Skip to main content

Bodoh sangat : PAS Perak patut lempang jer Hadi Awang.



Oleh :
AdukaTaruna

(Bacaan untuk mereka yang berpenapis tinggi)

Dalam kesibukan wa menyambut Hari Raya, dalam kesibukan bermaafan, wa mengambil konsep yang di luar apa yang kalian fahami secara tradisional. Perseteruan wa dengan Hadi adalah dalam tajuk taktikal Negara Islam. Selain dari tajuk itu, Hadi jauh lebih mulia dari wa, atau dia tiada masalah terhadap wa.

Sekali Hadi mengumumkan / mengisytiharkan Melayu Muslim Majoriti sebagai syarat, wa releks jer. Sebab ada unsur taktikal yang bagus di situ untuk sasaran pengundi Melayu. Tapi kalau dah asyik dok ulang-ulang, maka, istilah bengap terpaksa wa gunakan.

Dalam kerancakan TGNA-Kelantan memisahkan Melayu dengan muslim, pembinaan Masjid budaya, solatnya TGNA dibelakang si Cina, ulama kemampuan berfikir terhad ini kacau daun terhadap gelombang yang dilancarkan Kelantan.

Mengapa PAS Perak perlu lempang si bengap Hadi?

Kerana Hadi bengap dalam membaca apa yang Allah tunjuki untuk perjuangan / gerakan Islam di Malaysia. Takdir Allah terhadap kerajaan Perak adalah tanpa Majoriti Melayu Muslim la Hadi oi. Setakat ini, berapa banyak muslim terbunuh, masjid diroboh, azan dibisukan?

Sebab ada UMNO sebagai pengimbang. Di mana, sekiranya kuasa non muslim melampaui batas, PAS boleh bertindak meninggalkan mereka.

Sama jer la konsep dengan Kerajaan Barisan Rakyat. Tanpa Majoriti Melayu Muslim syarat bengapmu itu, kuasa pelampau non muslim tetap tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengimbang dari UMNO. Manfaatkanlah unsur check and balance ini. Apsal bengap sangat?

Sia-sia jer la dengan apa yang Allah takdirkan terhadap penubuhan kerajaan Perak sekarang kalau hang bengap nak study dan kaji. Jadi, PAS Perak perlu melempang Hadi apabila berjumpa di tengah jalan. Kerana simboliknya, kerajaan PAS Perak perlu dimansuhkan sekarang juga berdasarkan syarat ulama IQ rendah tahap melampau ini.

Melayu Muslim.

Naik meluat wa dengan istilah ini. Mengasing-asingkan muslim. Muslim Melayu dok sini, muslim Cina dok sana, muslim India dok sinun. Kepala paip dia.

Orang lain sibuk merobohkan tembok perkauman, mempamerkan keuniversalan Islam, dia sibuk jumud. Lu jumpa siapa sehingga keluar syarat tu? Yusuf Al-Qaradawi? Perjumpaan itu sepatutnya dengan deligasi PAS Pusat supaya ulama besar itu menerima input yang pelbagai dan bermutu tinggi. Kalu lu yang beri input, fikrah Terengganu lak tu, IQ tahap lu lagi, kompom output pun out.

Naik semak wa dengan lu ni la Hadi oi…. Dah makin jauh pulak wa rasa pengundi non muslim dengan PAS. Kepala otak lu fikir 800 000 ahli berdaftar yang sedia wala dan angguk tu leh wujudkan Negara Islam ke melalui demokrasi secara total? Jangan kencing wa la bro.. kecing ahli PAS buleh..

Ops, lupa. PAS rela kalah asalkan Islam tak kalah. Ulama Sengal ubi….

Comments

  1. Apsal dorang terlalu memuja hadi awang tu ? Hadi Awang ni nabi ke ?

    sp4n4r

    ReplyDelete
  2. kenyataan lu mmg ada benarnya namaun bahasa mu tu kasar sgt tapi klu ckp lembut tak mahu terima maka mendapatlah

    ReplyDelete
  3. benda simple tahap darjah 5 jer bro.. tapi bodoh giler hadi nih... huhu..

    ReplyDelete
  4. BRO BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA... KALAU INDAH BERBUDI BAHASA KALAU KASAR BANGSAT NAMANYA

    ReplyDelete
  5. sempadanilah bahasa wa. letak dlm tajuk lain. kan mudah. :)

    ReplyDelete
  6. waaaa...... makin ganas lu aduka.... dulu lu main kutuk² jer haji hadi sekarang nak kasi pelempang lak.... ish ish ish.... tapi wa perati sekarang makin ramai dah berubah pandangan terhadap lu..... bagus la perjuangan lu yang "lone ranjer" ni nampaknya makin membuka mata ramai orang....


    P/S - lu baca la thread ni http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33894#773013 ..... sorry la wa termengutuk lu skit dalam tu.... hehehe

    ReplyDelete
  7. Aku TERPAKSA setuju ngan lu kali ni bro.

    Bab bahasa..aku tolak tepi.. aku pun bukan indah bahasa juga.

    Bab komen diatas yang ungkit bahasa menunjukkan bangsa... aku cuma nak kata.. aku bangsa melayu kelate/bugis.. mencarut/memaki MEMANG budaya keturunan aku. Agaknya dia siam mualaf..kena cakap sopan2 aje.

    Aku KURANG suka pada TGHH selepas aku sendiri dengar keluhan dari manusia paling aku segani TGNA yang TGHH ni degil, tak dengar kata.. mungkin dia rasa dia hebat bila dah jadi PRESIDEN PAS.

    Selepas tu aku..dengan tidak dipaksa2 mula jadi kritikal terhadap TGHH. Ada benar kata TGNA.

    Tapi bro.. aku mintak, jangan celupar sgt la wokey? Lain yg ko tuju.. lain yang merasa..

    Jgn bakar kelambu hanya kerana sekor nyamuk!.. ahli PAS bukan sebodoh yg ko sangka.

    Siapa makan cili dia rasa pedas?

    Dalam hal ni dah ko curah cili dalam periuk nasi.. memang la semua rasa pedas!!

    ReplyDelete
  8. agak2 Hadi Awang baca tak artikel lu ni?aku nak fwd je kat dia suh dia baca

    ReplyDelete
  9. Saja hadi nak tempelkan muka kat paper! adri dulu aku memang menyampah kat hadi ni. Keras tak boleh dibentuk, bodoh tak boleh diajar.

    tapi dengarnya dia ni pernah kena angin ahmar, kalau betul memang angin ahmar dah serang kepala dia. itu sebab membebel tak tentu pasal. tapi yang bodohnya orang PAS, lantik dia jadi persiden?

    kesian aku kat dia orang.

    ReplyDelete
  10. Knapa ahli PAS lantik Hadi Awang ni jadi Presiden PAS?
    Takde calon lain yg lebih berkaliber ke?

    ReplyDelete
  11. aku mmg berdebar2 kalau Hadi Awang ni bagi statement.biasenye IQ dia mesti fail.Dia tak layak lah nak berpolitik.

    ReplyDelete
  12. Kaedah yang awak guna okey sebenarnya. Mula2 maki, lepas tu kasi sebab, lepas tu kasi nasihat. Sebenarnya, pengikut Hadi tak tahu macam mana nak cover ketua mereka. Sebab tu mereka buruk2kan kamu supaya orang cop kamu jahat. Jadi orang tak nak baca artikel kamu. Tak pe, terus kan cara kamu. Ramai yang dah start protes Hadi.

    ReplyDelete
  13. Hadi memang patut kena maki pun kerana dah melampau kebodohannya dlm politik.Pas ganu hasil tarbiyyah dia pun dah senget akal nya. Bagi statement kat TV pun angguk2 mcm pidato jihad. adae ke patut..emosi sampai x tahu apa yg dia ckp...Kesia kat TGNA yg terpaksa membersihkan semula imej PAS yg dicalarkan oleh TGHH ni. Bila khalid samad tegur sikit terus melenting, sampai ada yg tak nk solat kalau khalid jd imam...kafirkan sesama sendiri pulak. mentaliti acuan TGHH. Patut pun kalah.

    ReplyDelete
  14. woi...
    mana ada orang perfect la. TGHH juga manusia. Aku rasa tak adil korang kutuk sampai macam tu. Kutukan korang dah melampau sampai orang yg mula nak kenal TGHH dah awal2 lagi dah ubah pandangan. Dari satu view, TGHH adalah seorang ulama dlm negara kita.

    Apakah dgn kesilapan-kesilapan yang boleh dibawak berbincang ini, korang dah kutuk sampai lupa bahawa dia adalah ulama. orang yg berilmu. Rujukan kita, sama spt TGNA.

    Lihat saja zaman sekarang ini, sukar nak jumpa ulama spt TGHH, TGNA, Ust Mutalib Maarof, dan seumpamanya. yang setiap kali kuliyahnya, puluhan ribu orang dengar. puluhan ribu murid2 mereka. Mana ada ustaz begitu. Baca ayat yg sama, tafsir ayat2 yg sama, hadis yg sama. tapi mereka mampu menagih puluhan ribu pendengar. ustaz2 lain pun pandai juga, tafsir ayat2 yg sama juga, hadis yg sama juga. tapi nak sampai ribu-ribu pendengar, cukup susah. bukan kerana famous. tetapi itu juga sebagaigian karamah yg ada pada ulama-ulama ini.

    yang korang sangat biadab caci maki ulama pehal? sial kata bengap dan bodoh kepada ulama? korang tu macamana? kalau ulama mcm TGHH pun ko kata bodoh, korang cermin lah diri. berapa pluh ribu kali bodoh la lagi korang berbanding dia.

    Aku bukan fanatik TGHH. Tapi kita ada adab. Nak kritik pedas2 pedas pun korang punya pasal. tapi bab maki hamun, celupar, mintak jauh la. korang cermin diri korang. nak taip korang punya keyboard semata-mata nak kutuk ulama mcm TGHH, TGNA, pikir dulu.

    TGNA, TGHH,.. mereka sering bagun malam, rapat diri kpd ALLAH. korang camna? aku tau, korang sangat sengal. Sengal Ubi. haha. korang duk kutuk-kutuk ulama yg takutkan ALLAH, yg rapat dgn ALLAH, cuba bimbang sikit kalau2 ALLAH mahu jaga hamba-Nya yg sering bermunajat malam2 tu, korang kene apa-apa bala, amacam?

    waspadalah. aku bukan tidak menokong kritikan korang. tapi adab korang tu aku tak nampak. nak cakap aku, lu, wa pun ko punya pasal, sbb mungkin ko ditarbiyah dari kecik mcm tu kut. dgn mak bapak ko mungkin juga ko cakap lu , wa... kan? tak heran la. kan sama je I dan you dalam BI.

    walaupun TGHH dan TGNA kita nampak ada pbezaan pendapat dan idea, tp kita dlm gerakan Islam tak boleh jd mcm umno. ada puak yg pro sebalah sana dan sebelah sini. last2 bpecah sesama parti. kan umno bertepuk nnt.

    sepatutnya kita profesional. mberusaha merapat kembali jurang idea dan pendapat. bukan menambah jurang. ingat, TGHH juga manusia, tidak terlepas dr silap. Tegurla dgn cara yang adil. pedas pun pedas la, tapi tok sah la duk maki hamun.

    ReplyDelete
  15. Kerana sygkan islam yg di bawa PAS lah kita patut sedarkan pemimpin. Sebab TGHH tak perfect lah kita tegur. Bukan kerana kita lebih hebat atau cerdik. Kalau kita bodoh pun tak terkesan pada jemaah, tapi kalau silap pemmpin apa jadi pada jemaah. Saya tak mahu jadi penyokong yag membawa rebah. Kalau kita belajar balaghah, ada tiga peringkat khabar dlm limu ma'ani. contohnya kalau kita larang budak mandi kat sungai...dik, air sungai tu dalam, jgn mandi di sini nanti lemas. Kalau budak tu terima teguran kita tak perlu la kita herdik atau maki dia. Kalau tak dengar juga kita guna bahasa keras sikit. kali ketiga lagi keras...kalau sampai sepuluh kali pun tak dengar..mungkin budak tu tak paham bahasa. bagi yang tak paham bahasa, rotan je lah.

    Jadi x perlu la terasa kalau hadi kena maki. Asyik buat statement nk keluar pakatan...dah brp kali dah. Tak payah la nak bandingkan bilangan org yang dengar ceramah dia. Saya pun ada bg kuliyyah gak...tapi tak ramai pun yg datang dan tak ada pun pengikut fanatik saya. Ramai lagi pengikut ayah Pin.

    TGHH tu presiden...bukan komang mcm saya. Saya bukan Ta'asub TGNA tapi TGNA cepat bertindak senyap2 terhadap pemimpin2 kelantan yg rakyat tak suka dan yg bermasalah. Sedar2 dia org x jadi exco lg. sedar2 dah pencen. Jadi tak sempat lah rakyat bawahan maki mereka. Jangan sampai rakyat dapat hidu dan tak de apa2 tindakan...akhirnya kebencian itu meluap2 sehingga rakyat memaki secara terbuka.

    Renungkan lah.

    ReplyDelete
  16. aku setuju dgn 'lim kit siang' kat atas.

    memang kita xmau jd penyokong mmbawa rebah. tapi maki-memaki bukan adab dalam bejamaah. itu basic la.kita smua tau tgna, tghh, dr haron din dll adalah ulama. kalau kita sndiri memaki ulama, harapnya umno akan menjulang ulama? harap ke?

    perselisihan ulama adalah berdasarkan ijtihad mengikut ilmu mereka. Ia untuk kebaikan umat juga. perselisihan ulama tak boleh disamakan dgn pselisihan dlm organisasi sekular spt umno. pesilisihan ulama yg kita sebut ulama akhirat ikut ijtihad. kalau betul ijtihadnya, dia dapat dua pahala. pahala ijtihad dan pahala berjayanya ijtihad itu. kalau ijtihad nya tidak tepat, dia dapat satu phala ijtihadnya. sedangkan kita? main hentam semborono memaki hamun ulama, kononnya idea ulama, strategi ulama itu tak sesuai dengan arus, tak sesuai dgn nafsu kita, x sesuai dgn emosi dan semangat melulu kita.

    sekali2 aku tak bersetuju cara menegur ulama dgn kaedah maki hamun. perkatan bodoh, bebal, bangang... mcm2 lagi kpd ulama adalah x beradab walaupun atas dasar kebebasan bersuara, atas dasar nak selamatkan parti.aaah... mangkuk semua itu. wujudkah istilah memaki dengan ikhlas semata2 untuk selamatkan jamaah?

    ini bukan bab taksub kpd sapa2. tapi pikir.

    Sayidina umar pernah membangkang Rasulullah dalam peristiwa perjanjian hudaibiyah. akhirnya umar termenung memikirkan kata-katanya yg agak kasar kpd Rasulullah "benarkah engkau ini Rasul-Allah?".

    ingat, pemimpin itu berada di atas puncak. kita akar umbi, perdu, batang dan ranting sbg support dari bawah. tanpa kita dan wala', hormat, teguran berhikmah, pucuk pimpinan juga akan layu. Pucuk berada di atas sekali, nampak view yang lebih luas berbanding akar umbi, tetapi jika ujian petir dan terik mentari, pucuk pimpinan yg akan kena dulu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.