Skip to main content

Sekelumit pun wa tak rindu Ustaz Fadhil.



Oleh :
AdukaTaruna

Adat manusia la. Bila tiada perbandingan, kita tidak tahu mana yang terbaik. Dalam Al-Quran banyak sekali teknik perbandingan yang Allah kasi kat kita. Tanpa alternative, kita tidak akan tahu.

Wa kenal (tertarik) dengan PAS masa tingkatan 4. Harakah pertama yang wa beli ialah kat muka depan, ada gambar TGNA melawat kawasan pembalakan haram. Selamba jer orang tua tu jalan kaki sebab pajero dah tak leh naik.

Masa tingkatan 5, kegawatan politik pon berlaku. Anwar kena pecat. Orang lain sibuk dengan Anwar, wa pulak sibuk memerhati PAS. Masa tu Ustaz Fadhil. Sekelumit pun wa tak rasa Ustaz Fadhil bagus sebagaimana sekelumit pun wa tak rasa Ustaz Fadhil tak bagus. Yerla.. sebab takder perbandingan.

Mase tu zaman Mahathir beb. Bukan zaman Paklah. Licik gile orang tua nih. Sandiwara kaw2 punya. Bunuh muslim Memali pun selamba, inikan pula nak anjur pra-debat takfir, almaunah, etc. Namun, wa masih nampak biasa jer lawan kepada Mahathir ketika itu, yakni Ustaz Fadhil. Padahal, kelicikan Mahathir tu 400 kali ganda dari Paklah, dan dengan selamba dan mahirnya Ustaz Fadhil berhadapan dengan tipu daya tersebut. Yerla.. tiada perbandingan.

Pejam celik, pejam celik, sekarang dah 2008. Bukan tahun 2008, hampir 3 tahun dulu wa dah terasa rimas gile dengan TGHA dah. Wa bukan produk PAS yang berakhlak mulia. Wa produk UMNO. Kehidupan wa adalah hasil acuan UMNO. So, cara wa memberontak adalah berbeza dengan kaedah jemaah PAS.

Terasa gile wa akan kelembaban TGHA. Perghh… ikhlas dari hati wa. Ketika inilah wa mula rindu. Rindu cara wa, yakni rindukan sebuah pertarungan tipu daya yang hebat. Wa tak dapat nak bayangkan kalau Allah takdirkan TGHA di zaman Mahathir. Perghhhh….. simpang 44 malaikat. Memang sah2 lingkup.

Ada orang suruh wa berehat dari belasah TGHA bulan puasa. Wa peduli apa ma. Wa anggap perjuangan individu wa. Sebab imaginasi diorang kecik.

Mari wa kasi nampak sket.

Zaman Paklah yang lembab dan suka tidur ini pun TGHA (PAS) tenggelam dan asyik dibuli. Inikan pula zaman Mahathir yang sudah hampir kembali. Tak percaya? Najib ma… Najib. Najib tak lama lagi dah jadi PM dah. Lepas tu Mukhriz pulak nak jadi Ketua Pemuda.

Bermakna Mahathir mempunyai akses semula ke dalam UMNO. Kalau orang tua tu tak dijemput ajal la. Kalau dah dijemput pun, segala egen2 propaganda dan taktikal Mahathir kemungkinan besar kembali semula ke dalam pemerintahan. Ketika itu, ‘mesin Mahathir’ ini menguasai polis, BPR, tentera, segala jentera kerajaan.

Dan ketika ini PAS masih menghantar TGHA yang lembab sebagai jeneral perang! Huuuraaagghhhhhh!!! Lagi sekali terkenang Ustaz Fadhil. Anwar pun tak terlawan Mahathir, inikan pula si blur tu? Huhu….

Pegang microfon nak jawab soalan bertubi-tubi wartawan pun kelam-kabut.

UMNO dah hampir pupus ma.

Satu step jer lagi ni. Malangnya step terakhir (PRU13. wa tak yakin 16 sept) berlaku selepas Najib jadi PM. Bermakna, team Mahathir kembali menguasai negara. Bermakna ketika itu si blur masih Presiden PAS. Bermakna, harapan supaya UMNO gagal membentuk kerajaan kemungkinan besar berkecai. Bermakna UMNO mengalami proses pembersihan semula jadi / besar-besaran tidak berlaku. Bermakna peluang wa berjuang supaya PAS bergabung dengan UMNO yang sudah bersih tiada. Bermakna peluang Islamic State wujud untuk anak-anak wa masih jauh.

Ah….

Ustaz Fadhil…. Huhu….

Kalau ianya berlaku mengikut imaginasi. Wa terpaksa fight terhadap plan B. Kudanya ialah Husam.


Comments

  1. -Ada diantara kita yang menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan kepetahan berhujah, ada berdasarkan kelicikan strategi, dan ada juga berdasarkan imej bersih,keilmuan tinggi dan sebagainya, lalu mereka katakan pemimpin tersebut hebat dan kagum dengannya.

    -Adakah tepat penilaian kita itu??

    -Siapa yang mengangkat seseorang pemimpin? Pada zahirnya adalah manusia, manusia yang memilih tetapi pada hakikat yang sebenarnya ALLAH SWT yang memilih.

    -TGHH ramai tak nampak agenda tersembunyinya, mungkin ditutup oleh ALLAH dari pandangan manusia.

    -Antaranya, apabila PAS berjaya memerintah Terengganu sekejap, TGHH cepat-cepat ambil peluang itu beri tanah kepada lbih 50 ribu org Melayu, mana pernah pemimpin di malaysia buat tindakan begitu beri aset negeri secara free, cuma perlu byar kos permohonan beberapa ratus.

    -Agenda tersembunyinya...tanah adalah satu-satunya aset yang dikuasai oleh orang-orang Islam, nilainya tak akan turun, apabila tanah orang Melayu pegang, ini menjadi masalah besar kepada kaum bukan Islam yang menguasai bidang ekonomi Malaysia.

    -Apabila T Dr Mahathir pindahkan pusat pentadbiran negara dari KL ke Putrajaya, ramai orang Cina marah sebab tanah di KL orang Cina pegang.Ini sebenarnya agenda T Dr Mahathir.

    -Begitu juga di Palestin, tidakan penduduk Palestin yang menjual tanah kepada Yahudi merupakan faktor terawal penjajahan Israel.Masa tu Yahudi baru masuk Palestin,Palestinian tak ada kesedaran lagi waktu tu.

    -Sebab itu pemberian tanah tersebut merupakan tindakan paling bijak & berkebajikan, menjadi benteng tanahair umat Islam daripada dirampas NON Muslim. Tapi sayang, ada diantara rakyat dirampas semula tanah.

    -Dalam isu muzakarah pula, selepas isu kegagalan PROTES, TGHH melihat pandangan PAS tidak diambil perhatian oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

    -Dikala PR masih belum membentuk kerajaan baru lagi, pandangan PAS sudah tidak diambil kira, apa akan berlaku apabila PR membentuk kerajaan persekutuan kelak?? Adakah DAP terus akan mempertikaikan Islam, adakah survivor Islam dapat ditegakkan ketika itu, adakah pandangan PAS terus dipinggirkan?

    -Ketika itu timbul pula isu forum memeluk Islam, YB zul disarankan oleh DAP supaya diambil tindakan oleh Keadilan.

    -Kenyataan TGHH yang pro muzakarah menyebabkan rakan-rakan PR yang lain berasa marah, dikala pandangan PAS tidak dipinggirkan dahulu, adakah PAS tidak marah?? Lalu TGHH mengeluarkan kenyataan "Pas bukan bodoh".

    -Muzakarah untuk menyindir Keadilan dan DAP bahawa PAS sedia menerima siapa sahaja yang menerima dasar PAS.

    -Dan PAS mementingkan Islam, jika matlamat tidak tercapai buat apa. Seolah-olah satu ugutan.

    -Ada banyak lagi kepintaran TGHH yang tak dapat aku huraikan disini.

    -Mungkin suatu hari nanti, apabila seseorang pemimpin itu telah pergi baru kita mula mengaguminya.

    ReplyDelete
  2. Tanah yang diberi pada zaman pas dirampas semula pada zaman UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tambahan, Kebanyakan ahli parlimen yang akan lompat adalah non-muslim, adakah diorang lompat saje2 tak dapat ape2?? diorang akan kata sebab dioranglah Pakatan Rakyat dapat kuasa, macam mana kalau diorang mintak macam-macam??

    Aku memang sokong 100% lah TGHH. Jangan lupakan peranan PAS.

    ReplyDelete
  4. Isu muzakarah sebagai peringatan kepada Keadilan dan DAP.

    ReplyDelete
  5. ya setuju sgt2 dgn aduka taruna... masa Ustaz Fadhil Noor banyak kemajuan yg pas capai, tengok cara ustaz berhujjah di parlimen, cayalah, dia boleh order sorang MP umno yg kurang ajar 'duduk, duduk!' dgn tuding jadi dia, mau tak mau MP amno yg menyibok tu pun kena duduk, speaker pun boleh di kontrolnya, sungguh berkesan ucapannya, dia menjadi ketua pembangkang yg sgt berkesan, tah2 itu pertama kali pas sbg ketua pembangkang? masa tu tak ramai tengok perdebatan di parlimen sbb tak keluar tv dan tak heboh lagi, tapi dah ikut dgn beli CD. rugi org ramai tak dpt tengok kehebatan ustaz.

    masa time anwar keluar amno, ustaz memberi sokongan penuh dan masa nak tubuh keadilan, ramai org pas protes, drp buat parti baru suruh je lah depa tu masuk pas, tapi Ustaz Fadhil berpandangan jauh, tidak berkeras sebaliknya memberi sokongan kerana beliau berpandangan jauh, di mana akhirnya semua tu menguntungkan pas. cuba ustaz berkeras/tamak (macam presiden sekarang yg kadang2 buat kenyataan yg tak sesuai, eg dia nak jadi PM kalau pembangkang memerintah)

    sgt miss kepimpinan beliau yg sgt berkesan.

    ReplyDelete
  6. ini lagi satu bangang...baca harakah x bro? jgn kata TGHH nak jadi PM ko igt dia x takut ngan amanah? ni lah bahana pakai baca n tafsir pakai CPU zaman karat..ko pegi balik baca..jgn pakai satu source je bro nampak lembap

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.