Skip to main content

Isunya Bukan Berjumpa Dengan Blogger……


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Mustafa Ali kerana aduan saya akan disiasat. Malaysiakini melaporkan:


“Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.”.


Izinkan saya membetulkan, barangkali, silap faham Dato Mustafa terhadap aduan saya ini: 

1.0 Dato Mustafa dilaporkan berkata:
““PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.”

Isunya sekarang bukan berjumpa dengan penulis blog. Isunya adalahmendedahkan rahsia parti.

Berjumpa dengan penulis blog tidak pernah menjadi kesalahan. Sesiapa pun pemimpin PAS boleh berjumpa dengan penulis blog. Kalau ianya satu kesalahan, temuramah Hj Mustafa Ali dgn Malaysiakini ini juga satu kesalahan.

Suka saya ingatkan bahawa sewaktu perkara perjumpaan Hasan Ali dengan blogger dibincangkan, yakni sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, rakaman ini masih belum didedahkan.

Izinkan saya menunjukkan kronologi-

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat : 27 Oktober 2010
Sidang Akhbar berkenaan Isu Baiaah Taklik : 12 November
Permulaan Pendedahan Rakaman : 14 Novermber 2010

Ini bererti tidak mungkin isu pendedahan rahsia parti dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji Mustafa Ali tersebut. Isu yang saya bawa bukan isu berjumpa blogger. Isu yang saya bawa ialah mendedahkan rahsia parti

BERKAITAN DATO’ HARUN DIN

Dato Mustafa Ali dilaporkan berkata:

“Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.”.

Adakah ini bermakna selepas sesiapa sahaja ahli PAS boleh menentang keputusan parti secara terbuka dan hanya perlu meminta maaf sahaja secara pribadi selepas itu?
Bukankah apabila sudah ada aduan maka proses aduan tersebut wajib diikuti sebelum seseorang itu diminta untuk meminta maaf?

Dengan tidak mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini, ia hanya akan menyebabkan disiplin parti menjadi lebih teruk. Bukan Dato Harun Din yang kita pertikaikan, tapi tindakan beliau itu mampu merosakkan parti.

Contoh yang beliau tunjuk bakal diikuti oleh sesiapa sahaja ahli parti dan akhirnya akan membuat PAS kucar kacir.

Saya bukan apa, saya sering dituduh sebagai tidak mengikut akhlak jemaah dan tidak mengikut disiplin jemaah (walaupun tiada bukti satu habuk pun). Tapi, apabila Dato Harun Din melanggar disiplin jemaah sebegini, PAS boleh toleransi dan tidak mengambil tindakan.

Jadi, apa ertinya selama ini bercakap pasal akhlak jemaah, disiplin jemaah dan sebagainya. Adakah itu semua satu penipuan?

Bila orang kecil dalam parti, yang disuruh adalah wala’, thisqah, akhlak jemaah. Tapi, orang besar dalam PAS diizinkan pula melanggar akhlak jemaah.
Ustaz Harun Din melanggar KEPUTUSAN JEMAAH bukan KEPUTUSAN PRESIDEN. Dia WAJIB memohon maaf kepada PARTI bukan kepada PRESIDEN semata-mata.

Aneh sungguh dalam PAS ni. Orang besar boleh melanggar disiplin parti sewenang-wenangnya. Orang kecil dipaksa untuk wala’, thiqah dan sebagainya.
Inikah dia keadilan Islam?

Tulang Besi

Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'.

Jimadie Shah Othman
Feb 18, 10
5:48pm

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”.

Comments

  1. Man... ko kat ner skrg? Indon lagi ker? Projek rancak lagi ke kat sana? Balik msia jgn lupa beli kopi kat bwh opis ko tuh

    salam

    ReplyDelete
  2. -bgus btul kalu artikel nie bole msuk kt dlm tranungkite..semoga lbih rmai pewalak bwhan dlm pas dapat bukak mata..tp harapan je la..slagi mane songkok busuk jd ketua kt ctu, pil wala akan trus diedarkan..

    -tang mane plak stopa ali nk pusing kali nie bile die bace artikel nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...