Oleh : AdukaTaruna Siri 1 klik sini. 5. Gua teruskan perjalanan dan lalu simpang masuk ke kampong gua. Setakat sekali imbas, macam biasa. Gua terus ke Petronas Jalan Kuala Pilah. Member gua Pendi dah tunggu kat sana. Masuk jer area stesen minyak tu, gua dah nampak kete Pendi. Terus park sebelah dia, tapi posisi kenderaan gua stanby mudahkan untuk blah. Gua tak turun dan suruh Pendi masuk dalam kete gua. “Caner bro kat area rumah gua.” “Gua tengok rumah lu cam biasa jer. Cuma masa gua keluar balik, ada kereta polis.” Gua diam. Kepala tak bergerak, tapi mata liar tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang. Tujuan gua nak statikkan kepala gua ialah tidak mahu kelihatan orang cemas dan keadaan mencurigakan. Hadus… tak dapatla jumpa mak gua nih sebelum serah diri. Mana adik gua ni? Kol masuk. Topeng. “Bro.. lu dah kat mana?” “Gua kat Seremban lagi?” “Weih.. lu nak balik rumah ke?” “Apsal?” “Tak payah balik la.. gile lu. Apa2 hal lu turun sini dulu. Kes lu b...