Skip to main content

Wanita.

Oleh : AdukaTaruna

Kali ni wa malas nak cerita tentang politik. Wa nak kongsi sebahagian pandangan mengenai lelaki kepada wanita. Kepada lelaki, baik korang berhenti baca sekarang. He. Tapi, bagaimanapun, lain lelaki, lain pandangan atau sifatnya kot.

Wa jenis yang suka bersendiri. Pergi beli barang suka sorang-sorang. Jarang-jarang keluar ramai-ramai. Lebih selesa sorang-sorang. Mungkin terlalu lama wa begini membuatkan hubungan rakan wanita dengan wa akan bermasalah. Sebab sifat wanita berbeza ya amat dengan wa. Wanita caring lebih dari lelaki. Akhirnya membuatkan wa rimas dan tidak bebas.

Nak kena kol, nak kena layan, nak kena jawab. Ah…. Wa belum mampu lagi nak berhijrah dari dunia solo wa kepada dunia berkongsi. Tapi sampai bila? Wa kena tanya abanghensem TKO nih. Calling2 bro.. he..

Itu masalah wa yang pertama la. Yang kedua ialah kelemahan wa untuk tidak membandingkan wanita yang wa kenali dengan awek lama wa. Ini yang masalah kedua besar ni. Dulu wa ada awek. Budak Sarawak. Kecil-kecil jer orangnya. Cun gile wooo. Ngeee… Comel. Sanak keluarga wa punyala suka kat budak ni.

Tapi akibat peristiwa yang tidak dinyatakan, wa berpisah dan terputus hubungan. Risikan wa beberapa tahun kemudiannya, mendapati dia dah berkahwin. Alhamdulillah. Kecewa gak. Takan nak bohong kot. Tapi, asalkan dia mendapat kesudahan yang baik, sudah amat-amat melegakan hati wa. Thanks Allah.

Hanya dia yang match dengan kelemahan wa. Faham habis wa. Maleh la kenang-kenang. Dah hak orang. Tak baik. Hehe. So, berbalik kepada kelemahan wa, wa gagal untuk tidak membandingkan wanita-wanita kemudiannya dari si dia itu. Memang benar, ianya tidak adil. Tapi itulah kelemahan wa. Gagal. Bila gagal, yang menjadi mangsa ialah wanita. Rasa nak marah kat diri sendiri pun ada. Ngee. Berapa banyak hati yang ekau lukakan ni AT oi… adeh…. Kalau hati orang politik, selamba jer den hiris.

Masalah ketiga ialah wa dalam mode kejar cita-cita tertentu. Dalam mode ini, cintan-cintun memang melemaskan. Melembabkan. Macam filem aksi di mana hero dalam situasi penting. Dah la penting, kena bawa heroin sama lak tu. Terjatuh la, terjerit la, itu la. Hahaha.

Kelemahan wa ini, wa dah kesan selepas perpisahan wa dengan awek Sarawak tu. Kemudiannya, untuk mengelakkan ‘memberi harapan palsu’ kepada kenalan wanita, wa menjadi seorang yang sombong. Kurang respon membabitkan wanita. Sedaya upaya untuk tidak berkomunikasi atau berbahasa badan dengan golongan wanita. Namun, adakalanya ‘bocor’ juga. Apabila begitu, maka, berlakulah 3 kelemahan wa yang wa sebutkan di atas. Pi mai, pi pai, wanita juga yang menjadi ‘mangsa’.

Yang terbaru, rakan wa, owner tempat wa berniaga, kenalkan wa dengan anak buahnya. Masalah. Memang masalah. Wa dah cakap wa tak sedia, dia suruh kenal-kenal dulu. Masalah nak kenal-kenal tu yang nak elakkan tu. Nak cakap wa dah kawin, macam la bro tu tak tau. Memang masalah besar ni.

Budak tu dah la cun. Muka iras Tiara Jacquelina. Memang kategori pan asia la. Mix Cina. Made in Kelantan. Umur 21. Kecil-kecil jer orangnya. Makin rajin budak ni hadir, makin ligat wa berfikir. Plan A, Plan B, Plan C….

Wa masih lemah di mana kelemahan itu adalah sesuatu yang berbahaya kepada alam rumahtangga. Apo nak dikato..

T_k_i_a l

Comments

  1. AT, lu citer pasal awek sarawak lu yang tak serawak tu pun xtelus.. haha.. lagi plak bercinte dalam ilusi yg lu reka sbb xpernah pun lagi jumper kan.. byk kelemahan tu yang sampai lu nak banding2 dengan awek2 lain plak.. bercinta pun xsampai setahon.. manaleh bro.. hehe..

    drpada lu fikir sampai terkial2.. wa rasa lu go on je la ngan awek baru tu, untung2 wa dpt makan nasik minyak tahon depan... hahaha...tapi kalau dah betul xnak cakap jer lah baik2..xpayah nak main2 plan lak.. kang awek tu lak yang poning dengan misi2 lu tuh.. pastu lu pas la kat wa..untung lu plak kempunan makan nasi minyak wa plak.. wkaka

    ReplyDelete
  2. weih, betul la.. mase wa umo 22 wa bercintun dgn awek Sarawak tu. Yang tak telus tu citer lain. Cite umo 26. Hehe.

    AT

    ReplyDelete
  3. hehehe..... apasal lu nak tanya wa pasal pompuan.... wa pun banyak kali gak di"keciwakan" pompuan....hehehe... tapi kena maintain cool la..... tak main la frust menonggeng... bagi wa lu tak payah la nak ber"awek" lama².... kenal skit² kawin jer.... wa pun cam lu gak.... suka lone ranjer.... gi kedai sorang², gi jalan kat bandar sorang².... rimas la jalan reramai ni.... tapi lu kena belajar la ber"couple" pas kawin.... alah kejap jer..... bila dah dapat anak boleh la nak lone ranjer balik..... bini kan sibuk ngan anak... hehehe

    - ok la bro.... wa ucapkan selamat hari raya aidilfitri..... wassalam

    p/s - kalau lu jadi ngan awek kelantan tu boley la lu jumpa wa nanti.... hehehe
    - abanghensem

    ReplyDelete
  4. wahaha.. nasihat paling tak guno dari abanghensem.. ada ka dah ada anak2, nak biar bini terkial2 dengan anak.. kesian ooo...
    Kena ingat AT, sedangkan power rangers pon ada 5 orang, ni lu nak sorang2... bahaya oo...hehe..
    Apapun... nanti tiba masa, kau kan rasa .. parap.. parap.. (a rahman hassan)... hehe..
    -zaminc-

    ReplyDelete
  5. Wa passing kat lu jer la bro zaminc.. eh org rumah lu baca blog ni tak? Wakakakaka.

    AT

    ReplyDelete
  6. bujang lagi engko rupanya AdukaTaruna.. ingatkan dah kawin...

    kisah cinta ko tak dibukukan ke ? Jika tahu dek Hadi awang ko masih bujang, mesti ko diperlekehkan... :)

    sp4n4r

    ReplyDelete
  7. niat mmg ada, bro. dah lama dah. tapi kena ikot step la.. lmbt sket kot nak bukukan.

    AT

    ReplyDelete
  8. bro AT... lu nak sound TGHH pasal politik lu punya pasal la tapi jangan lu sound pasal nikah kawin.... bukan apa nantikan kuar ayat ni.... LU BELUM KAWIN APA LU TAU???..... apa lu nak jawab????....

    - abanghensem

    ReplyDelete
  9. once lu dah ada komitmen, wa rasa mgkn 1 of ur favourite lu kena korbankan.. iaitu b'internet..

    sure x seaktif ketika lu solo..

    melainkan keje lu dpn PC siang mlm..

    ReplyDelete
  10. ..dak duka chauvinist jate tahap cipan =S

    ~k.maymot~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...