Skip to main content

Oh 16 Sept…




Oleh :
AdukaTaruna

Membaca reaksi level awam dan level pimpinan dalam isu ciptaan Anwar, 16 Sept ada kala membuatkan wa tersenyum. Teringat zaman wa bebudak dulu. Wa dan rakan-rakan berada dalam satu imaginasi.

“OK. Aku Ultraman. Kau nak jadi apa?”

“Aku Baja Hitam.”

“Ok. Kau Baja Hitam. Sekarang ni kita nak selamatkan orang tau. Ada resakse jahat.”

“Ala.. tak best. Selamatkan orang dari perompak la. Boleh tembak-tembak.”

Begitula lebih kurang situasi 16 Sept ni. Sebenarnya, 16 Sept ni kosong jer (rujuk artikel lama wa). Target diberikan oleh Anwar, tetapi detail jalan ke arah itu tiada. Sungguh. Memang tiada. Anwar ni genius dalam manipulasi sentiment level awam dan mengkucar-kacirkan musuhnya.

tu dasar atau rangka utama dalam 16 Sept ini lah. Jadi, kesan kepada musuh (UMNO-BN) kita dapat lihat, atau Anwar berjaya tonjolkan. Kegelabahan melawat Taiwan, percakaran komponen BN dan sebagainya. Itu kesan kepada musuh la.

Kesan kepada level awam pun ada juga. Macam cerita tadi. Pelbagai idea dilahirkan untuk mencari atau adjust keselarian dengan rangka utama 16 Sept. Lucu juga membaca. Ada yang mengatakan, BR sengaja bebuat berbalah dalam target 16 Sept ini bagi mengelirukan BN. Hehe…

Tetapi, kebaikan utama kepada level awam ialah penyediaan mental terhadap satu peristiwa bertukarnya pemerintahan buat pertama kali.

Atau kata lainnya, kejutan budaya itu tidaklah tinggi sekiranya berlaku nanti, sama ada 16 Sept atau bukan. Rakyat sudah bersedia.

Moral vs taktikal.

Dalam premis moral, wa memang tak setuju habis. Dalam premis taktikal pula, wa setuju. Lompat-melompat ni, wa umpamakan macam guna pintu belakang. Tak hormati keputusan atau pilihan rakyat. Akan tetapi, benarkah ianya adalah pilihan rakyat?

Kalau diimbas kepada Himpunan BERSIH, dan amaran Mat Sabu kepada kerajaan, supaya jangan membawa kepada satu situasi rakyat memilih bukan demokrasi, kita akan jumpa kepada satu keperluan menerima taktikal pintu belakang ini. Apa yang dikata oleh YB Samad adalah betul juga. Sekurang-kurangnya, pintu belakang ini adalah pintu belakang premis demokrasi. Kalau tewas dalam PRU13 yang terkotor dalam sejarah, lagi susah.

Somebody BR kena bijak.

Yang ini paling wa rimas sikit. Somebody BR, (pimpinan) kena bercakap atas premis pimpinan. Bukan atas premis blogger bebas. Kalau agak-agak tak bijak tu, atau sedar diri memang tak bijak, jadi macam Hadi. Senyap jer. Takder la menyusahkan orang lain.

Meh sini wa tunjukkan penilaian kepada bijak bagi pimpinan yang pernah mengulas tentang 16 Sept ini.

TGNA.

TGNA membuat kenyataan (sumber Harakah) bahawa dia yakin kerajaan baru akan muncul. Tetapi dalam tarikh 16 Sept, beliau menyerahkan kepada orang-orang yang terbabit dalam taktikal tersebut. Kiri kanan orang tua ni control. Harapan level awam terus disemarakkan oleh TGNA, dalam masa yang sama memberikan gambaran secara halus dan berlapik, tarikh adalah teknikal semata.

Mat Sabu.

Tunggu dan lihat. Wawancara Mat Sabu lebih kepada satu penyediaan perlindungan kepada jemaahnya, PAS sekiranya, 16 Sept tidak menjadi ketika harapan penyokong semakin memuncak. Atau kata lainnya melindungi kerosakan PAS sekiranya ada nanti, hasil gerakan politik Anwar. Itu yang pertama.

Yang kedua ialah sebagai satu penjelasan kepada level awam betapa sebenarnya 16 Sept lebih kepada taktikal, bukannya mutlak.

Yang ketiga ialah dari premis moralnya, ianya adalah salah.

Mustapha Ali.

Mustapha telah bercakap atas kapasiti peribadi. 1, bagus kerana telah memisahkan dengan parti di awal-awal kenyataan. 2, bagus dalam percambahan intelek, idea, pandangan, etc. Dan dijawab dengan baik oleh Khalid Samad.

Tapi yang tak bagus, tak bijak pada wa ialah, kenapa time-time terakhir baru nak ‘tunjuk hero’? Atau minit2 terakhir nak ‘belasah’ Anwar dan menunjukkan bahawa itu semua salah? Kenapa? Berbeza dengan Mat Sabu yang didatangi, Mustapha siap buat siding media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu!

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15739

Wah! Apa perlunya nak jadi hero ni beb? Ce lu orang tengok. Dah macam mewakili UMNO pulak. Siap cakap “No way.” Bahaya sungguh manusia seperti ini berada di anak telinga Presiden PAS. Dan lebih malang, TGHA bukanlah manusia yang bijak.

Entahlah PAS. Di bawah kepimpinan Terengganu, PAS semakin hilang kehormatan dari pengundinya sendiri….

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...