Skip to main content

Cerita gua tentang riwayat seorang pejuang hasil bumi Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Amanat Razak

Al-Fatihah kepada pejuang hasil bumi Kelantan untuk Kelantan (Petrolium), Saudara Kamarulzaman. Yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai ketika pulang dari parlimen. Bagi menyerahkan poster amanat Razak mengenai perjanjian petrolium terhadap negeri2, kepada setiap ahli parlimen.

Gambar terbaru Allahyarham di parlimen

Kenangan gua bersama Allahyarham.

[1]

Gua adalah orang yang ntah sesiapa. Meluahkan pemberontakan melalui penulisan. Tak pernah terfikir, bercita2 atau bermimpi untuk menjadi orang politik. Semuanya bermula melalui penulisan. Tak sedar pun gua memiliki senjata menulis.

Melalui penulisan itulah gua mempunyai rakan di seluruh Malaysia. Malah di seluruh dunia untuk tajuk pelajar2 Malaysia. Tapi tiada pun orang politik, walau gua yakin mereka juga membaca tulisan gua sama ada secara tetap atau secara sesat. Yang ada hanya tuduhan gua dibayar oleh orang itu, orang ini, cek RM2 juta, dan sebagainya.

[2]

Ketika forum Nurul Izzah, A Samad Said dan Husam, gua membawa satu isu MTUC. Namun tak sempat bertanyakan isu tersebut kerana moderator, Cikgu Rahim Kota Bharu tak nampak gua untuk bertanya di round kedua. Dia fikir tiada sesiapa pun mahu bertanya.

Selepas itu, ada pula forum kupasan bajet di Kelantan Trade Centre. Gua ke sana untuk membawa isu pekerja. Itulah pertama kalinya gua mengenali Allahyarham Kamarulzaman. Malah gua tak tahu pun Kamarulzaman adalah Pegawai Khas Husam sehingga tiba waktu makan2. Walau ada dua pihak menuduh gua dibayar Husam (dituduh dibayar oleh Rais Yatim paling kelakar).

Ini adalah video gua membawa isu MTUC sebelum MTUC berpiket seluruh negara. Moderator forum itulah Kamarulzaman.



[3]

"Sejarah orang bertanya guna whiteboard." Sapa Kamarulzaman kepada gua ketika gua makan. Gua sengeh. Ketika itu dia beralih dari meja VIP ke meja bukan VIP. Meja VIP; kopi, kuih dan bihun atas meja. Meja bukan VIP; kopi dan kuih sahaja. Itu pun kena ambil sambil beratur di sana, makan di sini.

Gua bangun dan minta bihun dengan Dr (ahli panel) dalam video tu. Dia kata ambil la. Gua ambil semua dan letak atas meja gua. Bihun tersebut gua makan bersama Syam GEGAR, Topeng, rakan2 facebook.

Itulah pertama kali dan terakhir gua berjumpa dengan beliau.

[4]

GEGAR ke parlimen. Gua berkerja hari tu. Ketika sessi tido bergilir2, satu sms masuk dari Jeming. Jam 4 pagi. Mengatakan Kamarulzaman meninggal dunia ketika pulang dari parlimen. Innalillah. Semoga dikebumikan hari Jumaat juga. Janganlah sampai terjadi kebodohan seltan selatan sana. Adat didulukan sehingga melepasi Magrib Sabtu. Dasar baka bodoh, gua yang ke dalam. Padan muka gua. Kah3...

Sahabat GEGAR memaklumkan jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat. Kutbah Jumaat sangat2 memualkan. Pasal Seltan dan Melayu. Takda seltan, Islam runtuh, masjid jadi muzium. Bacaan dari imam kutbah. Khakkhh ptuih.

[5]

Lepas Jumaat gua merempit ke Salor. Jenazah telah dikebumikan. Ramai rakan2 masih berada di sana. Antaranya, Asrol, Wan Jo, Topeng, Jeming, Hafiz Musa, etc. Nak taip semua, mamposla gua.

Tamatnya tugas beliau memperjuangkan hasil bumi Kelantan untuk Kelantan. Di dunia ini. Mati ketika bertugas. Namanya tercatit dalam sejarah negeri Kelantan. Hari ini sejarah kiri. Esok dan lusa, pasti sejarah kanan. Pasti. Insyaallah.

Terfikir akan gua. Betapa pejuang2 Gegar semuanya menginjak 40 an. Mereka berjuang bukan untuk diri mereka. Tetapi untuk generasi Khai Muhammad Taruna.

Buat anak abah, bacalah ini sebagai bahan sejarah. Analisis pemikiran yang abah sampaikan. Jika setuju, serulah generasi anda fight untuk mendapatkannya. Anda adalah baka bermaruah. Berdiri di atas kaki sendiri.

Wallahualam.

Comments

  1. wa sekelas ngan arwah dari tingkatan 4 n 5.... arwah ketua pelajar jaman wa..... arwah nampak jer lembut tapi tegas.... last wa jumpa beliau depan masjid telipot.... masa tu dia baru nak stat jadi pegawai khas YB Husam Musa... sempat borak ngan arwah masa tu.... arwah ajak wa aktif politik.... wa cakap... CUKUP DEMO JAH LA... KAWE AKTIF DARI JAUH CUKUP DOH..... sejak jaman sekolah lagi wa bahasakan diri wa demo kawe ngan arwah bukan ana enta.... hehehehe

    tapi arwah beriya-iya mintak wa aktif.... arwah terdiam bila wa cakap.... KALAU DEMO ORANG PERTAMA TUMBANG DALAM PERJUANGAN.... BIAR LA KAWE JADI ORANG TERAKHIR YANG TUMBANG DALAM PERJUANGAN.... arwah terdiam sambil tersenyum cam akur ngan keputusan wa....

    ustat baihaqi ...... sorang lagi tokoh pemimpin satu sekolah ngan wa..... Senior wa satu sekolah .....

    ReplyDelete
  2. satu lagi.... lu tak nampak ke wa tadi bro........ hehehe

    ReplyDelete
  3. Tiunaseng lu bro.. sedapnya jadi orang yang bleh skodeng orang yee..

    ReplyDelete
  4. Air Demo tokseh berjuang ko?November 12, 2011NIK AZIZ DUK BUAT GAPO TU ???


    Terharu sungguh mendengar rintihan rakyat Kelantan kerana tidak dapat menunaikan ibadat dengan sempurna ekoran masalah air yang dihadapi setelah sekian lama.Lebih merumitkan lagi bilamana murid tabika juga tercicir dalam pelajaran setelah guru mereka keluar mengambil air atau menemani murid untuk membuang air kecil dan besar.

    Guru tersebut terpaksa meninggalkan kelas kerana jarak Tabika dengan tempat mengambil air agak jauh,Jika keadaan ini berterusan bagaimana bangsa kita ingin maju kedepan?Islamkah kita dengan cara sebegini.Layakkah kita untuk melaksanakan Hukum Hudud?Atau semuanya hanya retorik semata-mata.

    Jika benar Nik Aziz seorang alim Ulamak kenapa tidak diselesaikan masalah air ini yang menggangu ibadat rakyat? Jangan hanya melihat semut didalam gelap,sebaliknya lihatlah gajah di Pulau Melaka yang terbentang itu.
    Posted by GelombanG KicK at 7:57 PM

    ReplyDelete
  5. "Muiz, abi mana?"

    "Abi pegi Syurga" jawab Muiz, anak tunggal Allahyarham Kamarulzaman Abdullah.

    Arwah n isteri, Farawahida antara sahabat seperjuangan dari USM suatu ketika dulu. Gua mula mengenali arwah yang popular dengan panggilan 'Ustaz Qoma' masa dia jadi Presiden GAMIS dan Presiden PMIUSM sekitar 2001.

    Orangnya nampak serius tapi mudah mesra. Arwah kenal setiap anak buahnya dan prihatin dengan kebajikan mereka.

    Bila gua ke USM, adakala arwah sambut gua di bus stand Komtar. Padahal dia orang besar dalam gerakan. Gua ni level pencacai je.

    "Orang Johor sampai, kena layan 1st class ni", gurau arwah. Ajak gua tido rumah. Selesai urusan, bawak gua ronda pesta konvo. Bersama sahabat2 USM. Mahfuz, Lizam, Izwandi, Faizal Rizal dll.

    Last sekali gua jumpa arwah masa kami menjamu nasi kandar di Gelugor. Masa tu dia masih pengantin baru.

    Sayu mengingatkan kembali kenangan bersama arwah sepanjang perjuangan di medan kampus. Kata2 ucapannya. Butir2 tazkirahnya. Masih segar di ingatan.

    Gua harap kerajaan Kelantan dan PAS bela dan jaga kebajikan balu dan anak arwah. Moga Allah kuatkan keyakinan dan semangat kak Farah dan adik Muiz. Sesape nak sumbang boleh berhubung dengan Persatuan Alumni Mahasiswa Islam USM.

    Al Fatihah untuk sahabat kesayangan gua, Ustaz Qoma.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...