Skip to main content

Jubah PAS, sepender PKR.

Oleh : AdukaTaruna

Dah lama wa memekak dalam hal ini. Terima kasih la pada Azizi yang menyuarakan hal ini. Hal yang sama, tapi pendapat terhadap punca mungkin berbeza. Wa meyakini puncanya ialah kesilapan PAS dalam meletakkan produk yang silap (Hadi) dalam pasaran demokrasi.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/pas-menyediakan-produk-anti-pasaran.html

Wa tetap komited mengisytiharkan Hadi adalah bidak penghalang utama dalam taktikal menuju Islamic State. Pasaran pengundi muda akan lari kepada ikon parti lain. Malah ahli sendiri terpengaruh dengan aura produk bukan PAS itu. Hadi dan sanak keluarganya terlalu lemah dan dipengaruhi oleh Mustapha yang sedikit licik dari Hadi. Sedikit sahajalah. Bukannya bijak sangat pun Mustapha, cuma telalu bijak untuk genetik Hadi.

Dalam bicara webmaster tranungkita, SongkokPutih mendedahkan betapa usul PAS Cawangannya, untuk meminta Mustapha berundur, melalui saluran parti, ditentang hebat oleh anak kepada Hadi. Melalui saluruan parti, ianya cantik, dan betul. Tetapi ianya menunjukkan pengaruh Mustapha kepada genetik Hadi Awang.

Bila dah jadi macam ni, semua mula memekak. Ahli terpengaruh dengan politik Anwar la, PKR la, jubah PAS, sepender PKR la, etc. Padahal puncanya korang sendiri yang salah. Sapa suruh pertahankan falsafah Kepimpinan Ulama? Nak jatuhkan Hadi? Hadi ialah ulama.

Nak jatuhkan Hadi kena melalui Kepimpinan Islam. Sebab demi Islam, Hadi perlu berundur. Ini wadah demokrasi. Bukan wadah setulen nabi. Kalau atas Kepimpinan Ulama, sampai kiamat pun ulama lembab dalam siasah dan seni muslihat ini perlu diletakkan dalam bidang siasah dan seni muslihat.

Bila Barisan Alternatif hasil perjuangan pimpinan Ustaz Fadhil berkecai, Terengganu tapau, BN kuat kembali, tiba-tiba ulama lembab ini bersuara rela kalah asalkan Islam tak kalah. Tak ke kelakar tu. Wa generasi baru la. Statement lawak camni, wa tak bantah secara sopan meliuk gelamai berlapik berlapis.

PAS kalah, Islam kalah besar. Dah 50 tahun bukti dah. PAS menang, Islam masih kalah banyak, mula menang sikit. Apsal lu pandang yang masih kalah tu, tapi tak pandang yang mula menang tu? Pelan2la. Kalau nak cepat, buang wadah demokrasi. Bergerak setulen nabi. Berani? Ulama kategori untuk lulus periksa university nak berjihad? Ha! Cicak siap payung wa lagi beb.

Cuba lu bayangkan Hadi pimpin ketenteraan Hezbollah. Hahaha. IQ kena tinggi ma. Seni muslihat perang lebih extreme dari seni muslihat demokrasi. Sah2 mati katak. Katak pun segan nak mati di bawah pimpinan orang lembab dan keupayaan berfikir yang terhad. Tapi takper, kita rela kalah asalkan Islam tak kalah.

Kalau nak cari model dalam ibadah fardu ain, Hadi adalah model terbaik.

Kalau nak cari rujukan dalam siasah atau fardu kifayah, Hadi adalah rujukan yang perlu dielakkan.

Comments

  1. lu masih meneruskan lagi tradisi menghentam TGHH atau meneruskan lagi sikap cybertrooper UMNO (orang cakap lu cam ni bukan wa).... ada wa setuju ngan lu ada wa tak setuju ngan lu..... bagi wa paling tak setuju bila ada yang tuduh dalm PAS ada yang fanatik DSAI..... wa tak paham apasal dia orang tuduh camtu.... setau wa kalau dah fanatik DSAI apasal jadi penyokong/ahli PAS...... jadi PKR la.....

    ReplyDelete
  2. salam....setuju dgn penulis. klu PAS nak lebih dinamik TGHH, UNI, MA harus diganti dgn orang yang lebih berwibawa

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...