Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Cerita gua 2

Oleh : AdukaTaruna Siri 1 klik sini. 5. Gua teruskan perjalanan dan lalu simpang masuk ke kampong gua. Setakat sekali imbas, macam biasa. Gua terus ke Petronas Jalan Kuala Pilah. Member gua Pendi dah tunggu kat sana. Masuk jer area stesen minyak tu, gua dah nampak kete Pendi. Terus park sebelah dia, tapi posisi kenderaan gua stanby mudahkan untuk blah. Gua tak turun dan suruh Pendi masuk dalam kete gua. “Caner bro kat area rumah gua.” “Gua tengok rumah lu cam biasa jer. Cuma masa gua keluar balik, ada kereta polis.” Gua diam. Kepala tak bergerak, tapi mata liar tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang. Tujuan gua nak statikkan kepala gua ialah tidak mahu kelihatan orang cemas dan keadaan mencurigakan. Hadus… tak dapatla jumpa mak gua nih sebelum serah diri. Mana adik gua ni? Kol masuk. Topeng. “Bro.. lu dah kat mana?” “Gua kat Seremban lagi?” “Weih.. lu nak balik rumah ke?” “Apsal?” “Tak payah balik la.. gile lu. Apa2 hal lu turun sini dulu. Kes lu b

Hepi besday kat mangkuk sekor nih..

Oleh : AdukaTaruna Dengan segala kepakaran yang gua tuntut bersama PDRM ketika gua kursus 3-4 hari di Unit Jenayah Komersial Bukit Aman lepas, gua berjaya dapatkan member gua yang sekor nih. Namanya rahsia.. gambar aksi macam mangkuk boleh merosakkan reputasi kualiti hujahnya di blog gua. Gua ucapkan Selamat Tarikh Lahir kat beliau. Semoga panjang umo, murah rezeki. Dengan ucapan, bawak2la berhenti perangai budak2 ni. Cikgu Evelyn pon posan, len kali ekau pakai yo kaler pink plak. Kepada sesiapa yang tertawan dengan member den sekor ni, email jer gua. Gua sewa secara runcit dan borong. wakakakaka. Ni dia gambar pembaca blog gua yang mempunyai kualiti hujah yang baik. Woi... aksi apo kau buek ni setannnn?

Polis jemput Tok Batin Pahang buat laporan polis terhadap TGNA.

Sumber : Lubok Kawah Berita terbaru: Pihak Polis telah mengambil Batin Deris dari Paya Mengkuang dan membawanya ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan terhadap Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pihak Media sudah berkumpul di Balai Polis Temerloh untuk membuat liputan media. Biro Hal Ehwal Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang mempersoalkan motif pihak Polis didalam agenda ini. Kenapa polis begitu berminat sehingga pergi mengambil Batin Deris dari kampong Paya Mengkuang dan kenapa pihak polis menguruskan kehadiran pihak Media di Balai Polis Temerloh untuk membuat liputan ini. Selaku Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang saya kesal dengan tindakan polis yang tidak bermoral dan beretika ini. Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang 26.2.10

Ostad Azizan kata yang buat hal dalam PAS semua yang baru.

Oleh : AdukaTaruna Masa gua dalam proses terlentang sebab demam, banyak masa gua habeskan dengan membaca (BM la beb. Hehe). Sampai gua tak tahu kenyataan Ostad Azizan dalam akhbar yang mana. Ostad cakap, perlembagaan tak payah ubah. Cadangan Tuan Ibrahim buang masa. Tak payah layan. Benda tu dah lama macam tu dan masih relevan. Yang buat hal semua ahli PAS yang baru. Lebih kurang camtu la. Gua tak setuju sungguh la bab tak perlu ubah perlembagaan atas sebab hujah yang dia berikan. Macam gampang gua rasa time tu. Maybe sebab gua demam kot. Benda yang kita nak perbaiki atau pertahankan bukan atas dasar benda tu sejak azali dah macam tu atau benda tu ada sentimental value atau benda tu adalah sejarah. Ini melibatkan sistem. Takan sejak dulu zaman Ostad pakai bulu ayam nak kekal pakai bulu ayam sedangkan dah tercipta atau sudah ditemui benda lebih kaizen dari itu, yakni pen. Lagi satu, memang betul antara Tuan Ibrahim dengan brother yang kritik keputusan Tuan Ibrahim tu, Tuan Ibra

Kenyataan rasmi Tun AdukaTaruna dari White House

Oleh : AdukaTaruna Pergh... bunyi tajuk dah gempak. Mesti muntah lu orang pun melambak2. Gua pun bebuat tak nampak la. Haha. Salam 1 Malaya serta salam Kamunting. Weih.. korang.. skang ni gua baru nak biasakan hidup dengan jadual dan persekitaran hidup baru. So, secara fokus kepada topiknya, gua masih belum dapat ' sesuatu yang gua tak tahu nak bagi istilah ' untuk berfikir dan menulis. Kira timming hidup la nih. Macam dulu, gua dah biasa. Dalam jamban ada idea, tengoh korek hidung ada idea, baca berita ada idea. Macam2 lah... sebab gua dah biasa. Skang ni, masih tengah sesuaikan diri, gua hilang idea ma. Hua hua hua.... kena plak internet takdo, lagi la gua rasa satu kehilangan yang besar. Isi 1. Ntah kifarah mana ntah, gua deman beb. Terus terlentang kat rumah. Antara hikmahnya, dalam fasa keterlentangan itu, gua dapat satu idea. Dan gua kena bagitau lu orang supaya lu orang tak terkejut plak nantih. 1.1 Kita perlukan sistem, bukannya individu. Nik Aziz atau H

Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO - Lee Kuan Yew

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata: "Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO" Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya. Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura. Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab? Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli

Najib beri amaran kepada Washington.

Oleh : Agensi Berita Fakap (sebuah agensi berita tipu dan dusta) Gambar Najib ketika memberi amaran kepada Amerika Syarikat. Bukti beliau bukan agen CIA seperti Anwar. Awww.. BEIJING: Tentera China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya "berhati-hati dalam percakapan dan tindakan" untuk mengelak daripada memulakan ketegangan di antara dua kuasa besar itu dan menafikan ia terbabit dalam perbuatan menggodam internet.

Sori geng, gua tersidai 2 hari..

Oleh : AdukaTaruna Lama tak update beb. Pertama gua skang agak jauh dari capaian internet. Kedua, selama 2 hari gua tersidai kat rumah akibat demam. Ni kifarah kes hape plak ni? Takan gua kutuk Halim Napi dalam hati pun Allah tahu gak kot? Haha.. Kawasan rumah bini gua memang black area denggi bhai... Pasal apa, gua tak tahu. Maybe sistem perlongkangan yang tidak efisyen kot. Yerla.. taman perumahan yang sudah lama. Lepas ni, kalau Kelantan dapat wang Ehsan atau Royalti atau kedua-duanya, gua nak tuntut naik taraf sistem perlongkangan kat area rumah bini gua. Area rumah bini gua jer, area rumah abanghensen tak payah. Kalau tak, gua langgar PAS17. Hehe. Pagi buta 2 hari lepas, tetiba badan gua mengigil sejuk beb. Ah... sudah... ini petanda gua nak demam teruk nih. Gua punya badan memang camni. Kalau demam teruk, badan mesti menggigil sejuk, padahal berpeluh2. Time tu gak gua hantar sms kat bos gua yang gua nak g chek darah. Takut denggi. Hahaha. Apo gilo hantar sms kat bos pukul

Sehari bersama Tulang Besi - Part 1

Oleh : Ali Bagan Utama. Salam Jalan Raja Laut. Den sekali lagi dirasuah dengan Nasi Arab. Maso kek Istana Keadilan Putrajaya, blogger yang nak belanjo den Nasi Arab tu tak sanggup nak belanjo den sobab dugong-dugong yang kaler kuning pun menyomak samo [link] . Kali ni blogger tu bermati-matian akan belanjo den Nasi Arab Kambing Kebab jiko den berjaya membawa Tulang Besi ke muko pengadilan opps, ke muko pintu utama Bangunan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Den yang selamo ini menyokong perjuangan murni Tulang Bosi pun setuju lah dengan rasuah blogger tersebut. Nasi Arab Kambing Kebab tu beb. Den dah lamo kebulur dengan menu Arab nih. Hari ini adalah hari Jumaat 12 Febuari 2010. Rayo cino nak menjelang tibo. Patut den bercuti kek kampung halaman ni bai. Huhuhu. Pukul 2.00 pagi "Hello mangkuk, hang ado kek mano nih?" Den kol Pakaq . "Mangkuk pyrex, aku ada kat KL ni, awat?" "TB sampai pagi karang pukul berapo?" "Sapa kena penyakit batuk k

Gua sokong Hadi bab MP Ostolia.

Oleh : AdukaTaruna Tak tahu sama ada media perdana putar belit atau tidak. Tapi base on laporan media utama, gua sokong kenyataan Hadi yang membidas MP Ostolia, walau kroni gua ebelin adalah produk Ostolia. Haha. MP Ostolia berhak keluarkan pendapat dia. Normal dan tiada salah. UMNO berdemo pun sila lah, asalkan buat dengan betul. Tajuk lain pelik sejak bila UMNO pandai berdemo jalanan nih. Hahaha. Munafik memang camtu. Hanya Melayu bukan kampung dan Felda jer tahu. Ngeee... Kenyataan Hadi yang meminta MP Ostolia supaya tidak campur tangan dalam urusan negara kita gua sokong, walaupun Hadi selalu menyibuk urusan Palestine dengan calim diri pejuang Palestine. Ni cakap siyes ni bhai.. bukan sindir2. UMNO punya hal, kerajaan kelas dunia ketiga punya hal, kita boleh lawan sendiri. Biar kita lawan sendiri. Negara lain tidak perlu campur tangan. Sebab itu gua bantah kalau PKR (Anwar) menjadikan bapa Altantuya sebagai ikon pentas politik. Sebab kita perlu tolak campur tangan negara

Ulama Hadi belajar melalui maki-hamun.

Oleh : AdukaTaruna Utusan putarbelitkan kenyataan Presiden PAS KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan. Satu ketika dulu, Hadi mempamerkan kebodohannya memimpin gerakan satu jemaah politik. Dia melontarkan idea UG dan terus ke luar negara. Ego untuk menjawab segala kekeliruan yang datang seperti tsunami. "Ahli PAS malas membaca." Katanya ego ketika terpaksa muncul menjelaskan UG sewaktu fasa pemilihan PAS lalu kerana beberapa orang kanannya tumbang. Mustapa Ali ada ketika itu yang gua percayai dialah watak utama program itu.

Fakta Hadi terjun dan selamatkan orang lemas memang benar!!

Ulama Terengganu dulu  : Janganlah condong kepada pihak zalim. Kalau condong pun tidak boleh, apatah lagi..... Ulama Terengganu kini : Tahaluf dengan pihak zalim lebih syarie. Melayu PAS dulu kini dan selamanya : Bodoh dan IQ low. Oleh : Ali Bagan Utama Salam Kerajaan Perpaduang. Hari ni den cuba memantau internet Malaysia. Ha Ha Ha. Bukan apo den tertarik dengan satu laporan Utusan Malaysia  [link] . Macam mana seorang Ulamak yang popular dengan Amanat Haji Hadi boleh kata UMNO tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai 2 perkara yang berbeza. Hilang akal ko apo? Dulu dio yang cakap UMNO ni mengamalkan politik suku agama suku. UMNO pada tahun 1981 tak jauh beza dari UMNO 2010 bai. KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO."Oleh seb

Isunya Bukan Berjumpa Dengan Blogger……

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Mustafa Ali kerana aduan saya akan disiasat. Malaysiakini melaporkan: “Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu  masih dalam siasatan pihaknya .” . Izinkan saya membetulkan, barangkali, silap faham Dato Mustafa terhadap aduan saya ini:  1.0 Dato Mustafa dilaporkan berkata: ““PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.” Isunya sekarang  bukan berjumpa dengan penulis blog . Isunya adalah mendedahkan rahsia parti . Berjumpa dengan penulis blog tidak pernah menjadi kesalahan. Sesiapa pun pemimpin PAS boleh berjumpa dengan penulis blog. Kalau ianya satu kesalahan, temuramah Hj Musta

Tokok tambah Herman Samsudeen.

Oleh : AdukaTaruna Pada gua level kesaksian Herman sudah tercalar. Jika dia meriwayatkan hadis, maka, hadis tu terhukum dusta. Orang yang menokok tambah bab-bab maklumat ni memang gua berbulu. Kalau menokok tambah hal2 remeh lain takper (gua tak kata betul). Takda hal lagi. Mari kita lihat persamaan Herman dengan MaLin. Herman kata : Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa. Tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahului? Sedangkan? Diberitakan Hadi meminta anaknya terjun dan dia hanya membantu. Bendanya bukan soal siapa terjun. Siapa terjun, siapa bantu, dua-dua akhlak terpuji. Terima kasih Hadi dan anaknya dan keluaraganya. Tapi bab tokok tambah, mengada-adakan yang tiada ni sifat apa? So, bagaimana kita boleh percaya kepada sebab dan alasan mengapa Hadi lewat

Pakcik buat kelakuan lucah di program Maulud Nabi.

Oleh : AdukaTaruna Iklan jap : Mano uma ni? Email gua dia tak balas. Gua nak mintak no tepon lu la. Tepon gua kena rampas la.. susah gua nak gosip dengan lu nih. "Salam Aduka... weih... malam kang free tak?" "Tak tau lagi. Nape?" "Follow gua g program Maulud Nabi kerajaan Kelantan." "Kol bape?" "Lepas magrib. Kol 6.30 petang datang umah gua." Celako.. celako.. celako. Gua datang rumah Topeng Perak kol 6.30 petang, dia tengah membuto. Sompek gua rembat laptop dia kat luar untuk buat posting gua. Hahaha. Maka bermulalah detik pengembaraan 2 ekor kutu, gua n Topeng bersama sekor lagi jurugambar (Iqbal) yang kelihatan alim (sebab dia pakai kopiah ala Haron Din). Alaa... yang kat tepi ada lambang macam tranformers tuh la... Sampai kat lokasi, fasa kitorang mencari masjid tempat program tuh. Tiba kat satu masjid, tapi takda tanda2 yang ada program. Topeng nak turun tanya Tok Siak, tapi gua larang. "Suruh Iqbal la br

MaLin kate Hadi berenang selamatkan orang?

Oleh : AdukaTaruna Gua adalah abang sulong dari 6 adik-beradik, bhai. So, stendet la... adik2 gua, walau selalu kena buli dengan gua, tapi adik gua mesti fitrahnya bangga dan wala' kepada gua. Meh kita cerita zaman kanak-kana Ribena dudulu. Kalau gua bertumbuk dan kalah, adik gua mesti cerita kat memember dia yang abang dia (gua) pukul 2 orang. Itu biasa. Bebudak mesti la jobo kan. Kalau gua main bola score satu gol, adik gua mesti buat karangan yang abang dia (gua) score hatrik. Biaso la.. nama pun bebudak. Belum matang lagi. Walau persekitaran gua jauh dari Rusila, tapi kitorang semakin matang. Alhamdulillah dan Insyaallah. Yang gua tersenyum pepetang ni, depan laptop Topeng Perak (gua taip guna laptop dio), ialah jemaah Rusila yang stendet adik gua masa zaman Ribena dulu. Adokalo gua bersyukur gak yang gua jauh dari doktrin Rusila. Kalau tak, pronya akhlak gua dan adik2 maybe baik, tapi bab akal bangang nak mampos. Alamak.... terlajak plak... gua nak kaizen ma... seseka

Super Presiden PAS in making....

Tahniah Tuan Guru Presiden telah berjaya menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang pada 14 Feb 2010 di. Kejadian berlaku ketika Tuan Guru sedang berehat bersama keluarganya di tepi pantai tersebut. Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini. Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa. Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat. Semoga Allah panjangkan usia beliau dan mer

Weih orang Kota Bharu. Masuk sini jap.

Oleh : AdukaTaruna Kat mana port gua nak tengok bola bhai? Tak sabar gua nak kol C++ n Dugong Darat secara live selepas Man U kalah di kaki AC Milan. Muahahaha.... IO gua, ASP Hazizi fanatik Man U bhai.... kalau kalah Man U siap la gua kutuk. Kah kah kah.... Balas dendam ni....

Jawatan kosong segera. Gua pun tengah apply nih.

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini. Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. (mkini)

Pesta Tarian, Fesyen Puteri UMNO bakal jadi acara tahunan.

KOTA KINABALU, 16 Feb. — Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno akan dijadikan acara tahunan, bermula tahun ini di peringkat negeri dan nasional, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Ketika mengumumkan perkara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pesta budaya seumpama itu penting bagi merintis jalan ke arah memperkukuhkan semangat perpaduan di negara ini. "Perbezaan budaya tidak seharusnya dijadikan jurang pemisah yang akhirnya secara langsung akan memisahkan masyarakat. Sebaliknya kepelbagaian budaya dijadikan sebagai landasan perpaduan nasional,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya anjuran pergerakan Puteri Umno Sabah dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah, di sini malam tadi. Rosnah berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini termasuk memperkenalkan

Blogger beruk vs tuan beruk Pandir.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : Klik sini. Menurut seseorang berfalsafah Kepimpinan Ulama, blogger macam beruk yang nak halau lalat. Lalat tu plak ganggu tuan beruk sedang tidur. So, gua tanya lu orang... agak2 kenapa tuan beruk tu dihurungi lalat, dan gagal untuk menyelesaikan masalah semudah lalat ganggu tidur.

Pesuruhjaya PAS Wilayah hilang

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor (gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469. Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya. Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider. “Saya hanya tahu apabila dimaklumkan pagi tadi bahawa keluarganya akan membuat laporan polis... beliau keluar rumah Khamis lalu dan tidak dapat dikesan sejak itu. “Oleh itu, saya sudah meminta ahli-ahli Pemuda PAS supaya menggerakkan usaha mengesan beliau,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat. Ahli Parl

Kerajaan Kelantan gadai satu lagi kepentingan strategik kepada Singapura

Oleh : KedahLanie Vincent Tan akan menjual majoriti 33 peratus saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi, bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore. Singapura pernah gagal menguasai 30 peratus Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak. Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai. Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia. PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan i

Biar Hadi lembab 2 jam, asalkan panglima perang adalah ulama.

Biar lembab, asalkan panglima perang adalah ulama. Biar kalah, asalkan ketua perang adalah ulama. Ni bidaah sesat mana yang ahli kitab bawa ni? Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat. Jangan salahkan ahli PAS biadap la. Salahkan diri sendiri mengapa pada kemuncak 2009, ahli PAS sudah hilang sabar? Kalau gua sorang2 yang kritik kira ok lagi la. Kini sudah semakin ramai. Sudah sampai ditentang oleh ahli sendiri. Sudah ditentang oleh cendekiawan (Prof).  Dihujung karier Paklah, seluruh bidang kelilmuan dari prof universiti, ahli sendiri, peguam menentang Paklah. Masih sindrom nafi? Jangan