Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 25, 2010

Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO - Lee Kuan Yew

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata:
"Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO"
Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap "red handed". Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PERIBADI

Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduang pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?

Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.

PENUTUP

Kepada sesiapa yang masih meragui tindakan dan usaha bloggers serta mereka yang digelar sebagai “Erdogan”, saya minta supaya berfikirlah semula.

“Ulamak” yang kamu sokong rupanya membawa kamu menjadi hamba pada PAP dan Singapura.

Tulang Besi

14 comments:

Perompak Cinta said...

Kalau benar apa yang dinyatakan, tidak patut UMNO sahaja yang dipersalahkan dalam hal ini kerana Singapura sendiri yang licik mengambil peluang.
Kita pun tahu apa motif singapura sejak sekian lama. Tetapi, kalau benar PAS sukar dijual beli, patutnya bergerak bersama UMNO untuk mempertahankan negara, tetapi sebaliknya yang berlaku.

halimkembara said...

apa-apa pun bro kita ni memang dah lama kena jual tampa disedari...

rakuban said...

dei kawan,ini politik la...
cr paling mudah gne sentimen.
klo gne sentimen mlayu,
matlamat menghalalkn cara.
cth mnipu xpe demi mlayu.
klo gne islam,mnipu ttp xboleh,
wlau dlm ape kes skali.
negara lain smua pn ad pmbngkang.
klo PAS jd krajaan,n ad yg
teraniaya,prlunye pmbnkang
yg bela rkyat...

afzan shahril said...
This comment has been removed by the author.
afzan shahril said...

kalau macam tu.. orang malaysia pun boleh kata.. saya boleh beli ahli parlimen singapura dengan harga USD500juta.. hehehehe

zargus2702 said...

-umno mcm anjing yg gilekan tulang..sape2 yg bagi tulang terbaik, meleleh air liur duk brgesek kat kaki tuan die..time tue ilang ketuanan melayu, ilang deb, ilang sgala2nye bile dpt tulang..hehehe..

-geng2 perpaduang nk sgt brgomol ngan bngsa umno cmni?..hah!, pegi la sorang2 jgn diheretkan skali ngan PAS..fakap!!

rakuban said...

stendet mn2 negara demokrasi,
yg bkuase bukn ahli politik,
yg bkuase kapitalis.
klo xpenah tukar parti,menjadi2 la
mangkuk2 jamban ahli politik ni dgn kapitalis.

tp paling jijik bile lee kuan yew ad hati nk cakap psl demokrasi.
klo nk ckp psl bebas rasuah or negara effisyen boleh la.

klo dgn USD 500juta boley beli ahli parlimen singapura..diorg pon mampu berhibur cara msia.cth nye persembahan jet tanpe enjin.kapal selam xboleh selam dsb...
or drama hindi,polis letup orang asing.tngkap penculik xdapat,tp jubur 1org dberi pnuh perhatian..
susidi gula xmampu,tp buat team formula 1.
lg pon kbnkn ahli parlimen diorg bukn bngse melayu.genetik maaa

BukanCalon said...

http://www.youtube.com/user/Fr33DoMFighT3Rz#p/u

http://www.wakeupproject.com


layan tgk bro bila lu ada masa... wa nak lu ulas satu hari nanti...

wa nak tau kepala hotak lu nak pikir mcm mana...wakaka

tq!

Gedung Akal said...

Bangsa yang bangsat akan sesat dan melarat. Tak percaya tunggulah...Lee Kuan Yew tahu tahsianya...silalah baca saya punya akai http://gedungakal.blogspot.com/2010/02/bangsa-yang-bangsat-dan-sesat.html

Nabieel S.R. said...

Wah..ni kes sudah berat...

Singapura boleh mengetahui rahsia dalaman kerajaan Malaysia.





______________________________

Informasi Perniagaan - http://nabieel.com/blog

malayjuniors said...

Hehehe..

Propaganda yg tak sudah2...Retorik utk diri sendiri jer ke..

Farhan said...

dia x sedar diri tu..dahla singapore malaysia bg free je..apa ko ingt ko leh beli bangsa melayu lak?pg jahanam la ko lee kuan yew..ko mmg bangsa laknat..

BAE said...

apa buktinya lee kuan yew berkata demikian. yang ada cuma seorang professor pernah berkata yang lee kuan yew pernah berkata. nenek aku pun boleh bagi bukti macam tuh. dok jadi tunggangan DAP tak takut pulak. mana tulang belakang PAS? tulang besi ka tulang babi?

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體