Skip to main content

Pakcik buat kelakuan lucah di program Maulud Nabi.

Oleh : AdukaTaruna

Iklan jap : Mano uma ni? Email gua dia tak balas. Gua nak mintak no tepon lu la. Tepon gua kena rampas la.. susah gua nak gosip dengan lu nih.

"Salam Aduka... weih... malam kang free tak?"

"Tak tau lagi. Nape?"

"Follow gua g program Maulud Nabi kerajaan Kelantan."

"Kol bape?"

"Lepas magrib. Kol 6.30 petang datang umah gua."

Celako.. celako.. celako. Gua datang rumah Topeng Perak kol 6.30 petang, dia tengah membuto. Sompek gua rembat laptop dia kat luar untuk buat posting gua. Hahaha.

Maka bermulalah detik pengembaraan 2 ekor kutu, gua n Topeng bersama sekor lagi jurugambar (Iqbal) yang kelihatan alim (sebab dia pakai kopiah ala Haron Din). Alaa... yang kat tepi ada lambang macam tranformers tuh la...

Sampai kat lokasi, fasa kitorang mencari masjid tempat program tuh. Tiba kat satu masjid, tapi takda tanda2 yang ada program. Topeng nak turun tanya Tok Siak, tapi gua larang.

"Suruh Iqbal la bro. Lu tak payah turun."

"Apsal?"

"Gua sedih tengok lu terbakar hidup2.. masjid tu bro.."

"Tionaseng.."

Pendek cerita kitorang pun sampai masjid. Masjid apa ntah namanya. Haha. Ngam2.. gua parking kete, bilal pun kamat. Dengki siot bilal kat sini. Tunggu la gua ambik wuduk kejap.

Pendekkan lagi cerita, lepas solat, Topeng dan jurugambar buat kerja diorang. Gua plak dok jadi cam jemaah Rusila. Dok saf no 2 depan dengar kuliah agama. Ni kalau zargus nampak ni... mampos gua kena kutuk nih. Melayu mana boleh tengok kaum dia alim sket..

Pengacara majlis pun pok pek pok pek dalam bahasa Kelantan. Ah... sudah.... ni yang buat mata gua kuyu jap lagi nih. Jangan Topeng tangkap gambar gua tidur cam Paklah sudah. Sebab hari tu gua paste gambar hadi tidur. Hukum karma bhai.... kena balas balik. Mamat jahat tu bukan boleh caye tuh..

"Tanpa berlengah lagi.. kita persilakan Tuan Guru Al Sheikh Al Makki Albanjari (lebih kurang camtu la gelarannya)."

Gua dengar perkataan maki n perkataan Albanjari jer, terus tak jadi ngantuk bhai.... Albanjari blogger tu ke? Maki hamun ke?

Sekali naik sekor Tuan Guru tua. Umur dalam 60 camtu la.. Oooooo... ingat blogger Albanjari tadik. Senyum jer Tuan Guru tu. Biasa la... orang agama maa... jernih dan tenang. Tuan Guru pun pegang mic dan stanby nak cakap.

"Assalamualaikum wrkt.."

Pergh... suara macam kartun Nobita siott. Haha. Tak padan dengan umur bhai. Gua sms Topeng... tapi Topeng tak perasan. Kira komited dengan kerja la tuh. Khakkk ptuih....

Gua mula dok berteori. Ni kalau Tuan Guru ni nyanyi mesti sedap bhai... sebab, yang gua perasan, kalau seseorang yang suara tak sedap ketika bercakap, sedap ketika menyanyi.

1. Ziana Zain. Kalau bercakap macam gampang suara dia bhai... tapi bila menyanyi... tu dia... lagu peberet Reformis Jalanan time karaoke.

2. Saleem Iklim tuh. Suruh dia cakap, tengok..... cam suara Omas Bibir beb. Sengau tak tentu hala. Tapi bila nyanyi? Tu diaa...

3. Ramli Sarip

4. Ito Blues Gang

"Lu ni Aduka... bawak2 bertaubat. Kuliah agama ni bhai..."

Ciss... rupa2nya Topeng kat sebelah gua. Dia dah baca sms gua. Berlagak mamat nih. Tuan Guru Al Makki Albanjari semakin bersemangat memberi kuliah. Gua semakin mengantuk. Kecek Indon maaa Tok Guru tu. Huhu... terkial-kial gua nak faham.

Sekor Pakcik buat kelakuan lucah.

Gua lepak luar bhai... Kat anjung. Ada pengadang yang dibuat dari batang2 kayu yang tersusun. Gua sandar situ. Baik.. punya port. Seminit dua memang gua dah sampai rumah Nora Danish punya. Pastu sekor pakcik join gua. Dengki nak ikot la tuh.

Layan punya layan, baru feel nak sampai, tetiba pakcik tu bangun. Pastu terus selak kain dia paras peha. Eh.... orang tua nih. Buat gangguan seksual plak kat gua. Ni kalau gua terajang, mau masuk wad kecemasan pakcik ni kang. Sambil gua masuk lokap untuk kali kedua.

Rupa2nya pacat. Pacat siottt!!!!! Gua memula ingat nak jerit. Tapi teringat plak yang gua bukan Kak Memot. Pakcik tu cabut pacat. Berjaya! Pacat tu jengket2 plak kat tangan. Pakcik tu turun ke bawah. Pergi ke dinding bawah kepada pengadang yang gua sandar. lepaskan pacat tu kat situ!

Niamasohai punya orang tua. Nak buat khidmat sosial masyarakat pacat pun, agak2la. Jangan la sampai mendatangkan mudarat kepada insan lain. Buatnya pacat tu panjat dan balas dendam kat gua kang caner? Huih... pelik gua. Potong sungguh!

Buangla tempat lain. Warghhhhhh!!!!!

(bersambung....)

Comments

  1. pak cik tu sengaja letak pacat kt situ nk suh lu msk dlm.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Siot lu AT. Bila masa gua karaoke lagu Ziana Zain?

    ReplyDelete
  3. oiii aduka....
    lu tak reti lagi ke kacap kelante..... mana boley ni.... sepatut lu dah fasih kacap kelante ni..... lu kena cepat belajar bro.... jangan jadi lembap bro..... ni mesti jaman kecik² dulu mak lu tidorkan lu melintang ni bukan meniarap.... sebab tu la lu nio slow..... biasa la gen lu camtu.... hahahaha.....

    sekarang baru lu tau... kelantan ni negeri tempat orang meraih simpati.... dulu semasa DSAI nak kena pecat pun datang kelante raih simpati la konon..... pastu madey..... then lu plak.... tapi lu ni lain skit...... lu datang kelante trus jer lekat kat sini.... hahahahahaha.......

    ReplyDelete
  4. -abghensem, lu jgn trkejut skit ari lg, AT wat n3 sepenuhnye dalam base kelate..skang nie die stiap mlm ikut tusyen base kelate ngan TP,hehehe..

    -wa x leh byangkan base minang + base kelate, pergh, jd base baru agaknye..

    ReplyDelete
  5. kaizen bahasa..ekau ghoyak ape?
    orang putih cakap hybrid

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.