Skip to main content

Sori geng, gua tersidai 2 hari..

Oleh : AdukaTaruna

Lama tak update beb. Pertama gua skang agak jauh dari capaian internet. Kedua, selama 2 hari gua tersidai kat rumah akibat demam. Ni kifarah kes hape plak ni? Takan gua kutuk Halim Napi dalam hati pun Allah tahu gak kot? Haha..

Kawasan rumah bini gua memang black area denggi bhai... Pasal apa, gua tak tahu. Maybe sistem perlongkangan yang tidak efisyen kot. Yerla.. taman perumahan yang sudah lama. Lepas ni, kalau Kelantan dapat wang Ehsan atau Royalti atau kedua-duanya, gua nak tuntut naik taraf sistem perlongkangan kat area rumah bini gua. Area rumah bini gua jer, area rumah abanghensen tak payah. Kalau tak, gua langgar PAS17. Hehe.

Pagi buta 2 hari lepas, tetiba badan gua mengigil sejuk beb. Ah... sudah... ini petanda gua nak demam teruk nih. Gua punya badan memang camni. Kalau demam teruk, badan mesti menggigil sejuk, padahal berpeluh2. Time tu gak gua hantar sms kat bos gua yang gua nak g chek darah. Takut denggi. Hahaha. Apo gilo hantar sms kat bos pukul 4 pagi. Seriau gua dengan nyamuk sekor tuh. Gua takdo pengalaman lagi kena denggi nih.

Last2.. g Klinik Kesihatan kul 2 petang. Ikut pengalaman, sebelah petang adalah waktu paling baik bagi pesakit macam gua. Sebab tak ramai orang ma... senang siott. Klinik Kesihatan Kerajaan ni bhai... kalau tak bersyukur macam Melayu Felda gak, tak tahu la AdukaTaruna woi....

Chek dara....h

2636 nombor gua naik. Dugong, kalau lu tikam no ni, gua tikam lu. Tak abeh2 berjudi. Kalau bagi rasuah kat gua sket takper gak.

Gua pun story la sintom2 sakit gua. Gua mintak chek darah. Takut denggi. Dia tulis tulisan cakar ayam, then suruh masuk bilik 4.

Masuk bilik 4, gua kena ambil darah. Jarum besar tu bhai... cucuk gua ni. Live plak tu.

"Err.. misi. Sebelum cucuk kasi saya ubat tidur dulu tak leh ker?" Kata gua dalam hati.

Misi tu tak dengar la plak. Terus cucuk dan sedot darah gua. Jangan banyak2 la bhai.. rugi beb. Kena makan kerang 2 kilo nak ganti darah gua banyak tuh.

"Ok siap. Pergi bilik 7. Makmal."

Pergi bilik 7 la plak. Nasib baik tak jauh. Selesai bilik 7 masuk balik bilik doktor tadik. Ni yang best datang petang ni. Jenis manusia kelam-kabut semua nak buat pagi dah berambus pulang.

Masuk jer, Pegawai Perubatan tu tengah tengok ic gua. Maklumlah gambar kat situ lebih hensem dari gambar realiti yang tengah demam ni.

"Mu Khairul Nize? Ni buke alamat hok ye hino rajo tu ko?"

Ha.... nasib baik Pegawai Perubatan tu tak sound gua camtu. Kalau dia sebut, mau gua sumbat darah gua kat tangan gua ni dalam mulut dia. Biar sama-sama kena denggi. Hahaha.

"Hmmm... alhamdulillah... setakat ni takda denggi la. Hanya jangkitan kuman. Tapi kalau tak baik juga lepas 5 hari, datang lagi. Kita chek darah lagi, yer."

Fuhh... alhamdulillah... lega gua no....

Comments

  1. Aduka minum jer 100plus dan makan sup ketam untuk naikkan platlet darah. Dulu Along dah kena macam ni ketika kami di Ipoh. Itulah ubatnya. dua hari dah ok.

    ReplyDelete
  2. petua opah aku makan sup ayam kampung seekor jantan seekor betina mesti cepat baik punya inshallah..

    ReplyDelete
  3. -btul kate mountdweller tue, lu tonggang air 100 plus byk2 smpau sebu perut lu..tu jer pnwar yg wa rase pling mujarab..kalu doktor tahan lu kat spital, takyah msuk la, denggi nie mane ade ubat bai..hari2 lu kna amik drah n masuk air,tu je la rutin lu dlm spital nti..

    -so lu elok tonggang 100 plus smpai overdose..

    ReplyDelete
  4. "Takan gua kutuk Halim Napi dalam hati pun Allah tahu gak kot?"

    xde ape yg Allah xtaw.2 biji pasir
    berlaga dlm laut,gelap tnpa chaya .Allah taw.kau
    blum niat pon Allah dah taw niat 2.

    btul ke nama khairul nizam?mlayu btul nama ko..

    ReplyDelete
  5. Haha... tq geng.

    rakuban... masa gua lahir, gua cadang kat mak gua suh letak nama John Travolta, tapi beliau buat tak port kat gua la.

    Tu yang beliau letak nama Khairul tu. huhu..

    ReplyDelete
  6. nama lu memang sibik giler la tak seswai ngan lu .... sepatutnya lu tanya dokter tu..... oiiii dokter... lu kenal tak wa ni sapa.... kalau dokter tu buat muka blur lu bagi "nnipah" sebijik kat kepala dia.... then lu jawab.... oiiii ni wa la.... aduka taruna ( masa lu sebut nama samaran lu tu... lu buat action cam ala² bongkak gitewwww).... then lu ketawa "agah"..... HAHAHAHAHAHA....

    ReplyDelete
  7. mmndgkn hajat kau xsmpai,tuka aduka travolta.lu pon xbrape nk teruna pon.hahaha..tp siyes name lu mmg melayu abis r.ngeh2.janji maksud cun sudey.tp penat2 ko masuk lokap doktor 2xknal.ape la nasib

    ReplyDelete
  8. lu togok minuman isotonik,exercise byk2 kasi kua peluh n kurangkan buncit..pastu mentaliti kena positif la bro..lu pike nk demam je mmg la demam..cube pike maen bola lwn MU pastu lu skor ke, sure kebah(dengn izin Allah)..hehe

    aritu lu kutuk nama wa, duke...tu yg lu kene 1Malaysia kenal nama lu tu..hahaha..

    -che-

    ReplyDelete
  9. Takan gua kutuk Halim Napi dalam hati pun Allah tahu gak kot? Haha..

    Sape ek kau ni... geram jgk aku tengok... rasa macam tangan ni kebas2 je.

    ReplyDelete
  10. Takan gua kutuk Halim Napi dalam hati pun Allah tahu gak kot? Haha..

    "Allah Maha Mengetahui... kenapa perlu cakap macam tu?kenapa ada KOT??? mengucap...demam tu kifarah dosa...sekurang2nya Allah sayangkan tuan hamba dan mahu tuan hamba bertaubat padaNya"

    ReplyDelete
  11. tuan hamba kan adukateruna....nama yg penuh dengan ciri-ciri pahlawan melayu...tapi sayang...terlalu bersifat kepahlawanan.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Gambar Mahathir mula diturunkan.

Gambar Mahathir sebagai PM diturunkan bermula hari ini. Admin berharap gambar Muhyiddin sempat dinaikkan. Bukan apa. Penat nak layan drama politik. Ekonomi ke laut. Hutang bertambah. Aset terjual. Penyakit merebak. Perkauman membarah. https://t.co/oYE33fWwpW

Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n