Skip to main content

Biar Hadi lembab 2 jam, asalkan panglima perang adalah ulama.

Biar lembab, asalkan panglima perang adalah ulama. Biar kalah, asalkan ketua perang adalah ulama. Ni bidaah sesat mana yang ahli kitab bawa ni?



Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Jangan salahkan ahli PAS biadap la. Salahkan diri sendiri mengapa pada kemuncak 2009, ahli PAS sudah hilang sabar? Kalau gua sorang2 yang kritik kira ok lagi la. Kini sudah semakin ramai. Sudah sampai ditentang oleh ahli sendiri. Sudah ditentang oleh cendekiawan (Prof). 

Dihujung karier Paklah, seluruh bidang kelilmuan dari prof universiti, ahli sendiri, peguam menentang Paklah. Masih sindrom nafi? Jangan salahkan orang dan akar umni la bhai..

 

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Kalau ikut peratus, kelewatan Hadi boleh dimaafkan. Gua takda hal punya. Kalau dari 1000 program, hanya sekali terlewat itu biasa. Manusia ma... lain kali sebut insyaallah la kan..

Dan kesediaan Hadi untuk memberi tarikh lain juga gua puji. Yang bagus, tetap bagus. Yang salah tetap salah. Cuma gua nak bertanya, adakah Hadi sudah memohon maaf pada peringkat ini di atas kegagalan dia untuk menepati janji? Siyes gua cakap, gua kurang suka Mat Rempit ego; tapi gua PALING tidak suka ulama ego dan perasan dewa-dewi kayangan.

Gua ulang balik point gua untuk perenggan ini.

1. Sudahkah Hadi memohon maaf kepada penganjur dan kepada hadirin pada peringkat ini?

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.
Ni gua dah start nak maki-hamun dah ni. Tapi teringat plak janji kaizen. Sekali silap dah la. Kalau 2 kali berturut-turut bukan nama silap, tapi namanya bodoh. Kalau takut berhadapan dengan ahli PAS Shah Alam cakap terus-terang. Gua susah sikit nak dikencing macam jemaah Rusila bhai...

Cakap ajer la lu sengaja delaykan masa supaya ahli PAS Shah Alam separuh sudah pulang. Cakap sahajalah lu sengaja delaykan masa supaya semangat ahli PAS Shah Alam down.
So, gua ulang balik persoalan gua pada peringkat ini.

1. Sudahkah Hadi memohon maaf kepada penganjur dan kepada hadirin pada peringkat ini?

2. Kenapa tiada penjelasan rasmi terhadap kekeliruan ini? Sampai Misbah pulak kena kol tanya. Takan tak tahu benda ni kalau tidak dijelaskan boleh damagekan party kot? Siapa lembab? Hadi atau Shamsuri? Mahdhuri Dexit lu!

 
Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

"Caner ni Ayah Chik? Ahli PAS Shah Alam plak sanggup tunggu. Aduss... mati kita."

"Takper.. ada kaedah fiqh yang boleh bohong sunat. Kita delaykan sekali lagi."

"Caner?"

"Kita cakap kita tunggu kat Sungai Besi."

"Pastu?"

"Pastu kita cakap dia silap dengar. Kita suruh tunggu kat Jambatan Besi Batu Kikir. Bukan Sungai Besi."

"Hahaha.. geliga siott."

Comments

  1. - wa nk tanye la, hadi prnah cepat ke sblm nie?..hahahaha..program di s.alam nie sbb utk pnjelasan kes jkd,prancangan awal nk dibuat di rusila tp bole ditukar last minit ke s.alam..hahaha..

    -statement nk cover kelembapan hadi nie byk rongak die..prtama skali stelah lame bloger n rakyat bsing, nape bru skang nie nk jelaskan, sdangkan mase tu rakyat prlukan pnjelasan yg trkini dr tuan presideng sndri..tp xpe la, biar lewat dr xde ye tak?..same la jgak ngan ayat biar klah asalkan ulama menang..

    -pastu disbabkn mslah komunikasi antara keta presideng ngan keta unit amal, korang leh prcaya ke?..sorang tggu kat tol subang, sorang lg tol lain, pergh mcm tak logik bro..kan ade hs, awat xcall jer utk tau kdudukan msing2?..budussnyer pemimpin ini...pas tu dah tau lwat, dr klia xleh trus ke s.alam ke?..jgn nk tipu la mangkok!!..yg mnjemput tuang presideng dr airport semestinye seorang pemandu yg tau selok belok jlnraya kt lembah klang, kalu x, xkang die brani nk bwk tuang presideng jalang2 smpai sesat?..ke dlm pemilihan pemandu pun, bkn sebarangan org bole yg pntng ulama jgak?..adussss..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak dengar rakaman audio program tu sila klik di sini

    ReplyDelete
  3. "Kita cakap kita tunggu kat Sungai Besi."

    "Pastu?"

    "Pastu kita cakap dia silap dengar. Kita suruh tunggu kat Jambatan Besi Batu Kikir. Bukan Sungai Besi."

    "Hahaha.. geliga siott." <<----- wakakakakaka...cam haremmm...!!!

    ReplyDelete
  4. ni cerita lawak ke pelawok??

    jangan laa... presiden ulama mana bulih minta maaf.. ulama mana ada silap, itu hikmah tu...

    lagi pun presiden tu pemaaf, dia dah maaf pun PJS dan TPP, ahli s.alam paham, tolak khalid sorang depa lain wala' sema..

    jangan cakap la bodo.. nanti orang cakap orang pas ni bodo-bodo sema sbb pilih pemimpin bodo..

    sshhh.. rilek la tuan aduka, sabar!

    ReplyDelete
  5. bisala bro orang kitakan lembab-lembab belaka...nak jadi panglima macam mana kalau lembab dan lambat

    ReplyDelete
  6. dari sebesar-besar,sampai ke kecil2 perkara semua nak di ulasnya... ulas tu ulas juga,tp jangan lupa jika apa yg diulas tu tak tepat,siapla korang,jangan ingat menulis ni free2 je,ada pihak lain lagi yg tulis korang punya tulisan,siap ada upah lagi... semoga bahagia dunia akhirat.

    ReplyDelete
  7. terpaksa komen lah:

    wa berada ditempat kejadian:

    1. TG Presiden dah minta maaf masa beliau berucap dalam majlis tu, so jgn la fitnah menjaja ye..

    2. Penganjur dah ckp ada salah faham tentang jadual penerbangan TG Presiden dalam majlis tu jugak, so kena tanya penganjur la kenapa blh jd mcm tu

    3. Program bertukar tarikh, sepatutnya nk bt hari isnin, tiba2 tukar hari jumaat. ini pon nk kena tanya penganjur. so jgn la tabur fitnah jika kita xtahu hal sebenar.

    kesimpulan gua, x perlu maki hamun, lu kena tanya penganjur atas kesalah fahaman yg berlaku, terlalu byk salah faham sana sini. patutnya, tuan rumah yg kena alert hal2 begini. x perlu la penganjur penunding kepada presiden atas kelemahan anda menganjur program ini.

    sebelum ini, program2 anjuran lain, seperti yg wa pernah terlibat sbg contoh PAS wilayah persekutuan, x pernah jadi mcm ni, sape yg ckp "wa nk tanye la, hadi prnah cepat ke sblm nie?.." tu penuh prejudis.

    x perlu TG Presiden minta maaf secara terbuka, sbb beliau telah pon memohon maaf dalam majlis tersebut, kerana program ini adalah dialog tertutup, bukannya terbuka.

    terima kasih

    ReplyDelete
  8. terima kasih cik usen, besa la cik usen, kita ni kalu dh prangai 'hati busuk' (yg siap bernanah), kek coklat pun boleh dianggapnye tahi, & tahi bole dianggap kek coklat...

    ReplyDelete
  9. wa rasa lu silap anggap TGHH tu panglima perang. dia presiden beb. panglima perang mesti la ketua pemuda. saidna umar pun x turun perang. hantar khalid alwalid je. lu kritik2 maki camtu wa takut lu ni jd dolah ubai je.

    FFF... leh kenal lu ni sape? wa check lu nye profile xdapat...

    ReplyDelete
  10. salam

    kawe ikut jgk tulisan2 aduka taruna.. lbh2 lg ms bab kurang ajar ke sultan tu .. ni kawe jenguk saje2 .. nmpak mcm tak insap lagi aduka nih.. tulis2 jgk, jgn sampai tahap biadap dan kurang ajar.. ramai org baca ni brader, sedap2 je kutuk jemaah rusila la, apa la .. ni komen kawe yg pertama .. kawe hrp demo jgn syok sndiri, igt tulisan demo tu org suka sgt ..

    ReplyDelete
  11. sedap ye geng2 aduka ni kutuk Hj Hadi ye .. diorg igt diorg tulis tu saje2.. bila nk mintak maaf dgn Hj Hadi? ada berani ke nk bersemuka ngn Hj Hadi? ke igt tiap patah tulisan tu habis disini saje ke? takde malaikat catat ke? berapa org baca? siap la korang kalu tak mintak maaf ngn Hj Hadi ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...