
Oleh : AdukaTaruna
(Bacaan untuk mereka yang berpenapis tinggi)
Dalam kesibukan wa menyambut Hari Raya, dalam kesibukan bermaafan, wa mengambil konsep yang di luar apa yang kalian fahami secara tradisional. Perseteruan wa dengan Hadi adalah dalam tajuk taktikal Negara Islam. Selain dari tajuk itu, Hadi jauh lebih mulia dari wa, atau dia tiada masalah terhadap wa.
Sekali Hadi mengumumkan / mengisytiharkan Melayu Muslim Majoriti sebagai syarat, wa releks jer. Sebab ada unsur taktikal yang bagus di situ untuk sasaran pengundi Melayu. Tapi kalau dah asyik dok ulang-ulang, maka, istilah bengap terpaksa wa gunakan.
Dalam kerancakan TGNA-Kelantan memisahkan Melayu dengan muslim, pembinaan Masjid budaya, solatnya TGNA dibelakang si Cina, ulama kemampuan berfikir terhad ini kacau daun terhadap gelombang yang dilancarkan Kelantan.
Mengapa PAS Perak perlu lempang si bengap Hadi?
Kerana Hadi bengap dalam membaca apa yang Allah tunjuki untuk perjuangan / gerakan Islam di Malaysia. Takdir Allah terhadap kerajaan Perak adalah tanpa Majoriti Melayu Muslim la Hadi oi. Setakat ini, berapa banyak muslim terbunuh, masjid diroboh, azan dibisukan?
Sebab ada UMNO sebagai pengimbang. Di mana, sekiranya kuasa non muslim melampaui batas, PAS boleh bertindak meninggalkan mereka.
Sama jer la konsep dengan Kerajaan Barisan Rakyat. Tanpa Majoriti Melayu Muslim syarat bengapmu itu, kuasa pelampau non muslim tetap tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengimbang dari UMNO. Manfaatkanlah unsur check and balance ini. Apsal bengap sangat?
Sia-sia jer la dengan apa yang Allah takdirkan terhadap penubuhan kerajaan Perak sekarang kalau hang bengap nak study dan kaji. Jadi, PAS Perak perlu melempang Hadi apabila berjumpa di tengah jalan. Kerana simboliknya, kerajaan PAS Perak perlu dimansuhkan sekarang juga berdasarkan syarat ulama IQ rendah tahap melampau ini.
Melayu Muslim.
Naik meluat wa dengan istilah ini. Mengasing-asingkan muslim. Muslim Melayu dok sini, muslim Cina dok sana, muslim India dok sinun. Kepala paip dia.
Orang lain sibuk merobohkan tembok perkauman, mempamerkan keuniversalan Islam, dia sibuk jumud. Lu jumpa siapa sehingga keluar syarat tu? Yusuf Al-Qaradawi? Perjumpaan itu sepatutnya dengan deligasi PAS Pusat supaya ulama besar itu menerima input yang pelbagai dan bermutu tinggi. Kalu lu yang beri input, fikrah Terengganu lak tu, IQ tahap lu lagi, kompom output pun out.
Naik semak wa dengan lu ni la Hadi oi…. Dah makin jauh pulak wa rasa pengundi non muslim dengan PAS. Kepala otak lu fikir 800 000 ahli berdaftar yang sedia wala dan angguk tu leh wujudkan Negara Islam ke melalui demokrasi secara total? Jangan kencing wa la bro.. kecing ahli PAS buleh..
Ops, lupa. PAS rela kalah asalkan Islam tak kalah. Ulama Sengal ubi….








