Skip to main content

Selamat tinggal Ramadhan.

Oleh : AdukaTaruna

Ucapan Selamat Tinggal Ramadan lebih afdal dari ucapan Selamat Hari Raya. Tapi ni ada 2 premis. Satu premis untuk golongan cam wa, satu premis untuk golongan member2 wa.

Premis golongan macam wa ialah ucapan selamat perpisahan kepada Ramadan yang membawa peluang berniaga. Manakala premis member2 wa plak satu ucapan rindu dan sebak mengenangkan sempatkah berjumpa Ramadan yan g akan datang dan adakah Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

“AT, apa strategi lu ikhtiar Lailatul Qadar? Wa dah start tido masjid.” (sms lebih kurang maksud kepada wa)

“Mak aih. Belum level wa tu bro. Mata duitan cam wa ni segan nak cito bab2 camni.” (sms balas)

Wa last niaga 25 hb ni. So, 26 hb wa dah cuti2 Malaysia. Raya maleh nak fikir. Nak beli songkok jer la. Lama giler tak pakai songkok. Jangan kata songkok atau ketayap atau serban, cap pon wa tak pakai.

“Bang.. sorang jer ke? Tak g ceramah ke?” (sapa wa kat satu bro lain yang wa jumpa kat bazaar Ramadan)

“Eh.. kau. Lama tak nampak. Ceramah apa?”

“Ceramah politik la.. hehe..”

“Bulan puasa ni, jarang dah g ceramah.”

Sengeh.

“Cane bisnes bulan posa, AdukaTaruna?”

“Erk! AdukaTaruna?”

“Ala… abang dah tau kau AdukaTaruna.”

(Aiseh… hilang sebutir ‘kebebasan’ wa)

“Raya datang rumah. Jangan tak datang lak.” (Tahun lepas wa datang open house die. Tapi wa datang lepas majlis. Hahaha. Tak selesa ramai2.)

“Insyaallah, bang.” (Aiseh… cane leh kantoi ni? Wa rakam suara tu kot. Mesti bro tu dah mula menilai watak penulisan dengan watak penulis. Tapi tu suara Ramli Sarip.)

Topi besbol.

Wa teringat cerita tentang cap (topi besbol) ni. Mase tu wa tingkatan 3 (1996). G melancong dengan family wa kat Terengganu. Sampai kat Masjid Terapung (kalau tak silap la), abah (arwah) singgah solat. Masa wa ber’topi besbol’ kat dalam ruang solat (untuk solat), tetiba ada Pak Siak mana ntah sound wa.

Dia cakap tak buleh pakai topi tu (hanya ada logo NIKE) dalam masjid. Mase tu bebudak lagi. Perasaan pertama muncul setelah disound ialah nak tergelak. Tapi sedetik dua jer sebelum muncul perasaan ingin membantah. Pak Siak ni memang nak kena basuh dengan wa ni.

Sebelum sempat wa bersuara, Abah wa dah jeling. Terus terbantut. Cerita ni takda kaitan dengan kritikan wa kepada PAS Terengganu tau. Ni pengalaman wa jer.

Khalid Samad.

Wa dah lama tak follow isu semasa. So, maybe wa silap. Namun, wa tetap nak bersuara. Memula, wa dah mula nampak seolah-olah Khalid dah jadi jurucakap Anwar pulak. Dalam temuramah dia yang wa baca, dia membuat satu penyampaian yang silap apabila, kerap memetik Anwar. (wa tak heran Hadi silap sebab PR dia out habis. Ilmu memujuk, mencilok, mantik, keupayaan memperjelaskan, tahap rendah yang teramat.)

Tu yang wa nampak la. Kemudian, dia kekerapan dia menjawab isu remeh-temeh, menyebabkan seolah-olah kerja-kerja dia sebagai MP Shah Alam tiada. Namun, bila wa buka blog dia pagi ni, wa nampak dia dah mula menyelitkan berita aktiviti di Shah Alam. Alhamdulillah. Good bro.

Ok la.. tak banyak yang boleh wa tulis. Sebab wa tertinggal jauh dah ni. Terasa bengap gile bila lama tak jengok internet. Cane la orang kampong Melayu boleh selamba jer disuapkan berita secara tradisional?

Comments

  1. Ya ALLAH.Tunjukkanlah kekuasaanMU kepada orang yang begitu bongkak dan sombong terhadap utusan yang mengikut jejak langkah rasulullah dengan menafikan syafaat/kelebihan (Ulama) ketika dihari kemudian nanti.

    xkan tiada langsung dihati kecil kamu bahawa betapa jurangnya ilmu antara TGHA dengan kamu.betapa besarnya kamu hingga setiap masa dan ketika,menghina manusia sepertinya?betapa jijiknya batang tubuh beliau disisi kamu?.seolah2 ramadan dan hari biasa bagi kamu adalah sama.setiap masa kerja kamu hanya menghina.siapakah kamu disisi tuhanmu?hinggakan boleh menampakkan kesombongan kamu yang melampaui batas dan akhlak sebagai hamba kepada Pencipta?

    -Hanya Allah sahaja aku berserah diri-

    ReplyDelete
  2. Sempena lebaran ni, mohon maaf buat Aduka Taruna sbb byk gak kutuk hang bersama awek2 den kat hostel..
    maaf dan salam lebaran

    -nuarizzah-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.