Skip to main content

Ramai sungguh marah Harakah..

Oleh : AdukaTaruna

Memanglah Harakah milik parti. Dia bukan berasaskan keuntungan dalam objektif utama. Harakah berasaskan suara parti dulu. Kemudian, barulah keuntungan. Bebeza dengan akhbar bebas (tak bebas juga), barulah ianya berasaskan keuntungan.

Jadi, kalau Cikgu Pa di muka hadapan akhbar harian Metro, baru tepat untuk tajuk penyalahgunaan milik parti. Memang dapat membayangkan betapa kecewanya pemuda-pemuda India yang menjadi pengedar Harakah apabila membaca suara rasmi PAS itu akan negativenya pelan 16 Sept. Sampai ada yang dakwa mahu membakar atau memulau.

Tak boleh ma. Kita kena fight dengan pro. Kemelut fraksi UMNO dalam PAS, kita kena fight. Tak boleh kecewa dengan keluar dari PAS. Penyalahgunaan Harakah juga begitu. Kita kena bijak menetapkan musuh. Harakah bukan musuh, PAS bukan musuh. Musuhnya ialah onar.

Flash back.

Dulu kan, mase wa umo berapa ntah, Harakah ada siar kisah orang susah. Paling menyentuh hati wa n family wa ialah kisah 2 beranak, sorang ayah dan anak lelakinya yang makan kangkung liar setiap hari bagi menyambung hidup.

Wartawan yang melaporkan kisah itu berjaya mengolah laporannya apabila menulis isi hati anak itu yang teringin sangat makan roti canai, kegemarannya. Wa masih ingat lagi beb. Part tu yang paling touching tu.

Ramai yang cari bawa roti canai untuk dinikmati bersama 2 beranak tu. Wa pun tak tahu kisah 2 beranak tu sekarang ni. Harap diorang telah berjaya. Insyaallah.

Ini antara cebisan kecil jasa Harakah. Janganlah hanya kesilapan setitik, kita membakar jasa yang segunung. Salah ma. Kita perlu bijak dalam penetapan musuh. Yang mana rosak, yang mana salah. So, wa harap, emosi kita terhadap Harakah dapat diperbetulkan kembali.

Wallahualam.

Comments

  1. aku sokong plan 16 sept, tapi aku jugak rasional dgn cikgu pa ..

    cuma aku tak puas hati sebab perkara standard analisis mudah tu diangkat jadi berita utama ..

    sepatutnya letak aja di ruang kalumnis atau ruangan analisis ..

    biarkan analisis sekadar analisis ..

    jangan angkat standard analisis jadi setaraf kenyataan politik.

    ini salah besar harakah sebab buat benda buruk mcm utusan atau berita harian ..

    kalau utusan dan berita harian, memeang standard la dia nak manipulasi apa juga isu ..

    tapi apa kejadahnya harakah juga cuba manipulasi analisis cikgu pa hingga jagi berita sensasi ..

    memang padan kena smash dengan TGNA, suka sangat lambung isu, sekali kena smash baru tercengang-cengang ..

    minta insaf la editor harakah ni.. benda betul bukan semuanya manfaat ..contoh bagi tahu ketiak sendiri busuk ..memang betul busuk, tapi apa pekdahnya bagi tahu orang ?? supaya orang mari dekat atau supaya orang lari jauh?

    ReplyDelete
  2. memang aku marah ngan harakah (sambil mengoyak harakah... rugi duit aku)......
    - abanghensem

    ReplyDelete
  3. Kenapa kita perlu beremosi? cuba renung dan fahami dengan hati terbuka. bagi saya cikgu pa pun betul, itu dari sudut pandangan dia dan tidak semestinya betul bagi orang lain. cuma yang silapnya terlalu dihighlightkan oleh harakah. Jadi isu itu menjadi modal untuk musuh dan menerbitkan keraguan di kalangan ahli.

    Tuan Guru Nik Aziz hentam pun betul juga. sebab beliau bertindak bagi pihak kepentingan PAS. keputusan majlis Syura PAS.

    Jadi sama-samalah memperbaiki diri. Hanya manusia bodoh saja yang mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang.

    kita di bawah janganlah cepat melatah!

    ReplyDelete
  4. bukan pasal betul ke tidak.... yang jadi masalah mengapa cikpa Pa buat sidang akhbar?.... mengapa dia pergunakan harakah?.... mengapa tetiba dia buat kenyataan melawan arus?.... jawab persoalan ni dulu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.