Skip to main content

Kini gua melalui apa yang telah lu orang lalui.

Oleh : AdukaTaruna

Blog gua dah menjadi blog baby. Member suruh gua tukar kaler pink. Kah3.. tionaseng. Label peribadi. Gua just nak share apa yang baru gua lalui.

[1]
Anak sulung gua ketika gua umur 30. Bermakna dia baru 20 ketika gua 50. Umur adik2nya? Rugikan? Sebab gua andaikan jika gua sampai umur 50, gua dah sakit2 dah tu. Gua eksiden teruk 3 kali masa muda. Dan ada effect sket skang ni pun. Harap2 gua mati dalam keadaan tak menyusahkan orang la. Amin.

[2]
Anak gua lahir dalam keadaan tak menangis. Gua runsing gile. Sms memember minta doakan. Alhamd.. doc sahkan anak gua sihat. Tapi still gua tak dapat dengar dia menangis. Bini gua pun.

Bila dipindahkan dalam wad, baby lain menangis. Anak gua plak tido. Kalau tak tido, terkebil2. Malam tu, time gua kerja, baru bini gua sms, dia menangis. Gua punya bersyukur tahap Gred A gua ingat time tu.

[3]
Lepas berak dan kencing, baby boleh blah dari hospital. pada permulaan baby berak dengan kerap. Tahap Jeans Francois keracunan makanan. Mujur bini Hj Osama telah bekalkan gua tips. Beli Nappy Liners. Atas atas pempes. Jadi, jimat sket pempes.

Mula2 dalam sehari dua, berak kaler Zambry. Kencing kuning BERSIH 2.0. Gua risau gak. Cadang nak mengadu kat misi yang datang nanti. Alhamd. Masuk hari 3 dan seterusnya, berak kaler kuning, kencing dah jernih. Selalu gak gua kena tembak sebelum, semasa dan selepas mandi. Jate boh. Ado pistol.

[4]
Hajat memang nak ikut silibus. Susukan anak dengan susu cap gantung semata2 selama 6 bulan. Tapi tak kesampaian. Anak gua hisap kuat sampai berbunyi. Kulit susu bini gua sampai terkopek dan berdarah. Masa anak gua lahir, gua takda rasa nak menangis pun walau bersyukur sangat.

Tapi melihatkan bini gua menggigil tahan sakit, menitik air mata setiap kali bagi susu, gua ada rasa sebak sket. Ada orkid dalam hati ma. Gua tak study apa pun tentang susu tambahan sebelum ni. Gua doa, Allah tujukan hati gua untuk susu yang tepat.

Gua ke Hypermarket Pantai Timur. Round sambil servey susu tambahan. Nak kasi sementara susu bini gua sembuh. Gua pilih produk yang ada jenis paling sedikit. jadi, kalau anak gua tak serasi, takla membazir. Gua bukan orang senang. Susu mahal bai.

Pusing punya pusing, gua jumpa produk yang ada dijual paling sedikit, adalah Lactogen. Produk Nestle jugak, bro. 350g RM8.50. Yang lain semua 500g.

[5]
Alhamdulillah. Anak gua punya perut serupa gua. Boleh makan hampir kebanyakan makanan. Maybe berkat tak pantang time mengandung. Makan apa sahaja. Berak dia pun tak berubah kaler. Cuma, dia punya hisap susu, memang tahap kete turbo. Kuat gile bai. 350g dalam 5-6 hari jer. 2 minggu dah muat2 besen mandi yang gua beli. Cer tengok bidio tu. lepas ni kena mandi duduk la pulak.

[6]
Selama 2 minggu ni, gua ingat 2-3 kali jer dia menangis. Tu pun tak lebih seminit. yang lain ialah rengekan. Time dia lapar. Atau rimas time kena mandi.

Terjadi satu kali, bila gua nak mandikan, gua dapati pempes dia penuh dengan berak. Banyak giler dan sudah keras.. Sampai kulit bontot merah dan berbintik. Menandakan dah lama dia berak. Problem sebab dia tak bagi signal. Mulai hari itu, gua tak tunggu dia menangis untuk skodeng pempes. Gua cek sekerap yang mampu.

[7]
Khai Muhammad Taruna suka tido siang. Kejutkan pun dia buat dek jer. Sua puting susu pun dia tak nganga. TGNA paksa masuk kurma pun dia ketap mulut sambil lari2kan kepala.

Problem kepada gua dan bini ialah anak gua akan segar biji mata time pukul 3-5 pagi. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! Memang tak menangis. Tapi kalau kita biarkan dia terkebil2 dalam 5 minit begitu, dia akan merengek. Kena pangku la plak!!!!!!!


Comments

  1. haha...xpa bro,insyaAllah mudah2an besar menjadi anak soleh solehah =)

    ReplyDelete
  2. "Khai Muhammad Taruna suka tido siang. Kejutkan pun dia buat dek jer. Sua puting susu pun dia tak nganga. TGNA paksa masuk kurma pun dia ketap mulut sambil lari2kan kepala."

    wa rasa anak lu ni kuat UMNO la..... hehehe

    ReplyDelete
  3. Bro.. base dari pengalaman gua,,, 24 tahun dulu,, anak-anak gua seramai 4 orang semuanya gua bagi tidur tiarap,,, setelag dibedung tiarapkan ia tidur,, dari istilah kesihat lebih baik tidur tiarap, walau pun ramai orang-orang tua tak suka,,, katanya takut budak tu lemas,, sebenarnya baby yang kecik lebih selamat tidur tiara. kalau ia muntah tak masuk dalam hidung,,, ia tak mudah tersentap atau terkejut, dan yang terbaiknya kedudukan otak dibelakang tempurung kepala kurang geseran sebab ia tidu tiarap...

    Alhamdulillah ke empat anak-anak gua semuanya tak ada masaalah pun, malah pembesaran diorang cukup baik.....

    ReplyDelete
  4. Abanghensem... time tu nak jer gua cakap :

    "Muhammad taruna, ni TGNA la.. Bukan TGHA.."

    Seb baik gua takut TGNA flying kick gua. So, tak jadi la cakap. Ngeee

    ReplyDelete
  5. tq Manjung Mari. Memang gua dah ajar dia tidur meniarap skang ni.

    ReplyDelete
  6. Tahniah and welcome to the parenthood club.. Wa dah ada 3 and the first one is the very emotional one. Alhamdulillah.. Kini yg sulung pun dah darjah 2 nak masuk 3 dah pun..
    insya'allah akan berjaya menjadi seorg bapak yg berjaya..

    ReplyDelete
  7. bagus .... anak² wa pun semuanya tido meniarap.... ada bonjol kat belakang..... bentuk muka bujur elok jer.... kepala pun tak dak la leper cam baka minang... hahahahaha

    ReplyDelete
  8. kalau menyusu sampai berdarah puting tu maksudnya salah latching tu..refer kat misi..biasanya diorg ajar cara latching yang betul.. still ada harapan lagi..

    kalau rajin boleh baca kat

    http://susu-terbaik.blogspot.com/2009/01/pelekapan-yang-betul.html

    ReplyDelete
  9. Sama la gua. Hajat hati nak bagi susu badan je. Tapi sebab anak kembar. Lelaki plak tu. Memang tak cukup punye. Terpaksa top up dengan susu formula.

    Hajat hati kedua nak bagi susu kambing. Susu kedua terbaik selepas susu ibu. Tapi dulu mana ada susu kambing instant macam sekarang. Nak susu kambing kena perah sendiri kat ladang. Lepas tu tak tahan lama. Cepat basi.

    Terpaksa cari susu lembu. Masa mula2 pilih susu formula, dekat 2 jam gua kat area susu kat hypermarket. Satu2 brand gua belek dan analisa kandungan.

    Kalau lu nak cari susu murah yang tinggi khasiatnya, elok la lu pilih Nestle Lactogen. Lactogen mempunyai DHA paling tinggi berbanding susu murah lain ( new born ) seperti Dutch Lady 123, Dumex Dulac, Nespray. AA, SA, Omega 3 dan Omega 6 pada tahap yang sederhana.

    Kandungan DHA dalam Lactogen 1st step hampir menyamai kandungan DHA dalam susu mahal seperti Mamil, Enfalac, Frisolac, Anmum. So kalau anak lu serasi dengan Lactogen, cantet sangat lah tu.

    Tu analisa gua 3 tahun lepas. Sekarang kalau ada perubahan gua tak tau la. Cuma susu Lactogen agak berbau dan buih banyak bila goncang. Banyak angin tu. Susu mahal takde buih bila goncang.

    Kalau lu terpaksa bagi susu lembu sepenuh masa, gua advice lu selang seli dengan susu kambing. Contoh, lu guna susu kambing waktu malam. Siang susu lembu. Susu kambing cegah bayi lelah dan lendir pada waktu malam. Cuma mahal sket la. Sebab tu gua advice selang seli je.

    ReplyDelete
  10. Anak gua 60% susu badan, 40% Lactogen. Nak harap 100% susu badan, memang tak boleh.

    Maybe anak orang lain, lain. Tapi anak gua memang tak cukup. Bukan susu tak banyak, banyak. Alhamdulillah Banyak. Tapi, hanya bapak yang kenal anaknya. Huhu..

    Mula2 gua goncang Lactogen. Skang gua putar2kan botol jer. Takda buih. Anak gua skang, kalau 90ml Lactogen, dia boleh hisap sampai habis kurang seminit! Kalau lu ada, lu bleh dengar nafas dia time dia togok susu. Woooo....

    ReplyDelete
  11. Mana nak cukup, dah bapaknya pun berkongsi susu. Hahaha.

    Kalau ikutkan, memang tak bagus goncang. Putar2 je botol tu. Tapi air kena panas gile la, baru boleh larut. Pakai botol free BPA. Free polycarbonate.

    Gua rasa tabiat anak lu yang rakus tu warisan dari lu la. Kasi rekod la sket. Tapi menyusu botol la. Lu jangan salah upload plak. Kang kalah rating blog Parpu Arak. Hehe.

    Pehh.. gua memang sokong la lu tukar background kepada kaler pink.

    ReplyDelete
  12. wakakaka.. tiunaseng lu.. nanti gua rakam, walau ianya bakal meningkatkan lagi tekanan meminta background kaler pink terhadap blog gua.

    Gua ikut silibus Lactogen. 3 ceduk, 90ml air. Gua letak air panas sampai 40ml, then putar2.

    Pastu, tambah air biasa sampai 90ml, putar2 lagi. Masa susu bini gua sakit dulu, dalam 4 hari dia menyusu botol.

    Skang ni, dalam 3 botol jer. Dan gua akan cuba kurangkan lagi. Insyaallah.

    ReplyDelete
  13. HA ha ha abang hensem, spot on! ya jugak mana x cukupnya susu mamanya dah dia pun tumpang 1x. Sampai hati lu AT lu berebut 'kasih sayang' dgn anak lu?? Gurau ja... hehe

    adoiii laa... blog lu dah tak gedebe, garang macam dulu2 dah AT...sekarang gua rasa semacam, preoccupied, baca majalah parenting, 18PG.. naked truth...boleh la...jalan terus, bhai!

    Ikut la nasihat pakar & juga so-called 'pakar' yg bagi tips kat sini.. Pengalaman orang lain manjaga amanah membela anak tu jugak menjadikan depa 'pakar kaunseling' jugak la.. on their own merit. Ya, gua setuju kalau boleh breast feeding sampai anak 2 tahun.. pumping kalau boleh... susu formula cari layg terbaik kalau mampu..& yg terbaik apa yg kita mampu...Urutan lembut 1 tu betul dah, ada kesan psikologi, baik untuk baby, buat la. Lactogen ok gua ingat. Kalau angin perut tu biasa cari la minyak sapu yg sesuai.

    Oh no..JANGAN buat b'ground blog lu kaler pink, gua bantah! Gua akan mogok, sanggup gua tukar selera baca blog b****** si Prapukari tu.

    hohoho...baby ni umpama permata hati mampu mengerat kasih sayang antara ibu bapanya.. well, antara kita jugak.

    ReplyDelete
  14. alaahai bukan abg hensem la ...patutnya lelaki_ini...sorry typo... tapi mungkin betul telahan abg hensem tu..kot anak lu akan cenderung UM-no akan datang... dalam 20 tahun lepas PR menang mana tahu PR dah merapu macam BN of today..dia kan revolt macam lu langgar UMno-BN hari ni... Adat la tu... tak betul, kita pancung...well, what comes around goes around!

    ReplyDelete
  15. Hanz, lu share la cara omputeh plak.

    Bro. Lu try tanya kat farmasi, pelapik breast feeding. Plastik nipis bentuk bulat. Saiz duit 50 sen. Lekat kat puting susu sebagai protection ketika breast feeding. Tapi kalau kena gigi bapak budak, takde makna pelapik tu. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Gua beli dah pelapik tetek tu. jenis silikon. Sekali anak gua sedut, susu bercampur darah kuar. maybe lu org tak pernah tgk, tp itulah yang terjadi pada kami. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu