Skip to main content

Syabas kerana berjaya bebaskan anak kapal MT Bunga Melati 5 - Presiden PAS

Roslan Shahir Mohd Shahir
Mon | Sep 29, 08 | 1:29:57 pm MYT

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ingin merakamkan ucapan syabas dan ribuan terima kasih kepada pihak MISC, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pihak-pihak yang berkaitan kerana berjaya membebaskan anak-anak kapal MT Bunga Melati Lima dengan selamat dari tangan lanun-lanun pengganas Somalia di perairan sebelah sana. Dato' Seri Tuan Guru mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kesemua 36 anak-anak kapal warga Malaysia dan 5 Filipina di atas kapal tangki tersebut semuanya dalam keadaan selamat dan sihat setelah ditawan hampir sebulan lamanya.

Mudah-mudahan kepulangan mereka ke pangkuan kaum keluarga masing-masing di tanahair akan melegakan semua pihak dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Eidul Fitri kita semua.

Dalam pada itu Dato Seri Tuan Guru mengajak semua rakyat Malaysia agar berdoa dan memohon bantuan Allah swt semoga anak-anak kapal seramai 39 orang di atas MT Bunga Melati Dua yang turut ditawan oleh lanun-lanun yang sama sejak 19 Ogos lalu akan juga segera dibebaskan.

Kaum keluarga mangsa-mangsa berkenaan diharapkan bersabar dan jangan berputus asa dengan terus memohon ke hadrat Allah SWT agar mereka semua selamat dan dapat segera pulang kepangkuan kaum keluarga.

Dato' Seri Tuan Guru turut merakamkan kebimbangan di atas perkembangan yang berlaku di Teluk Aden dengan meningkatnya ancaman keganasan oleh pihak lanun-lanun Somalia kebelakangan ini.

Beliau mengharapkan agar kerajaan Malaysia akan segera mengakji semula laluan berkenaan dan memperkenalkan langkah-langkah keselamatan tambahan bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...