Skip to main content

Menjawab Bro Khalid Samad.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/09/rumah-kecil-tiang-seribu.html

"Kebetulan pula, tarikh tersebut sesuai dengan tarikh ulang tahun satu sejarah yg istimewa kepada rakyat."

Wa berpandangan yang agak berbeza dalam gimik 16 Sept ni bro. Dan tentulah wa memiliki kelebihan bercakap kerana status bebas wa. Berbeza dengan bro yang membawa imej PAS 25 jam sehari.

Pada wa, memang benar, Anwar nampak lebih jauh dari apa yang ‘produk yang ditawarkan PAS’ nampak. PAS 22+1, DAP 28, PKR 31 yang boleh membawa kepada sesuatu perkara.

Tetapi, dalam pemilihan 16 Sept, pada wa Anwar hanya ‘terucap’ dalam kelancaran dan kepetahan beliau bepidato. Dengan tarikh pembentukan Malaysia, Anwar memacu sentiment level awam, bahawa (22+1) + 28 + 31 berupaya mendapatkan sokongan (x+y=30); pada tarikh 16 Sept. (di mana 16 Sept adalah pembentukan Malaysia!)

Pada asalnya, wa percaya Anwar tiada detail ke arah itu. Hanya kepetahan beliau berpidato semata. Sasaran ini berlaku selepas ianya menjadi impian yang ditagih level awam. Barulah detail ke arah tarikh itu dicari.

Bro,

Semua ini berbeza dengan situasi yang bro jelaskan dalam analogi pembinaan itu. Katakan dalam satu syarikat, para pekerja berimpian untuk mencapai satu sasaran munasabah dengan kemampuan syarikat. Setelah berbincang / bermesyuarat, dengan pembentangan jalan ke arah impian atau matlamat itu, barulah ditetapkan bilakan tarikh target. Mari kita perhatikan di bawah :

Matlamat --> Penetapan Jalan --> Tarikh munasabah yang ditetapkan.

Berbeza dengan Anwar dan 16 Sept, rantaiannya seperti ini :

Tarikh berdasarkan kepetahan pidato --> Tekanan level awam --> Pencarian Jalan --> Tarikh dianjak ke hadapan.

Jelas? Dan wa memang faham kapasiti bro sebagai somebody PAS tidak sama dengan kapasiti blogger bebas. Apapun, walau apa tafsiran wa terhadap 916, wa ucapkan semoga lu orang berjaya. Wa pun dah naik semak dengan BN ni.

AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.