Oleh : AdukaTaruna
Memola wa mendapat berita letak jawatan Azmin Ali kat TKO (rujuk TKO untuk pandangan seterusnya) Masa pukul 2.30, wa terus buka blog Azmin. Tapi takder pulak perkataan saya sudah bosan.
Dia dah edit kot, dalam fikiran wa. Then, wa merayau dalam internet. Membaca. Lepas tu, tengok2, dalam blog Azmin yang tadi tu, dah takder kenyataan letak jawatan. Ekeleee. Wa cam biasa la, mula dok mengasing-asingkan tajuk.
1. Siapakah yang selalu update blog dak Azmin ni? Azmin sendiri atau upah orang?
2. Kalau upah orang, adakah orang tersebut dibayar oleh pihak tertentu untuk kerja-kerja serangan politik.
3. Sekiranya Azmin sendiri yang updated, barulah kita menuju kepada persoalan mengapa dia meletak jawatan.
4. Sekiranya Azmin sendiri yang updated, mengapa dia menggunakan perkataan bosan, dan kemudiannya dipadam?
5. Kalau memang benar Azmin sudah bosan kepada Anwar, maka, Husam perlu lebih kehadapan, perlu dilihat alternatif kepada Anwar. Penting ni bro....
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.