Skip to main content

Khai Muhammad Taruna bantah BN luluskan permit "Seksualiti Merdeka".

Oleh : Khai Muhammad Taruna

Baca dengan pelat kanak-kanak.

Dengan ini kite menyatakan pendapat kite. Kite bantah BN meluluskan permit "Seksualiti Merdeka" kerana ianya bercanggah dengan rukun negara yang pertama. Kepercayaan kepada tuhan.

Muslim yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Hindu yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Kristian yang baik harus menentang kelulusan permit ini.
Buddha yang baik harus menentang kelulusan permit ini.

Ianya mencarik-carik dan merobek-robek ajaran agama masing-masing. Kite juga menyeru Dewan Pemuda PAS supaya membantah dalam tajuk dan seni yang betul dalam isu ini. Kita harus membantah dalam 3 tajuk utama.

1. Keluar dari ajaran Islam.
2. Keluar dari rukun negara.
3. Kelulusan permit yang mencabar maruah setiap agama yang diberi perlindungan dalam perlembagaan.

Dari 3 tajuk di atas, kite memohon Dewan Pemuda PAS khususnya, Pakatan Rakyat umumnya supaya mengadakan bantahan berasingan dengan pihak yang meluluskan / membenarkan program tersebut.

Sekian pendapat kite. Rakyat baru dari negeri Kelantan. Hoben Awe Hoben.


Khai Muhammad Taruna

1. Khai = Nama keturunan / baka. Contoh Syed / Wan / Tuan / Nik / Dayang

2. Muhammad = Identiti muslim. Mana pun anak gua pergi di seluruh dunia mahu pun planet lain, inilah identitinya. Dia harus pikul dan jaga. Insyaallah. Amin.

3. Taruna = Identiti geografi. Mana pun anak gua pergi di seluruh dunia mahu pun planet lain, inilah identitinya. Geografi tumpahnya air dan darah ketuban ibunya. Anak gua bukan Arab. Bukan Afrika. Bukan Eropah. Bukan pengikut arus dan kebiasaan setempat. Insyaallah. Amin.




Siapa setuju kita bantah, sila buat macam kite nih. Angkat kedua-dua tangan.


Comments

  1. PAS mesti turun berdemontrasi di jalanraya sepertimana BERSIH 2.0 dahulu bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS menentang `Seksualiti Merdeka' kalau tidak rakyat akan melihat PAS itu hanyalah hamba suruhan Ambiga sahaja.....!
    Buktikan PAS itu berjuang untuk Islam, bukan setakat kat ceramah dan tazkirah semata-mata!

    ReplyDelete
  2. Provokasi, transformasi, revolusi, idea basi ...whatnots?!!!

    ;)

    ReplyDelete
  3. sorry kalau gua lambat , tapi gua x sangka lu betul2 kasi nama anak lu , Taruna ! ha ha ha niceee .

    ReplyDelete
  4. Eeee.... comey gilo anak lu Aduka. Hensemnyer.... like father like son

    ReplyDelete
  5. Bro... lu tak nak bubuh kat hujung nama anak lu al-kelantani ke? Lebih afdal kalau bubuh al-tantawi ke atau al-rusilawi ke. Kalau nak nampak moden just bubuh the kelantani... kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Khai Muhammad Taruna.

    2819 43814414 219351

    20+29+21

    70

    7

    ReplyDelete
  7. bro... kalau lu tak nak anak lu berpk cam melayu lu kena buat anak lu tido meniarap...... bukan melentang...

    ReplyDelete
  8. Syukur, dan tahniah kepada lu bro. bagi siapa-siapa yang ragu dengan nama anak lu tu, dah xbuleh buat apa dah, sbb ah masuk surat beranak.

    tapi, letak nama Muhammad tu memang terbaik la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu