Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Selamat tinggal Kota Bharu..

Oleh : AdukaTaruna Memecah khurafat angka 40. 1. Hari ke 3, gua bawa anak gua jalan di jalan depan rumah. Bobe mak mertua gua. Belum 40 hari, ma. 2. Hari ke 7, subuh gua bawa ke Masjid Pulau Melaka. Tengah hari, gua bawa anak gua ke rumah Tok Longnya. Di Wakaf Che Yeh. 3. Hari ke 18 bawa pasar malam. Menjeling makcik port lepak depan simpang. Menantu degil. Ajaran sesat. Maybe tu kot dalam fikiran mereka. 4. Hari ke 19 ke KB Mall. Time mak mertua gua ambil RM100 di sekolah. Budget balik sebelum mak mertua gua balik. Sekali kantoi. Kuang3... Malam mak sedara bini gua kol bini gua. "Pantang sikit Kin.. AdukaTaruna tu muda lagi tu... Kawen lain namoke.." 5. Hari ke 27 Ke Chetok. Makan gulai. Orang dah bleh terima cara gua. 6. Hari ke 28 Wakaf Mek Zainab. Rumah mak saudara belah Kelantan. Kena skolah beb kat situ. Hua3.. 7. Hari ni 28hb, balik Seremban. Tiket jam 7 petang. Mula2 rancang nak naik Mazda. Bertolak lepas Isyak. "Malam2 bawak baby mana bl

FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.

Oleh : Syam Ghaz A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN. - Tahun 1974 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan. - Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. [NOTA: Berdasarkan perjanjian i

Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor.

Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik Label : Surat dari pembaca Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor. Tuan/Puan Editor, Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyopada 22 November 2011. Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor. Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negeri Jepun yang pada masa ini telah pun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor. Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini. Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini. Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-p

Panas! : Berapa Anwar bayar untuk Malaysiakini tukar pemberitaan Shamsul AMK?

Oleh : AdukaTaruna Meletup panasnya dengan statement bodek si Shamsul. Di blog dan FB. Seorang pembaca menyatakan tiada yang salah. Shamsul tak sebut pun begitu. Gua buka semua Malaysiakini. Ya! Terkejut gua. Pemberitaan itu telah ditukar. Shit! Apa ni? Gua semak Anak Sungai Derhaka. Dia sempat kopipes. Tajuk Asal :  AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara Tajuk Ubah : AMK akan demo jika Anwar dipenjara Sumber : Anak Sungai Derhaka Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0. Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul. Sumber : Malaysiakini Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu l

KMT marah akan Shamsul AMK

Oleh : Khai Muhammad Taruna Sumber : http://youtu.be/8e4V6pAyZxM Saya ada tau masa 9 Julai 2011. BERSIH 2.0. Saya pergi atas nama mendapatkan hak memilih pemerintah dengan telus dan jujur.

Marah sungguh gua dengan falsafah Shamsul PKR.

Oleh : AdukaTaruna memang hak diala nak guna idealogi apa. Dan hak gua nak langgar dia pun lepas ni. Kalau berbulu dah sampai kepala. Langgar dengan hujah la. Berdepan dengan gua dulu, tengok. [1] Time Anwar kena tuduh liwat, dia junjung buku Qazaf. Tuntut Qazaf. Time Kelantan nak buat hudud, takda suara plak. Time Anwar pun tolak hudud, pun tak suara plak. Dasar manusia berjuang kerana manusia yang menentukan pangkat. Fakap la hai.. Gua pun tak setuju hudud peringkat negara ketika ini. Gua setuju hudud peringkat negeri. Gua pun tak setuju hudud peringkat negeri dituntut ketika ini. Tapi, sedetik pun gua tak berjuang kerana manusia. Gua tidak bermuka2 dengan prinsip. Gua dapat bayangkan apa yang berlaku kalau dia menjadi Menteri nanti. [2] Kemudian, dia nak mengeluarkan idea Mertabatkan Semula Raja Berpelembagaan. Kalau base on Malaysiakini, gua takda nak komen apa2. Tapi kalau dia cuba batalkan jasa Mahathir kepada gua dan rakyat, terhadap kuasa keganasan raja2 Melayu, gua

Mertabat semula raja berpelembagaan.

Oleh : Malaysiakini Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut supaya institusi raja berperlembagaan dimartabatkan semula agar tidak dipergunakan sebagai alat politik oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik. Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah. Katanya lagi, raja tidak seharusnya sekadar menjadi simbol tetapi turut mengambil peranan untuk memberi perlindungan kepada golongan lemah dan membela golongan tertindas. "Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik. "Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan. &

Tanpa sultan, masjid akan jadi muzium.

Oleh : AdukaTaruna Cerita 1. Terngiang2 kat telinga gua kutbah Jumaat dalam mimpi gua yang lepas2. Sempena hari jadi Sultan bangang. Baka penjudi ayam. Kalah. Dan satu daerah berdialek sendiri diserahkan kepada jiran. Satu baka bangsat yang membuatkan wilayah atas negeri itu dijajah dan menderita menuntut kemerdekaan sendiri. Pada gua salah kenyataan imam Al Azhar semasa kutbah tu. Sepatutnya dia baca begini : "Dengan Sultan, gelanggang sukan menjadi masjid." Bodoo punya Sultan Negeri Sekebun Tebu... mujur dalam mimpi.. Cerita 2. "Na.. mu nak jual kain mu tu, 24hb ni Ostad Azhar ada ceramah kat Futsal Arena tuh." "Malaslah.. huje.. payoh." "Tak tentu gak Na.. dulu seminggu hujan. Tiba time program hudud kat stadium KB tu, tak hujan. Molek jer. Aku rasa silap2 jadi macam tu 24hb nih." Member gua ambil keputusan tak niaga kain dia. Kebetulannya, hujan haya sebelah tengah hari. Sebelah petang sehingga malam pada 24hb tu memang t

Husam Musa kawen baru. Hantaran RM800 ribu?!

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Baginda Reformasi | Warta Jingga Biasalah tajuk jer. Kasi sek2 UMNO masuk blog gua. Bukan Husam Musa, bro.. Tapi orang yang dipercayai Musa Hasan. Mantan Ketua Polis Negara. Kawen benda yang bagus. Tahniah alhamdulillah. Kawen muda benda halal. Gua jeles. Tapi banyaknya duit bekas Ketua Polis kita... Samseng Cina bayarkan ka? Mustahil. Raja Petra mesti tak percaya dakwaan tu.

Kelantan patut bubar DUN berasingan dengan BN.

Oleh : AdukaTaruna Anak dah tido, baru bleh taip. Hua3.. gua berpendapat, Kelantan patut keluar dari kebiasaan dengan membubarkan DUN berasingan dari BN. Memang benar hujah TGNA benar, tapi, sekarang berlainan. Dulu Kelantan keseorangan. Kini sudah ada Kedah dan Selangor. Maksud gua, walau berasingan dengan BN, tetapi serentak dengan Kedah dan Selangorlah. Kalau asing2, gua ikut hujah TGNA lah. 1. Jika negeri BN sahaja PRU, PR juga mendapat peluang fokus yang sama. Bukan sahaja BN. Walau gua tak nafikan kelebihan BN yang guna kekuatan kerajaan Malaysia. Puluh juta tenaga PR dari Selangor, Kedah dan Kelantan boleh diagih2kan kepada negeri2 BN yang sedang PRU. 2. Selain itu, gua rasa cecah juta juga orang2 macam gua. Suami mengundi N9, isteri mengundi Kelantan. PRU BN, gua tak kalut, PRU Kelantan gua tak kalut. 3. Jika BN boleh bubar parlimen ikut isu terkini yang memihak kepada mereka, PR juga sepatutnya berbuat yang sama. Contohnya, selepas habis BERSIH 3.0 ke, ketika skan

Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada Perhimpunan Agung UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 maklumat separa masak. 1. Tarikh BERSIH 3.0 jatuh pada hari yang sama Perhimpunan Agung UMNO. Antara lokasi himpunan yang dicadangkan ialah di PWTC sebelum bergerak ke parlimen. Logistik awam yang terdekat ialah Hentian Putra. 2. Hasan Ali akan bertanding di Johor. Tidak pasti atas tiket apa. Tetapi dipercayai atas tiket BN. Kerusi Pasti Menang BN. Selepas baiah PAS tamat tempoh. Jika atas tiket BN, Hasan Ali dipercayai akan berkempen dengan mendedahkan butiran perjanjian / rundingan 'UG' 'Majoriti Melayu Muslim' yang diketuai oleh Hadi Awang (apa yang berlaku sebenarnya ketika rundingan PAS-UMNO di Selangor).

Selangor bijak adakan pilihanraya berasingan

Oleh : Pengundi DUN Kota Anggerik Label : Surat dari pembaca Selangor Bijak Adakan Pilihanraya Berasingan Tuan/Puan Editor, Baru-baruini, MenteriBesar Selangor telahmengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012. (Rujuk laporan akhbar yang dilampirkan bersama surat ini). Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. UMNO yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihanraya seluruh Malaysia. Seringkali parti2 yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini. Pertama kali dalamsejarah, UMNO dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin2 BarisanNasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Dato Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini. Namun alasan2 yang diber

Berblog dan berfesbuk gaya seorang abah yang baru.

Oleh : AdukaTaruna Anak abah kena tengok cara abah lawan pemerintah yang tak betul. Demi masa depan anak abah sendiri. Yee yeehhh!!!

Kenapa Putu Halba popular di Kelantan time musim hujan?

Oleh : AdukaTaruna "Kenapa asal hujan jer, semua sibuk bisnes Putu Halba? Semua orang sibuk beli Putu Halba?" Soalan gua kepada satu pakcik surau. "Bukan Putu Halba.. tapi ubi kayu. Bila musim hujan, ubi kayu mudah rosak. Time ni la ubi kayu digali. Dijual. Bila lambakan ubi kayu dipasaran, maka, macam2 kuih la berasaskan ubi kayu wujud." Kata pakcik tersebut. Gua tak ingat dialog sebenar. So, gua guna dialog gua sendiri. Hua3.. Kepada orang luar, menatang Putu Halba ni macam Putu Piring rupanya. Kaedah masak pun sama. Kalau Putu Piring rasa kelapa (rasa kelapa kan?), Putu Halba ni tak rasa kelapa, tak rasa ubi pun. Rasa lemak dan ofkos la manis. Kuih Kelate, maa.. Makan time panas. Dia bungkus dalam plastik dan dibalut dengan surat khabar. RM2 dapatla dalam 5 keping. Ikut kawasan la. Bila buka bungkusan tu, bleh nampak wap2 panas keluar. Sedap. Tapi gua setakat 2 keping jer la. Tak bleh bla dah. Manis woo inti dia tuh. Banyak makanan dan kuih tradisional

95% kanak2 Kelantan rosak gigi.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Utusan Malaysia Main dengan abah lagi baik, kan Khai Muhammad Taruna. Dari layan Utusan Malaysia. Ada seltan pun dayus. Hasil bumi tak bleh fight. Hak peruntukan tak bleh fight. Disanjung konon. Baik konon. Umbrella kami konon. Time berebut songkok dengan adik-beradik, baik la.. Nak sokongan. Dah dapat songkok lebih 5 tahun nanti, tengok... apa jadi. Khakhhh ptuih! Khai Muhammad Taruna ketika berumur 23 hari. Tunggu ada gigi nanti, kite tunjuk kat Pejabat Utusan Kota Bharu deh. Abah tunjuk gigi palsu dah la..

Bahang BERSIH 3.0 : Rang undang2 perhimpunan Aman.

Oleh : AdukaTaruna Bahang 3.0 semakin dirasai. Peliknya, dakwat yang boleh dipadam oleh orang macam papa Gomo masih tak dibuat. Kena gubal undang2 katanya. Kalau betul gubal, guballah. Sebaliknya gubal undang2 baru yang takda kena-mengena. Apsal takut dengan dakwat, gua tak tahulah. Tak respek langsung gua. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun. Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu: (1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri. (2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis. (3) Tiada protes jalanan dibenarkan. (4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat. (5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000

Semakin banyak gua tahu, semakin banyak gua tak tahu.

Oleh : AdukaTaruna [1] Betullah kata2 Allah. Ilmu, mustahil habis. Gua bermula dari persendirian. Dan kini ditakdirkan Allah untuk berada dalam pelbagai kumpulan.  Semakin banyak yang gua tahu, semakin banyak yang gua tak tahu. Semakin banyak yang gua belajar, semakin banyak yang belum belajar. [2] Untuk N3 ini, gua nak share catatan kehidupan gua mengenai hidup berkumpulan. Kata ulamanya, hidup berjemaah. Dalam Jemaah PAS / PKR, ada banyak kumpulan2 sokongan. Ada khusus untuk tarbiah, ada khusus untuk pelajar, macam2 ada. Begitu juga dalam PAS Kelantan. Di sini, selain hampir dengan BERSIH Kelantan, gua juga hampir dengan GEGAR. Satu kumpulan yang diwujudkan untuk pengkhususan menuntut hasil bumi Kelantan untuk Kelantan. [3] Ketika Pemuda PAS Kelantan mengadakan bicara santai sambil makan colek dulu, gua dipelawa membelasah Pemuda PAS secara berdepan. Gua dah ceritakan dalam N3 lepas. Tapi pemalas Melayu gua taknak cari link tersebut. Hua3.. Gua cakap, gua belasah ikut t

Mengapa BN takut kepada dakwat undi?

Oleh : AdukaTaruna Dakwat tu Papa Gomo pun boleh hilangkan. So, apsal takut sangat sampai halang SPR guna dakwat tu pada PRU2008? Dakwat yang boleh padam pun, oleh manusia tahap Papa Gomo plak tu, yang diguna majoriti negara demokrasi di dunia, dibatalkan / dihalang atas alasan KESELAMATAN NEGARA!! Wow!! Sampai Peguam Negara menipu bahawa ianya memerlukan pindaaan parlimen. Sepatutnya inilah advantage kepada BN. Apa lagi, dakwat boleh padam. Benarkan sahajalah. Apa lagi? Apsal takut? Sumber : http://youtu.be/wRymXMBpjx8

Tahniah Malaysia. Walau penyerang ntah apo2.

Oleh : AdukaTaruna Jauh lagi la nak masuk standard Asia pada gua. Nak sama level dengan Korea dan Jepun. Walau sekarang kembali kepada status jaguh Asia Tenggara. Untuk standard Asia Tenggara, gua ucap syabas la kepada tengah dan defend. Tapi kepada striker, harap panjang dan sasa jer la.. kualiti out. Takda alternatif ke untuk penyerang? takan tu jer terbaik dalam senarai yang ada? kalau camni la nak lawan Indon yang sama bangang dengan Malaysia, maybe 90 minit keputusannya 0-0. Apa pun gua tetap harapkan Malaysia menang. Wallahualam.

Cara orang Kuantan memasak 3 tahun lagi?

Sumber : http://youtu.be/paXw4E36V78

Reminder 19/11/11 : BERSIH 3.0 di Kelantan!!

Video Langgar Utusan Malaysia

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/3Yf8Az3yaaw

Kini gua melalui apa yang telah lu orang lalui.

Oleh : AdukaTaruna Blog gua dah menjadi blog baby. Member suruh gua tukar kaler pink. Kah3.. tionaseng. Label peribadi. Gua just nak share apa yang baru gua lalui. [1] Anak sulung gua ketika gua umur 30. Bermakna dia baru 20 ketika gua 50. Umur adik2nya? Rugikan? Sebab gua andaikan jika gua sampai umur 50, gua dah sakit2 dah tu. Gua eksiden teruk 3 kali masa muda. Dan ada effect sket skang ni pun. Harap2 gua mati dalam keadaan tak menyusahkan orang la. Amin. [2] Anak gua lahir dalam keadaan tak menangis. Gua runsing gile. Sms memember minta doakan. Alhamd.. doc sahkan anak gua sihat. Tapi still gua tak dapat dengar dia menangis. Bini gua pun. Bila dipindahkan dalam wad, baby lain menangis. Anak gua plak tido. Kalau tak tido, terkebil2. Malam tu, time gua kerja, baru bini gua sms, dia menangis. Gua punya bersyukur tahap Gred A gua ingat time tu. [3] Lepas berak dan kencing, baby boleh blah dari hospital. pada permulaan baby berak dengan kerap. Tahap Jeans Francois keracuna

PERKASA dibelasah rakyat di Johor.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Utuseks Malaysia Dari sumber FB, anggota bawahan PERKASA ini bernama Jamil Hussin. hanya anggota bawahan yang ditipu untuk berada di depan kerana polis melindungi mereka. Tapi, apabila diambil tindakan kerakyatan, ketua mereka lari dahulu. Bukanlah kita menyeru kepada keganasan. Tetapi menyeru kepada seni mendapatkan hak. PERKASA yang datang dengan soalan atau hujah, dipersilakan. Dialu2kan. Malah lebih bertamadun dianjurkan debat secara matang dan professional. Tetapi jika datang dengan niat mahu membuat keganasan, maka inilah seni yang diambil. Dalam menempatkan diri kepada satu situasi respek musuh yang sama jika mahu mematuk dilubang luka yang sama di masa2 akan datang. Apa yang boleh dipelajari dari insiden ini. Setelah berkurun lamanya PAS mendidik ahlinya supaya bersabar-bodoh? 1. Polis yang tidak beraksi untuk setiap aktiviti ganas pro BN telah TERPAKSA take action. Dilaporkan 150 anggota FRU terpaksa bergegas ke tempat kejadian bagi meny

Hot! Video mandi bogel pemimpin Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/2am_KLVGDGQ Harap2 bidio ni tak terlepas ke tangan UMNOPORN. Sebab mereka berjuang atas isu lucah. Muahahahaha.

Apabila Ostad Azhar Idrus mengatakan gua gila.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/DwBKlqzDLkE Nak ikut gua ke, nak ikut Ostad Azhar Idrus? Haha. Ikut yang ahli la bro.. Islam tegak pada hujah. Hujah Ostad lebih tegak, ikut dialah. Gua hanya menyampaikan hak gua berhujah. Condong atau bengkok adalah penilaian. Gua hanya menyampaikan pendapat. Setuju, setuju. Tak setuju, tak setujulah. Takan gua nak upah samseng belasah lu orang. Dan rampas gajet atas nama Islam. [1] Ostad mengatakan kalau tak nak ikut ulama, sampai bila kita tak boleh nak ada ilmu. Sebab nabi dah takda. Nak belajar mengaji pun tak boleh, sebab tak boleh ikut ulama. Itu adalah hujah ostad. Baguslah. Hujah dibalas hujah. Tapi, lucunya, tak pula gua menyampaikan pendapat meminta pembaca menolak ulama secara total. Malah gua nekad memperjuangkan IRM selepas PRU13. Yang gua share ialah kefahaman gua mengenai mengikat diri kepada jenama mazhab. Kalau bemula belajar mengaji dengan ulama kampung, belajarlah. Alhamdulillah dan tahniah. Sehinggalah and

Cerita gua tentang riwayat seorang pejuang hasil bumi Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Amanat Razak Al-Fatihah kepada pejuang hasil bumi Kelantan untuk Kelantan (Petrolium), Saudara Kamarulzaman. Yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai ketika pulang dari parlimen. Bagi menyerahkan poster amanat Razak mengenai perjanjian petrolium terhadap negeri2, kepada setiap ahli parlimen. Gambar terbaru Allahyarham di parlimen Kenangan gua bersama Allahyarham. [1] Gua adalah orang yang ntah sesiapa. Meluahkan pemberontakan melalui penulisan. Tak pernah terfikir, bercita2 atau bermimpi untuk menjadi orang politik. Semuanya bermula melalui penulisan. Tak sedar pun gua memiliki senjata menulis. Melalui penulisan itulah gua mempunyai rakan di seluruh Malaysia. Malah di seluruh dunia untuk tajuk pelajar2 Malaysia. Tapi tiada pun orang politik, walau gua yakin mereka juga membaca tulisan gua sama ada secara tetap atau secara sesat. Yang ada hanya tuduhan gua dibayar oleh orang itu, orang ini, cek RM2 juta, dan sebagainya. [2] Keti

Kisah di surau kecil.

Oleh : AdukaTaruna [1] Member gua buat makan2. Solat hajat sekali la kat rumahnya. Sempena adik perempuannya mahu menjalani pembedahan. Lepas Isyak semalam. Mase dedulu, gua la yang paling malas solat hajat ni. Nak2 lepas solat Jumaat, imam umumkan ada solat hajat untuk sekian tujuan. Gua angkat kaki. Ca alif but. Sebelum bersesak2 nak keluar dari masjid, baik gua blah awal. Lepas menjalani satu perasaan betapa berharapnya Allah memudahkan, menyempurnakan kelahiran anak dan isteri gua, ianya meninggalkan satu kesan mendalam. Sejujurnya, gua tak tahu kesan tu berapa lama bertahan. Tapi inilah tajuk N3 kali ni. Tentang solat hajat. Dulu, semasa ingin menyambut kelahiran, gua pun solat hajat. Sama ada gua dan isteri, gua adik-beradik, mau pun jemaah surau. Kini, bersyukur sangat isteri mudah bersalin. Tak perlu masuk ubat, tak perlu pembedahan. Baby sihat. Mata buka sebaik sahaja keluar dari laluan. 3 hari sudah boleh angkat kepala. Tak kena kuning. Jarang sangat menangis (seta

Selamat Raya Adha dari Khai Muhammad Taruna

Oleh : AdukaTaruna

Kurangkan kakitangan awam : JASA perlu dimansuhkan.

Oleh : AdukaTaruna Gua sokong kalau jabatan2 / institusi tak munasabah untuk rakyat, sebaliknya untuk parti politik, dimansuhkan bagi maksud kenyataan mengurangkan kakitangan awam. Ianya menjimatkan wang rakyat. Itu dari segi falsafah la. Cuma dari segi teknik, gua fikir, tak perlu ada kenyataan la. Benda2 macam ni, boleh buat lepas ambil pemerintahan. Idea2 seperti ini tak perlu dibentangkan sekarang. Ianya dibentangkan setelah pemerintahan diambil dan keadaan menjadi stabil. Ketika itu bentangkanlah idea2 prioriti no 100 ni setiap hari. Dan bahaskanlah secara terbuka setiap jam. Tak mengapa. Skang ni, fokus kepada Buku Jingga, dan janji 100 hari. Itu dasar yang disepakati bersama untuk setakat ini. Wallahualam.

Tunjukkan gay / lesbian ada dalam agama lu orang.

Oleh : AdukaTaruna Ada suara menyamakan poligami dengan tuntutan Seksualiti Merdeka. Poligami ada dalam agama Islam dan Kristian dan Yahudi. Nabi Musa as berpoligami. Kebebasan mengamalkan agama masing2 dijamin dalam perlembagaan. Jika gay dan lesbian mahu taraf yang sama dengan poligami, sila tunjukkan pengiktirafan agama2 yang telah ada terhadap gay dan lebian. Gua akan sokong golongan itu mengamalkan hak beragama mereka. Kalau memberikan pengiktirafan agama2 baru yang diada2kan, semata2 untuk mengiktiraf kebebasan seks, gua tolak lah. Jap lagi, ada plak cipta ada baru Abang Hensemis misalnya. Dan tuntut diiktiraf perlembagaan Malaysia. Gua akan sokong kalau pihak PR umumnya, PAS khususnya berdemo menentang Ambiga dalam isu ini. Sebagainya kita berdemo menyokong Ambiga dalam isu BERSIH. Professional atas pengasingan tajuk. Tapi adalah lebih baik, Dewan Pemuda PAS menziarahi seketeriat Seksualiti Merdeka, dan menyampaikan hujah mengapa PAS membantah. Dialog - tak bleh jalan -

Panas terkini! : TGNA umum pengganti MB Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna 5 November 2011 - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat pengumuman mengejut mengenai pengganti Menteri Besar Kelantan ketika sidang media program Hari Wukuf Putik. "Orang itu ialah Khai Muhammad Taruna. Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan syura." Sekian berita palsu dari gua. Kah3... Alhamdulillah. Subuh tadi, ngam2 hari wukuf, anak gua ditahnikkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Pulau Melaka. Settle satu adab kelahiran dalam Islam. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan gua sekeluarga. Terima kasih semua rakan2 dan Jeming Hasan atas pelbagai bantuan sejak gua menjejakkan kaki di Kelantan ni. Anak gua bleh membuta time ditahnik. Ketap rapat mulut dengan gusi sampai kena paksa sikit. Mata tak mau buka, mulut pun tak mau buka. Seb baiklah orang tua tu penyabar orangnya. Hua3..  Pastu kena suap air zam2. Pastu kena gunting rambut sket. Lepas cukur plak. Insyaallah. Kena timbang dan kol C++ untuk dinila

Khai Muhammad Taruna bantah BN luluskan permit "Seksualiti Merdeka".

Oleh : Khai Muhammad Taruna Baca dengan pelat kanak-kanak. Dengan ini kite menyatakan pendapat kite. Kite bantah BN meluluskan permit "Seksualiti Merdeka" kerana ianya bercanggah dengan rukun negara yang pertama. Kepercayaan kepada tuhan. Muslim yang baik harus menentang kelulusan permit ini. Hindu yang baik harus menentang kelulusan permit ini. Kristian yang baik harus menentang kelulusan permit ini. Buddha yang baik harus menentang kelulusan permit ini. Ianya mencarik-carik dan merobek-robek ajaran agama masing-masing. Kite juga menyeru Dewan Pemuda PAS supaya membantah dalam tajuk dan seni yang betul dalam isu ini. Kita harus membantah dalam 3 tajuk utama. 1. Keluar dari ajaran Islam. 2. Keluar dari rukun negara. 3. Kelulusan permit yang mencabar maruah setiap agama yang diberi perlindungan dalam perlembagaan. Dari 3 tajuk di atas, kite memohon Dewan Pemuda PAS khususnya, Pakatan Rakyat umumnya supaya mengadakan bantahan berasingan dengan pihak yang melul

Blog gua dah jadi blog baby. Hua3...

Oleh : AdukaTaruna Video Youtube : http://youtu.be/k4qePJMxlg8 Urusan uri settle. Tq Ostad Wan Ji. Maklumkan kelahiran kepada klinik kesihatan berhampiran settle. Nurse melawat dah settle. Proses nama sedang dilakukan. Tq kepada rakan2 yang kol, comment dan email bagi tunjuk ajar. Adab2 kelahiran dalam Islam sedang gua usahakan. N3 ni label peribadi. Ni video ketika AdukaTaruna Jr berumur 28 jam. Berat 3.3kg. Tinggi 53cm. Dah bleh buka mata dan respon sikit2 terhadap orang. Alhamd. Hilang ganas, macho and hensem bila main ba-cak dengan anak. Kah3... Mampos kena kutuk nih.