Skip to main content

Wa hanya punya pena...




Oleh :
AdukaTaruna

Melaut. Tiada penghujung. Terik. Kemerahan dan penuh dengan wap-wap bahang yang sangat menyesakkan. Tiada detik untuk bersapa. Berdebar menanti giliran perhitungan. Satu demi satu. Benak yang sesak. Benak yang gelojak. Untung nasib diri dan sanak keluarga.

Gambaran dosa-dosa yang terpapar di kaki langit merah dan berbahang itu tidak menarik perhatian Zaidan. Matanya tidak mampu menangis lagi. Seperti insan lain, dia terpaku di situ. Apa nasibku, di mana isteriku, anak. Ah….. Gilirannya masih jauh.

Tiba-tiba, sekumpulan kecil manusia mula bergerak ke kanan. Tidak sempat berfikir apa, Zaidan turut terdorong bergerak ke arah yang sama. Hairan. Terpinga.....

Oh Tuhan… sudikah kau melupuskan sebahagian pahalaku sekiranya ada bagi meredakan gundah di hatiku ini. Aku tidak pernah menyekutuiMu sepanjang sedaranku.

Zaidan hanya menuruti kakinya sendiri. Pasrah. Menyertai sekumpulan kecil yang lain. Menuju ke sebelah kanan. Kawasan yang redup dari tadi.

“Ah….”

Lega sebaik melangkah ke garisan redup itu. Dari tanah pasir berbatu panas ke tanah pasir berbatu nyaman. Namun sedetik cuma. Hatinya sesak kembali. Benaknya bergolak lagi. Isteriku… anakku. Oh Tuhan… masih adakah lagi pahalaku untuk ku tukarkan dengan rahmatMu?

“Abi!”

Zaidan tersentak. Menoleh.

“Kanda!”

“Abi!”

Tiada perkataan yang dapat diungkap bagi memberikan makna betapa luluhnya hati Zaidan ketika itu. Betapa bergetarnya setiap liang di tubuhnya. Melihat isterinya disamping anaknya itu. Sebaya dan sangat cantik!

Zaidan mendapat kawalan kakinya semula. Matanya kembali basah semahunya. Berlari ke arah insan yang disayanginya itu selaju yang mampu.

Aku tidak peduli! Aku tidak peduli!!!!! Terima kasih Allah!!!!!!!!!!!! Zaidan meraung dalam hati.

“Beruntunglah hambaku yang sabar dan berbaik sangka kepadaKu ketika Aku mengujimu dengan zuriat yang bukan kehendak hatimu. Aku lebih mengetahui darimu.”

Hanya Zaidan, isteri dan anak perempuannya yang mendengar seruan itu..


Aku tidak punya apa
Doaku doa yang tertolak
Simpatiku tidak mengubah sekelumit
Aku hanya punya pena

Yang ku tak pasti

Apakah ianya bisa membantu tabahmu

Yang ku nyata pasti

Tabahku tidak setanding tabahmu


-AdukaTaruna-

Comments

  1. percaya atau tidak, sabar adalah kunci segala pintu yg tertutup.. sabar juga adalah liang keluar dr segala permasalahan yg menimpa.. hanya dgn sabar dan redha, hati akan tenang.. dan melihat dunia dgn tampak positif, biarpun diri, hilang separuh anggota kirimu..

    ReplyDelete
  2. tak paham aaa... ko nak bgtau apa nih...

    ReplyDelete
  3. kpd aduka teruna..guna bahasa kita dengan betul..kau ingat'wa'tu bagus sangat ke..macam gampang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.