letak beg atas kepala tadah hujan. Baju kurung Kedah dan kain batik lusuh. Adeh..

Wa berhenti la. Kasi tumpang. Eh, jap. Dulu kat kampung wa ader nenek tua selalu jalan kaki gak. Tapi nenek ni nyanyuk, dan selalu 'pow' orang. Skang dia dah meninggal dunia. Innalillah. Member wa Ahmad Garang kenal sangat dengan nenek tu. Biasala orang tua. Kita sok ntah macamana pulak.

Berbalik pada nenek ni, wa kasi tumpang. Langit gelap, hujan dah semakin kasar. Bila ditanya nak ke mana, nenek ni mempunyai masalah suara dan telinga. Suara perlahan sungguh dan kita kena cakap dengan kuat. Kena pula hujan dan petir. Adeh...


Sepanjang perjalanan, wa tanya la nenek tua tu. Sama ada mahu terus atau belok. Asal simpang jer wa tanya. Nak tanya kena cakap kuat sikit. Dan kena dengar teliti. Bila masuk Taman Perumahan Panchor Jaya, macam biasalah, banyak simpang. Nama pun taman perumahan.

Mungkin akibat hujan, nenek tu telah terkeliru. Akhirnya dalam setengah jam wa berpusing-pusing mencari rumah cucu dia. Otak wa mula ligat. Nenek ni betul ke tak? Teringat nenek yang dulu (perenggan atas).

Dalam pencarian rumah cucu dia tu, nenek tu dah serba salah. Mungkin sebab menyusahkan wa kot. Dia seluk beg dia, bagi wa RM3. Ah sudah. Apo pulak ni nek. Nak bagi, bagi la RM30. Minyak mahal nih. He...

Time dia seluk nak keluarkan duit tu, dia suruh wa berhenti. Dia kata dah sampai rumah cucu dia. Ceh nenek ni. Dengan wa pun nak kencing. Tapi wa fahamla, sebab nenek tu serba salah. Wa cakap, takper nek, kita cari pelan-pelan. Insyaallah dapatla tu. Sedih jer muka nenek tu.

Wa fikir nak singgah minum dulu, tunggu hujan reda, kembali kat simpang mula-mula. Kire kembali ke pangkal jalan la. He. Time ni la nenek tu tunjuk rumah besar. Wo.. kaya gak cucu dia. Kete Vios ade terparking. Tapi, jangan nenek ni kencing wa skali lagi dah la.

Wa tanya, betul ke nek? Adakah pilihan nenek muktamat? Dan wa ugut nak hon.

"Saya hon nek eh."

Nenek tu angguk. Betul la tu kot. Hujan lebat gile. Siap pakej petir skali tu. Bila wa hon, keluarla 2 perempuan. Pangkat makcik. Tak tahu kenapa. Sebab ikut skrip awek yang keluar. Ngeh2. Nenek tu lambai la. Suruh ambil payung. Makcik tu buat muka angry la plak. Pegang payung tapi lambai suruh nenek tu turun. Gilo apo. Hujan ni. Payung kat dia, diala mai sini ambil nenek dia nih.

Last2, nenek tu nak turun. Wa tak kasi, wa yang turun. Kuyup wa. Hu. Ambil payung kat makcik tu, pergi ambil nenek. Bila wa nak lari kat kereta balik, makcik tu marah wa la plak. Adeh..

"Kat mana adik jumpa nenek?"

Lo... betul ke tak ni rumah cucu dia? Wa nak start nak malu dah ni.

"Nenek ni kata ni rumah cucu dia. Betul ke?"

Makcik tu diam. Tapi yang sorang lagi angguk. Cantet. Wa tak jawab soalan, terus minta diri, blah.

On the way, wa fikir, agaknya dia marah sebab nenek tu tak sms dia dulu ke, email dulu ke suruh jemput. Kena pulak hujan2 ni. Entahla...

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...