Skip to main content

PAS Terengganu dikritik hebat PAS sendiri.

Oleh : AdukaTaruna

Bagaikan api yang selama ini berada di dalam serkam, kini ianya menyala mempamerkan julangnya. PAS Terengganu dikritik oleh para blogger pro PAS sendiri dan hampir seluruh pemimpin PAS peringkat pusat.

Kemelut ini dapat dilihat di web kendalian PAS Terengganu sendiri, tranungkite sehingga pentadbiran mereka terpaksa memadam datau mengunci beberapa komen yang diberikan.

Di pihak blogger pro PAS / BR, antara yang mengkritik PAS Terengganu ialah rudin X, penarik beca, Tulang Besi, matcomot, edyesdotcom, Topeng Perak, dan Mat Saman Kati.

Sementara itu, melalui blog juga, beberapa Kepimpinan PAS peringkat pusat turut menyuarakan hal yang sama.

Husam Musa menulis dalam artikelnya yang bertajuk Lumba Lari Politik Malaysia, membayangkan bahawa Pesuruhjaya PAS Terengganu itu melakukan satu gerakan awal yang melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.” Jelas beliau di dalam artikelnya itu.

Murshidul Am menegur Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Di bahagian muka belakang, Harakah terbaru melaporkan satu teguran selaku ‘orang tua’ dalam parti kepada Mustapha Ali.

“Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang tidak penting keluar masuk parti.”

Beliau menyeru kepada seluruh pemimpin PAS supaya mendukung keputusan Muktamar PAS Pusat.

“Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini yang lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri."

Beliau turut risau dengan peranan Harakah sebagai lidah rasmi dan organ parti memandangkan Mustapha adalah Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah.

“Ini akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat.”

Khalid Samad sanggah.

Dalam pada itu Khalid Samad menyanggah apa yang didakwa oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu itu. Harakah terbaru memetik kenyataan Khalid yang termuat dalam blog beliau khalidsamad-shahalam.blogspot.com

“Tidak mencapai sasaran tidak boleh dikatakan berbohong. PAS sendiri sudah banyak kali menyatakan akan mencapai kemenangan di sini dan di situ, siap dengan tema seperti PINTAS untuk Selangor dan sebagainya. Kita pernah mengatakan kita akan tawan Selangor pada 2004 tetapi gagal. Adakah bererti kita bohong?” Jelasnya yang dipercayai merujuk kepada kenyataan PAS Terengganu yang yakin menawan Terengganu.

Dato’ Kamaruddin Jaffar sangkal.

Sementara itu, dalam Harakah keluaran yang sama, Dato Kamaruddin turut serta dalam polemik ini. Beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak, bahawa perbincangan mengenai pelan 16 September oleh Barisan Rakyat adalah tidak rasmi.

Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut telah dipersetujui dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada 19 Mac lalu.

“AJK PAS Pusat juga telah bersetuju tentang strategi ini sejak April lagi.” Tegas beliau.

Ketua Pemuda PAS turut bersuara.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub turut bersuara dalam isu ini. Beliau menyarankan supaya semua pihak dalam Barisan Rakyat supaya memberikan ruang dan peluang kepada agenda menyelamatkan Malaysia daripada sifat terdesak UMNO-BN.

“Ini adalah selaras dengan resolusi Muktamar PAS Ogos lalu bahawa PAS meneruskan ‘engagement’ serta memperkukuhkan Barisan Rakyat.”

Malahan, tegasnya lagi, strategi Barisan Rakyat yang dinamakan Pelan 16 September itu hanyalah merupakan slogan (tarikh) dan bukannya matlamat yang tidak boleh diubah.

“Kenapa sekarang kita perlu bertindak seperti mempertikaikan detik waktu kemenangan meneraju negara, setelah apa yang kita perjuangkan selama ini?”

Mahfuz memberi amaran.

Di muka N6 pula, Harakah melaporkan kenyataan Mahfuz yang meminta jangan gambarkan negative usaha bentuk kerajaan. Ketua Penerangan PAS itu, menggesa pelbagai pihak dalam Barisan Rakyat supaya tidak memberi gambaran yang salah kepada rakyat.

“Saya harapkan tidak ada pihak yang memberi perspektif negative terhadap usaha Barisan Rakyat ini untuk membentuk kerajaan baru yang sebenarnya dimahukan oleh rakyat itu sendiri.”

Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salah seorang wakil PAS dalam sekreteriat Barisan Rakyat, Dr Syed Azman, menegaskan perlantikan Perdana Menteri dalam Kerajaan Persekutuan Barisan Rakyat adalah muslim dan Melayu (buat permulaannya).

“Kita bukan hanya bergantung kepada lompat parti sahaja, ada pelbagai mekanisme sebenarnya.” Tegas beliau.

Comments

  1. Amww:

    Mana-mana blog yang disinggahi saya tinggalkan pesanan. Mudahan usaha merapatkan silatul rahim ni disaksikan Allah dan diredhai.

    Jemput ke www.bprihatin.blogspot.com

    Berpijak di bumi nyata berlandaskan fakta itu lebih baik.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  2. AT,

    lama wa perati lu

    kita seusia

    tapi pemikiran lu jauh ke depan

    insan yg berjasa ialah insan yg menyumbang kebaikan kpd jamaah

    wa nampak lu antara penyumbang kpd islah & tajdid dlm PAS

    demi matlamat negara Islam

    segala puji bg Allah

    menemukan wa dgn lu

    walau hanya di alam cyber

    teruskan usaha lu tanpa gentar

    moga diredhoi Allah

    -lelaki ini-

    ReplyDelete
  3. thanks, lelaki ini.

    Seseorang itu dianggap berdosa sebelum sejarah diubah. Dosa wa akan 'bersih' sekiranya PAS berjaya memiliki Presiden yang laju dan licik.

    Demi Islamic State, Wa ambil risiko itu. Smol meter... bro.. Ala macam Patani dan Mindanau la. Dia berdosa sebab tak berjaya merdeka. Kalau dah berjaya, dosa dia hapus. Macam Acheh. (GAM)

    Orang Melayu bro.. mana berani keluar tempurung atau melawan arus.

    Dalam TVPAS ada video kenyataan TGNA. Wa takleh buka la. Lu tolong donlotkan utk wa leh tak bro..

    ReplyDelete
  4. AT,

    pd wa x timbul soal dosa,
    klu lu rasa dosa mesti lu x wat,
    sbb dosa tetap dosa,
    no compromize

    pd wa ia lebih kpd keanehan dr kebiasaan,
    pd pandangan sestgh pihak ia salah
    pd pandangan sestgh pihak ia sesuai

    Rasulullah kata
    peperangan adalah helah,
    TGNA kata
    wat la ape saje asal menuju kpd kemenangan Islam,
    hingga dibolehkan culik pemandu bas yg angkut pengundi hantu,
    dan dibolehkan edar surat layang utk dedah skandal & teguran kpd pemimpin
    jika kaedah lain x m'jadi

    sbgi Melayu kita mmg ada adab,
    tp klu adab mengekang perubahan ke arah islah
    we must do something,
    dgn penuh bijak & b'strategi,
    tempurung itu perlu dipecahkan,
    dgn p'sediaan penuh hadapi perubahan suasana di luar sana

    kesimpulannya,
    ia bkn dosa,
    tp jihad ke arah islah dlm jamaah,
    begitu jg di Patani, Mindanao, Acheh dll spt yg lu ckp,
    jihad suci mrka sinis pd sestgh pihak

    ttg statement TGNA tu,
    yg wa tau mmg x ble d/l dr TVPAS,
    d/l denied,
    rasanye ble tgok je,
    sori bro.. :-)

    -lelaki_ini-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.